Tuesday, 1 April 2014

Perkongsian Nabi dalam Tiga Agama: Islam, Kristian, Judaisme

Salam 1 April. Takde prank hari ni, aku tak celebrate April Fool. Hari ni aku stress out disebabkan broadband. Syukur, masuk pukul 5 lebih, broadband kembali sihat. So, di sini la aku. Memblogging.

Sebelum ni, semasa sekolah dulu-dulu, cikgu BM aku lulusan dari universiti luar dan minor subject cikgu aku ialah Bible studies. Pelik tak pelik cikgu aku Islam dan dia pegang satu prinsip- dia belajar faham agama lain agar orang lain akan faham agama dia. As simple as that. Bagi aku, tak ada isu mempengaruhi atau tidak. Kalau ada sesiapa yang terpengaruh tu, nampak sangat jiwa kosong. Dan sebenarnya (dah macam lagu Yuna), disebabkan kata-kata cikgu aku, aku pernah meminjam Bible kawan aku atas prinsip yang sama. Kebetulan aku ada ramai member non Muslim, tak susah nak meminjam, cuma diorang yang takut nak kasi pinjam. Jadi, aku pernah baca tiga jenis Bible- RC, Protestan dan Baptist, dengan basic yang sama, cerita Genesis, cuma Bible Baptist ada sedikit penerangan extra tentang paderi dan certain ritual, aku dah tak berapa ingat. Tapi yang paling jelas, nama-nama besar dalam Bible ada banyak (aku tekankan....banyak) persamaan dengan Al Quran. Benda ni memang ramai yang dah tau, cuma tak semua yang rela nak faham. Kalau semua faham, dunia ni pasti lebih aman. 

Jadi, ini sebahagian dari apa yang pernah aku baca suatu ketika dulu. Sekadar berkongsi pengalaman dan secebis pengetahuan.

Adam

Adam, nama lelaki dan manusia pertama yang diciptakan. Al-Quran dan Bible menyebut perkara yang sama. Tapi ada beberapa perbezaan versi Bible dan Al Quran. Sebagai contoh; pasangan pertama itu tinggal di syurga Firdausi (Al Quran) atau Eden (Bible), mereka memakan buah khuldi, bukan epal, dan penerangan mengenai family tree Adam dalam Bible tersangatlah panjang berjela-jela.

Idris

Idris, atau Enoch/Khanukh, merupakan nabi dan rasul kedua, juga fashion designer pertama di dunia. Kedua-dua kitab menyokong bagaimana Idris diangkat ke langit dan martabat baginda dimuliakan. Cuma, menurut Ancient Aliens di saluran 555 History, Nabi Idris diangkat ke langit atas bantuan makhluk asing dengan menggunakan kapal angkasa. Pfff... 
(-_-)!

Nuh

Nuh atau Noah, terkenal dengan kisah bahtera dan banjir besar. Sebetulnya kisah Nabi Nuh ni dah pun difilemkan dan Russel Crowe memegang watak Noah the Ark. Ada banyak banyak persamaan cerita dalam ketiga-tiga agama. Bezanya, Noah digambarkan sebagai kaki minum wain dalam Bible sedangkan dalam Al-Quran, tidak ada satu baris ayat pun yang menggambarkan Nabi Nuh a.s seorang peminum wain yang tegar.

Hud

Hud atau Eber (bukan Bieber), merupakan nabi dan rasul terkenal dalam Islam, berjuang menentang penyembahan berhala dan bagaimana Allah swt memakbulkan doa Nabi Hud a.s yang kecewa dengan kedegilan kaumnya dengan balasan bencana ribut taufan yang dahsyat. Aku tak refer sangat kisah Eber dalam Perjanjian Ibrani Lama sebab lebih banyak penerangan tentang family tree berbanding dengan perjalanan hidup Eber. 

Saleh

Saleh atau Shelah, merupakan nabi dan rasul yang terkenal dengan kisah unta betina. Ya, unta betina yang besar dan 'dilahirkan' daripada batu. Betapa banyak unta di tanah Arab, unta ajaib itu jugak yang menjadi mangsa kerakusan kaum Thamud. Maka, matilah mereka ditempik oleh malaikat Jibrail akibat kebodohan mereka. Menerusi Perjanjian Ibrani Lama, Shelah diperlihatkan sebagai keturunan Judah yang penting, lebih banyak kronologi keluarga, lebih banyak kisah keturunan dan semestinya, lebih banyak cerita family-tree. Just family.

