Tuesday, 9 April 2013

Fakta Cawan Mug: Hobi dan Keperluan


Cawan mug, antara item dapur yang selalu ada kat dapur. Selain dijadikan objek hadiah untuk family, kawan2 or hiasan, mug juga turut dijadikan sebagai hobi bagi yang gilakan mug. Mug selalunya dijual dengan pelbagai corak, bentuk dan warna, memberi tarikan tersendiri untuk si pengumpul cawan mug.






Fakta Cawan Mug
  • Mug tanah liat era lewat Neolitik yang wujud pada sekitar 2500-2000 BC dijumpai di Zhengzhou, China.
  • Mug Ancestral Pueblo atau Anasazi yang wujud sekitar 1000-1280 BC di SW, Colorado mempunyai corak yang unik dan pelik.
  • Mug pertama dicipta menggunakan tulang.
  • Mug untuk kopi pada awalnya direka menggunakan batang kayu.
  • Cawan mug pernah diharamkan di Britain pada 1748, menyebabkan penghasilan mug merosot dan pasaran gelap mug wujud.
  • Cawan mug mula2 dihasilkan menggunakan tanah liat (mungkin pada sekitar tahun 6000-3500 BC).
  • Mug tanah liat yang bercorak dilihat di Greece yang dihasilkan pada 4000-5000 BC.
  • Penciptaan bahan porcelain di China pada sekitar 600 C memudahkan teh dan kopi dinikmati sama ada panas atau sejuk.
  • Pada abad ke-18, cawan besar disebut sebagai mug kerana pada awalnya mug dicipta mengikut saiz kepala manusia.
  • Selain dari tanah liat dan kayu, mug juga pernah dihasilkan menggunakan pasir dan batu.
  • Cawan dan cawan mug adalah berbeza. Cawan mug merujuk kepada cawan yang lebih berat dan istilah mug berasal dari Scandinavia manakala istilah cup pula berasal dari Latin. Namun, perkataan cawan (cup) dan mug saling menyokong antara satu sama lain.

Jenis-jenis mug

Mug terdiri dari pelbagai jenis mengikuti keadaan dan si pengguna. Antaranya ialah:


1. Mug dekorasi: Mug dekorasi biasanya digunakan sebagai dekorasi sama ada di pejabat atau di rumah. Mug dekorasi mempunyai bentuk yang unik, pelik dan diselitkan dengan kata-kata yang bersesuaian dnegan tema dan bentuk.


2. Mug Tiki: Mug Tiki diilhamkan menerusi tema tropikal yang diambil dari imej asli Polynesia, Micronesia, dan Melanesia. Mug Tiki biasanya dijadikan sebagai cenderahati dan sangat digemari oleh pengumpul mug. Antara mug Tiki yang terkenal ialah Tiki Farm dan Muntiki.


3. Puzzle Mug: Puzzle mug direka untuk mengelirukan pengguna dengan menghalang pengguna dari minum. Hanya pengguna yang panjang akal saja sesuai untuk menikmati teh atau kopi menggunakan Puzzle Mug. Antara Puzzle Mug yang disukai ialah Fuddling Mug yang direka untuk menyukarkan pengguna untuk minum.


4. Pythagorean Mug: Mug ini direka menggunakan prinsip matematik. Ia mengandungi lubang sedut di dalam rod (terletak di tengah bahagian dalam mug). Ia akan menahan cecair jika cecair tidak melepasi ketinggian rod tetapi jika sebaliknya yang berlaku maka cecair akan disedut keluar melalui lubang sedut (siphon).


5. Whistle Mug/Hubblebubble: Whistle mug merupakan mug hiburan. Ia direka untuk mengeluarkan bunyi (whistling) yang pelbagai apabila diisi dengan air. Ia akan mengeluarkan hanya satu not bunyi apabila dikosongkan.


6. Thermochromic mug: Mug ini dikategorikan sebagai gajet, dan juga hiburan. Mug ini akan berubah corak apabila diisi dengan cecair. 

7. Travel mug: Mug ini semestinya untuk perjalanan jauh. Mug ini direka untuk tahan lasak, mengekalkan suhu cecair dan ringan, mudah dibawa ke mana saja.


p/s: Saya pengumpul mug. Sekian~

#tmg2013

Ruj:
http://www.stumblerz.com/why-is-a-big-cup-called-a-mug/
http://www.ehow.com/about_4686164_history-coffee-mugs.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Mug
http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_difference_between_cup_and_mug

No comments:

Post a Comment