Monday, 1 April 2013

Budaya Bodoh Kesukaan Ramai: April Fool

April Fool, hari untuk mengenakan orang. Dengan kata lain, kita memperbodohkan orang lain. Hari bodoh ni disambut pada 1 April (yakni pada hari post ni ditulis tapi korang jangan risau-post ni takkan memperbodohkan korang).

Asal- Usul April Fool

Asal budaya ni bermula pada suatu tarikh yang tak dapat dikenalpasti. Ia juga dikenali sebagai All Fool's Day (takde pulak budaya All Clever's Day). Sesetengah kroni menganggap budaya ni satu pesta atau festival yang harus diraikan, tetapi ada juga yang percaya hari tersebut bermula dengan kisah penggunaan kalendar baru, yakni Gregorian. Walaupun ia tidak diiktiraf sebagai cuti umum tetapi 1 April menjadi hari untuk bergurau senda dan juga hari malang.

Kaitan 1 April dan 1 Januari

Pada zaman dulu (bukan zaman nenek datuk korang), kerajaan purba seperti kerajaan Rom dan Hindu meraikan hari Tahun Baru pada 1 April, sekaligus menyambut kedatangan Vernal Equinox iaitu musim bunga. Pada Zaman Pertengahan di Eropah, Tahun Baru diraikan pada 1 April kerana tarikh tersebut hampir  dengan adat Feast of Annunciation pada 25 Mac. Oleh itu, 1 April merupakan tarikh Tahun Baru yang bersamaan dengan 1 Januari pada zaman kini.

Kewujudan Kalendar Gregorian

Pada 1582, Pope Gregory XIII mencipta kalendar baru iaitu kalendar Gregorian (kalendar yang kita gunapakai sekarang- 1 tahun ada 12 bulan, Januari sampai Disember dan selang 4 tahun ada tahun lompat, penambahan hari dalam bulan Februari). Kalendar Gregorian ini dicipta bagi mengatasi masalah kalendar terdahulu iaitu Kalendar Julian yang dicipta oleh Julius Caesar.

Walau bagaimanapun, penggunaan 1 Januari sebagai tarikh Tahun Baru tidak diterima atau diketahui ramai pada Zaman Pertengahan di Eropah, menyebabkan hari 1 April tetap disambut sebagai hari Tahun Baru dan menjadi bahan ejekan golongan lain yang menerima-pakai kalendar baru. Tetapi budaya April Fool ini sudah lama disambut di England sebelum isu penggunaan kalendar baru timbul dan diiktiraf di England pada 1752. Ini bermakna hari bodoh ni memang dah lama wujud.

Teori lain mengenai April Fool

Terdapat banyak teori dan fakta mengenai April Fool selain dari kisah musim bunga dan penolakan kalendar Gregorian sebagai kalendar baru. Antaranya ialah:

1. Menurut Joseph Boskin, profesor di Universiti Boston, amalan ini bermula pada zaman Constantine apabila penghibur (pelawak) diraja bergurau berkenaan dengan isu menguruskan empayar. Constatine yang terhibur dengan jenaka tersebut meminta Kugel, salah seorang penghibur diraja menjadi raja untuk satu hari yang mustahil tetapi Kugel memandang perkara tersebut berdasarkan perspektif humor. Teori ini kemudian dicetak oleh Associated Press pada 1983 berulang-ulang kali sehinggalah mereka sedar bahawa teori Boskin tersebut cuma lawak April Fool untuk mereka.

2. Setiap kawasan dan kerajaan wujud denga budaya masing-masing setiap kali musim bunga menjelang. Sebagai contoh, golongan Roman meraikan festival Hilaria pada 25 Mac sebagai hari bergembira untuk kebangkitan Attis. Golongan Hindu pula meraikan perayaan Holi untuk bergembira, manakala untuk golongan Yahudi pula, perayaan Purim disambut berdasarkan kalendar Jew. Mungkin, bagi menandakan kedatangan musim baru (daripada tahap sejuk beku ke tahap bunga-bunga), orang zaman dulu-dulu ni mencipta perayaan bagi menggembirakan hati mereka.

3. Tabiat manusia berkenaan dengan gurau senda ternyata mewujudkan hari seperti hari April Fool. Di Perancis, April Fool disebut sebagai Poisson d'Avril yang bermaksud April Fish. Gambar ikan akan dilekatkan di belakang rakan-rakan sekolah dan menjerit "Poisson d'Avril" apabila mangsa menyedari akan gambar ikan yang dilekatkan di belakang badannya. 

4. Medieval Feast of Fools diraikan pada 28 Disember pada Zaman Pertengahan di Eropah masih menjadi hari bergurau di negara yang menggunakan bahasa Spanish.

5, Budaya perbodohkan/ mengenakan orang wujud pada Dinasti Joseon di Korea Selatan di mana keluarga diraja (berdasarkan hierarki) boleh bergurau dan menipu pada hari pertama musim sejuk dan dijadikan sebagai permainan.

6. Di Scotland, April Fool disebut sebagai Hunt-The-Gowk Day. Gowk bermaksud bodoh dan hari tersebut merupakan hari untuk mereka  'memburu' orang yang bodoh.

7. 1 Mei merupakan hari bodoh untuk orang Denmark dan menyebutnya sebagai Maj-Kat atau May-Cat. Ia juga turut disambut di Sweden.

8. Di Spain dan Ibero America, 28 Disember menjadi hari untuk perayaan Kristian iaitu 'Day for Holy Innocents'


Dan untuk senarai lawak yang bodoh/pelik/kelakar yang pernah terjadi, klik List of Idiot Cases

Untuk maklumat lanjut sila rujuk:

P/s: biarkan 1 April anda berlalu dengan bijaksana, Happy 1st April everyone~

#tmg2013

No comments:

Post a Comment