Ibrahim

Ini dia, pemula keturunan dan Bapa kaum Israel seperti yang tercatat dalam Bible dan juga Torah. Ibrahim atau, Abraham/Abram, merupakan nabi dan rasul gigih yang diduga dengan ketiadaan zuriat, diduga lagi dengan dua orang isteri, Sarah (Sarai) dan Siti Hajar (Hagar), dikurniakan dua orang putera iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan perjuangan menyebarkan Islam sehingga berdirinya Kaabah di Mekah. Semua umat Islam tahu (mesti tahu) kisah penuh teladan ni. Menerusi Bible pula, Abram diperlihatkan sebagai bapa kepada keturunan Israel, kisah perjanjian 'The Promise Land', kronologi keluarga dan juga kisah Abram menyembelih Ishmael demi memenuhi kehendak Tuhan. 

Luth

Luth, atau Lot, merupakan nabi dan rasul yang diduga dengan ujian berat, kaum Sodom yang songsang dan terbalik nafsunya. Disebabkan kegilaan itulah, daerah kaum Sodom diterbalikkan dan dibenam ke dalam bumi lalu menjadi Laut Mati. Kisah perjuangan Nabi Luth a.s disebut beberapa kali dalam surah Al-A'raaf, Al- Anbiya, Hud, At-Tahrim, Al-Qamar dan Asy-Syuara. Bible juga ada menyebut kisah kaum Sodom dan Gomorrah. Bezanya, Lot digambarkan sebagai lelaki tua yang berjaya diperolokkan dengan minuman keras oleh dua anak perempuannya dan melakukan perbuatan sumbang zina antara anak dan bapa kerana anak perempuan Lot percaya tidak ada lelaki lagi untuk mereka kahwini dan memperoleh anak selepas kaum Sodom dimusnahkan oleh Tuhan (takkan daerah lain tak ada lelaki?) To be honest, aku tak dapat teladan yang baik dari kisah Lot ni.

Ismail

Ismail atau Ishmael, seperti yang diceritakan di atas merupakan anak pertama Nabi Ibrahim a.s, yang dijadikan korban tetapi akhirnya digantikan dengan kambing oleh Allah swt di atas ketaatan Nabi Ibrahim a.s. Terdapat juga kisah antara Nabi Ibrahim a.s memberi nasihat kepada anaknya, Nabi Ismail a.s dalam memilih pasangan hidup. Perjanjian Ibrani Lama juga menyebut perkara yang sama, bagaimana Abram diuji untuk menyembelih Ishmael dan beberapa kisah kekeluargaan tetapi seperti biasa, ia menekankan konsep kesinambungan keturunan Abram. Ishmael diperlihatkan sebagai Bapa kepada bangsa Arab dan Tuhan menjanjikan Ishmael dengan bangsa yang banyak (sila rujuk entri 'Kisah Tanah Yang Dijanjikan')

Ishak

Ishak atau Isaac, merupakan putera kedua kepada Nabi Ibrahim a.s dengan Siti Sarah, dikenali sebagai Sarai atau Sarah. Nabi Ishak a.s merupakan penyambung keturunan Nabi Ibrahim a.s dan menyambung usaha menyebarkan dakwah Islam. Menerusi Perjanjian Ibrani LamaIsaac diperlihatkan sebagai nama besar yang penting, bapa kepada bangsa Israel dan mewarisi perjanjian antara Abram dan Tuhan untuk mendapatkan Tanah yang Dijanjikan dan juga kekayaan-kekayaan lain yang dijanjikan pada bangsa Israel (sila rujuk entri 'Kisah Tanah yang Dijanjikan)

Yaakub

Yaakub atau Jacob, merupakan nabi dan rasul, juga bapa kepada Nabi Yusuf a.s. Semasa kecil, Nabi Yaakub dicemburui oleh saudara kembarnya, Ishu (atau Esau dalam Bible). Persengketaan Ishu dan Yaakub semakin memuncak apabila Yaakub diberi rahmat dan berkat oleh Allah swt. Maka, Nabi Yaakub berhijrah ke rumah saudara ibunya, Laban, berkahwin dengan Laiya (Leah) dan Rahil (Rachel). Ada banyak persamaan kisah Nabi Yaakub a.s dalam Bible, daripada permulaan sehinggalah berkahwin dan memperoleh zuriat. Terdapat petikan dari Wikipedia menyatakan Jacob pernah bertarung dengan malaikat semasa dalam perjalanan pulang ke Kana'an. Tetapi menurut sumber kitab al-Buka' min Khasyatillah karangan Syaikh Abdurrahman as Sinjari, Nabi Yaakub tidak bertarung dengan malaikat tetapi sebaliknya bersahabat dengan malaikat maut.

