Thursday, 4 April 2013

Welcome Back, Welcome Home Warriors~

Tahun 2013, Malaysia dikejutkan dengan serangan penceroboh dari Sulu yang menyerang daerah Lahad Datu dan Semporna. Mereka mendakwa bahawa Sabah milik mereka dan menuduh Malaysia telah mencuri Sabah serta menuntut wang dari Malaysia sebagai ganti rugi. Mereka juga menggunakan isu sejarah sebagai propaganda bagi menakluki Sabah tanpa memikirkan baik buruk tindakan mereka terhadap semua pihak. Setelah bertempur dan menyebabkan beberapa kematian ngeri dalam pasukan PDRM, pihak Sulu yang enggan berundur akhirnya tumpas di tangan pasukan PDRM. 

Tahniah untuk semua wira di atas kejayaan mempertahankan keamanan negara kita.

P/S: Jangan gunakan sejarah sebagai senjata. Jangan mendakwa jika tidak tahu berkata. Dan jangan menyerang jika anda sebenarnya seorang pengecut.

Sambutan Ketibaan Wira-Wira PDRM Sarawak dari misi Lahad Datu, Sabah [Ops Daulat]

Pak polis tengah menunggu ketibaan wira2 sambil tersengih.

Wira baru sampai, senyum hepi macam iklan ubat gigi =D

Wira tengah bersalam ngan budak2.

Amek gambar ngan orang rumah.

Hepi jumpa family

Budak tadika menyambut ketibaan wira sambil bawak bendera

Geng pancaragam..muka siyes tahan panas matahari

Mereka akhirnya kembali dengan selamat, Welcome Back
and Welcome Home..Warriors~

#tmg2013

No comments:

Post a Comment