Wednesday, 17 July 2013

Senaman Bulan Puasa

Bersempena dengan bulan puasa ni, adalah lebih elok utk aku share benda yang baik2 je. At least dapat jugak kutip pahala sikit2. Dan biasanya orang tak nak buat banyak movement masa berpuasa sebab takut hilang tenaga. Betul, aku pun sama, aku spend beberapa jam untuk hibernate. Tapi itu tak bermakna aku tak bergerak langsung, kan?

Terdapat beberapa senaman ringkas yang membantu korang selesa dan mengelakkan korang cepat rasa lapar. Senaman ni aku belajar dari TV dan sangat ringkas. Bagi pompuan yang nak ramping di pagi Raya, senaman ni sesuai untuk korang iaitu:

Senaman regangan

Macam ni lah rupanya.
Sori, lukis guna Paint je..
Senaman ni sangat mudah. Mula2 korang gulung tuala mandi dan ikat. Kemudian letakkan tuala mandi tu kat belakang pinggang korang dan baring. Pastikan ibu jari kaki bertemu dan tangan diangkat ke atas bagi melancarkan proses regangan. Lakukan senaman ni selama 10 minit, 10 minit je. Tak payah lebih2. Lakukan sebelum korang tidur sebab masa tu badan korang dalam keadaan rehat. Senaman ni elok untuk mengurangkan saiz pinggang, meransang tulang belakang so korang tak cepat bongkok, baik untuk kardiovaskular dan juga melegakan urat2 badan yang keletihan.



Senaman pelvis

Senaman ni elok untuk pompuan lepas bersalin, juga elok untuk orang yang ada masalah pelvis atau orang yang mempunyai bentuk punggung yang kurang menarik. Caranya mudah, korang cuma perlu baring, lipatkan kaki, depang tangan sedikit dan bertenang selama 5 minit. Bagi orang yang tak biasa lakukan senaman ni, 5 minit tu rasa macam 5 jam sebab otot paha yang jarang digunakan tengah meregang dengan hebatnya. Jadi, bagi orang yang tak biasa, korang boleh angkat lutut korang secara bergilir-gilir. Senaman ni bagus untuk menguatkan otot paha, meningkatkan metabolisme badan dan mengelakkan lemak dari terkumpul di bahagian pinggul.






Senaman batu, gunting dan kertas

Senaman ni paling ringkas. Pertama sekali, buat penumbuk dan tonjolkan sedikit jari telunjuk dan jari hantu. Kemudian urut bahagian bawah telinga sehingga ke bawah secara perlahan-lahan. Senaman ni elok untuk melegakan urat kepala dan mengelakkan pening. Senaman kedua ialah, guna jari untuk buat bentuk gunting tapi rapatkan jari telunjuk dan jari hantu. Kemudian, tekan bahagian bawah telinga sehingga ke belakang tengkuk. Senaman ni elok untuk meransang urat saraf dan menegangkan kulit leher. Senaman ketiga ialah dengan melipatkan ibu jari dan membuat simbol 4.  Kemudian urut dari sisi ketiak sampai ke tengah tulang dada. Senaman ni elok untuk merangsang organ dalam, limpa, dan pengaliran darah.



Senaman Solat

Senaman ni yang paling efektif sebab korang buat 5 kali sehari. Dalam solat, posisi rukuk 90 darjah dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit pinggang. Posisi sujud juga membantu merehatkan jantung, malah membekalkan bekalan darah segar ke otak (otak kita lebih cerdas). Pergerakan otot tangan ke bahu seterusnya meningkatkan aliran badan ke dalam tubuh, yakni melegakan badan dan pernafasan. Seluruh pergerakan solat itu sendiri adalah senaman untuk sendi sekaligus mengaktifkan tisu badan dan tulang rawan yang pasif.






Senaman Puasa

Puasa juga sebenarnya satu senaman. Dengan berpuasa, perut dalam keadaan berehat dan meningkat kadar metabolisme badan. Berpuasa dapat menurunkan kadar kolesterol, merendahkan tahap glukos, dan meningkatkan kekenyalan dinding saluran darah. 

Walaupun korang puasa, itu tak bermakna korang tak boleh bersenam =)

#tmg2013

No comments:

Post a Comment