Yusuf

Yusuf atau Yosef/Joseph, putera kesayangan Nabi Yaakub a.s. Nabi Yusuf menerima alamat mimpi mengenai martabatnya yang bakal dimuliakan dan akhirnya membawa pengkhianatan saudara-saudara Nabi Yusuf kerana perasaan cemburu. Dengan rupa paras yang tampan, berkebolehan mentafsir mimpi dan digilai ramai wanita, hidup Nabi Yusuf diduga dengan pelbagai ujian di atas kelebihan yang dimiliki. Terdapat banyak percanggahan di mana Nabi Yusuf disemadikan tetapi persamaan di dalam ketiga-tiga agama ialah godaan Zulaikha terhadap Nabi Yusuf, Nabi Yusuf dipenjarakan, Firaun melantik Nabi Yusuf sebagai wazir dan Nabi Musa a.s telah membawa keranda Nabi Yusuf semasa berpindah dari Mesir ke Palestin (disebut sebagai Exodus dalam Perjanjian Ibrani Lama)

Ayub

Ayub atau Job, merupakan nabi dan rasul yang diuji daripada seorang yang kaya, bertukar menjadi miskin dan dihinggap penyakit kulit. Dijaga oleh seorang isteri yang penyayang, Nabi Ayub a.s menjadi contoh kerana sifat yang sangat penyabar dan sentiasa bersyukur walaupun ditimpa malang. Menerusi Perjanjian Ibrani Lama, Iblis bertaruh dan meminta Tuhan menarik nikmat Job dan lihat samada Job benar-benar seorang yang taat atau hanya patuh ketika memiliki nikmat. Obviously, Iblis kalah dalam pertaruhan ni kerana Nabi Ayub a.s tidak berubah hati.

Syuaib

Syuaib, atau Rehuel/Yitro, ialah nabi dan rasul yang diuji dengan kedegilan kaum Madyan yang suka menipu dalam perniagaan dan suka mengejek Nabi Syuaib dalam segala hal. Kedegilan dan keangkuhan kaum Madyan terhadap dakwah Nabi Syuaib akhirnya ditamatkan dengan balasan sambaran petir, gempa bumi dan terhapus dari tempat tinggal mereka. Penceritaan kisah Syuaib dalam tiga agama lebih kurang sama, cuma perbezaan dari segi penamaan karakter dan tempat, serta usaha Syuaib dalam berdakwah tidak disebut dalam Perjanjian Ibrani lama.

Musa

Musa atau Moses, nabi dan rasul yang mempunyai tongkat sakti, diberi pelbagai jenis mukjizat yang nyata, diberi kelebihan untuk Kalamullah, mampu membelah Laut Merah dan berjaya mengalahkan kerajaan Firaun yang sesat. Perpindahan Nabi Musa a.s bersama pengikut yang setia ke Palestin menjadi titik permulaan bangsa Israel mendiami tempat baharu, masuk ke tanah Palestin seperti yang diperintahkan oleh Allah swt (sila rujuk entri Kisah Tanah yang Dijanjikan). Kisah Moses ini menjadi kunci utama dalam pemahaman kitab Torah kaum Yahudi, bagaimana Moses menerima perjanjian di atas Gunung Sinai dan seterusnya menjadi inspirasi dalam Bible, perpindahan suci (Exodus) Moses bersama pengikut menerusi Laut Merah yang terbelah dua. Nabi Musa antara nabi yang dikurniakan dengan kitab, iaitu kitab Taurat (Torah).

Harun

Harun atau Aaron, merupakan nabi dan rasul yang turut mendampingi Nabi Musa a.s dan menolong untuk berdakwah dan juga semasa perpindahan Nabi Musa a.s ke Palestin. Menerusi Perjanjian Ibrani Lama, Aaron merupakan saudara tua kepada Moses yang banyak membantu Moses berdakwah di Mesir. 

