Saturday, 27 April 2013

Ciri-ciri Orang Yang Sukar Untuk Didekati

  • Lebih suka membeli belah sendirian kerana tidak suka diikut orang atau mengikut orang lain serta tidak suka mendengar komen, memberi komen atau diberi komen oleh orang lain.
  • Gemar menghabiskan masa membaca buku, di kedai buku atau membelek buku daripada terlibat dengan perbualan sesama keluarga atau bersama rakan-rakan.
  • Suka makan sendirian kerana tidak berminat untuk mendengar celoteh pihak kedua atau mungkin juga tidak mahu bayar duit makan si pihak kedua.
  • Lebih suka buat bodoh dan pura-pura sibuk apabila ternampak seseorang yang berlawanan jenis kerana tidak mahu ditanya soalan oleh orang tersebut.
  • Mempunyai tabiat makan yang pelik, kadang-kala gelojoh walaupun di kedai makan terbuka.
  • Menyukai perkara-perkara yang dianggap bosan oleh kelompok major (seperti mengumpul setem, menyimpan duit syiling, beli buku tebal-tebal atau buat buku sekrap)
  • Banyak buat undang-undang dan peraturan untuk diri sendiri sampaikan orang lain tak sanggup nak dengar/tengok.
  • Lebih suka tidur daripada menghabiskan masa menjadi tukang sukat di pusat-pusat membeli belah atau di tempat-tempat hiburan.
  • Lebih suka bercakap benda educated daripada gosip liar atau sembang kosong.
  • Walaupun orang tengah bersembang dengan dia, dia lebih banyak diam dan angguk-angguk kerana malas nak jawab atau bagi komen.
  • Sukar untuk bersetuju dan mengambil sedikit masa untuk berfikir sepanjang-panjangnya.
  • Lebih suka tonton rancangan kelakar dan gelak sakan seorang diri di dalam bilik.
  • Banyak berfikir akan segala macam hal walaupun hal tersebut bukan masalah dia.
  • Gemar memakai pakaian mengikut senarai warna yang disukai. Hanya warna yang disukai sahaja.
  • Lebih suka menyiapkan apa saja kerja tanpa meminta bantuan sesiapa, terutama sekali dalam pekerjaan D.I.Y.
  • Sangat berdikari dari setiap aspek kerana sukar untuk mempercayai orang lain (Lone Ranger)
  • Suka buat muka bosan sebagai cara untuk menyatakan bahawa dia mahu dijauhi oleh orang lain.
  • Tidak pernah menyatakan perasaan sebenar. Lebih banyak memendam daripada bercerita.
  • Tidak fasih akan topik cinta, kerana dia lebih sibuk memikirkan hal-ehwal lain.
  • Tidak suka kongkongan kerana itu menjejaskan kualiti pemikirannya.
  • Sukar untuk difahami kerana gemar melakukan perkara-perkara baru/aneh secara rawak.
Akhir sekali, ciri-ciri orang yang sukar untuk didekati ialah apabila anda (yang membaca) masih berfikir adakah anda berada di dalam kelompok ini atau tidak.

p/s: saya rasa saya berada di dalam kelompok ini setelah berfikir selama tiga tahun.

#tmg2013

No comments:

Post a Comment