Daud

Daud, atau David merupakan raja yang memerintah di Palestin dan juga pahlawan yang berjaya menumpaskan musuh Jalut (Goliath). Nabi Daud diberi kelebihan suara yang merdu, gunung-ganang yang sentiasa bertasbih memuji Nabi Daud, kelebihan melembutkan besi tanpa api dan dikurniakan dengan kitab Zabur (Mazmur/Psalms) yang dipenuhi dengan syair keagamaan, nyanyian memuji Tuhan yang satu dan lagu-lagu yang menganduni nasihat dan pengajaran. Menerusi Bible, kisah David diterangkan secara terperinci, bagaimana David membantu Raja Saul (Thalut) menumpaskan Goliath, Raja Saul memerintah selepas kekalahan Goliath dan takhta Saul akhirnya diambil alih oleh David selepas kematian Saul. Star of David menjadi lambang kepada bangsa Israel.

Sulaiman

Sulaiman atau Solomon, ialah putera Nabi Daud a.s dan diberikan mukjizat nyata iaitu berkebolehan memahami bahasa haiwan, menguasai kerajaan manusia dan jin serta menundukkan angin atas perintah Allah swt. Kelebihan menguasai jin dan syaitan sebagai pekerja, tentera dan hamba menjadikan Nabi Sulaiman ditakuti kerana mempunyai kerajaan yang kuat. Kisah antara Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Balqis dari kerajaan Saba' (Ratu Sheba) juga menunjukkan kelebihan Nabi Sulaiman sehingga Ratu Balqis akur pada kebenaran yang dibawa kepadanya. Seal of Solomon menjadi simbol kepada Judaisme.

Yunus

Yunus, atau Jonah, nabi dan rasul yang terkenal dengan kisah terperangkap di dalam perut ikan paus. Nabi Yunus a.s diperintahkan oleh Allah swt untuk menyelamatkan kaumnya yang sesat. Walau bagaimanapun, Nabi Yunus beredar dari kota tanpa izin Allah swt kerana terlalu marah lalu menaiki sebuah kapal dan berlayar di laut. Dari kejadian itu, berlaku ribut di lautan. Nabi Yunus akhirnya terjun ke dalam laut selepas diundi oleh orang kapal dan ditelan oleh ikan *ngap! Nabi Yunus a.s, yang tidak pernah lupa pada Allah swt ketika waktu senang, akhirnya telah diselamatkan oleh Allah swt selepas memohon keampunan. Kisah Nabi Yunus a.s mempunyai banyak persamaan dengan kitab Hebrew Bible.

Isa

Isa, atau Jesus, nabi paling terkenal dalam pegangan Kristianiti sebagai anak Tuhan, diberi pelbagai kelebihan semasa kecil dan mengorbankan dirinya di atas palang salib bagi menebus dosa pengikutnya. Ibu Nabi Isa a.s, Maryam (Maria/Miriam/Mary) menjadi simbol perawan suci kerana melahirkan anak tanpa seorang lelaki. Nabi Isa a.s dari sudut Islam pula seorang Nabi yang diberi mukjizat nyata seperti menyembuhkan orang buta, menghidupkan burung, pandai berkata-kata semasa masih bayi dan sebelum kelahiran Nabi Isa a.s, Mariam dipermudahkan dan dibantu oleh malaikat Jibrail. Kelebihan Nabi Isa a.s dari segi kelahiran dan kelebihan yang banyak telah mengancam ahli kitab dan pengamal ilmu yang lain sehingga timbulnya kejadian malang Nabi Isa dikhianati  oleh salah seorang sahabat Nabi Isa yang munafik (Judas Iskariot). Menurut Islam, Nabi Isa a.s diselamatkan, diangkat ke langit dan sahabat Nabi Isa yang munafik menjadi pengganti di palang salib. Sebelum diangkat ke langit, Nabi Isa a.s sempat memberi khabar gembira bahawa Penyelamat yang sebenar akan datang dan namanya Ahmad (Muhammad).

Ilyas, Ilyasa, Zakaria dan Yahya

Ilyas (Elia), Ilyasa (Eliseus/Elisha), Zakaria (Zechariah) dan Yahya (Yohanes) merupakan nabi-nabi sebelum Nabi Isa a.s. Nabi Ilyas berketurunan Bani Israil seperti nabi-nabi sebelumnya dan menentang penyembahan berhala yang bernama Baal. Perjuangan mengesakan Allah swt disambung oleh Ilyasa. Tidak banyak kisah mengenai Ilyasa dan ia lebih kepada kisah penyambungan keturunan Israil dalam Perjanjian Ibrani Lama. Nabi Zakaria pula seorang nabi yang menginginkan anak lelaki. Akhirnya, Nabi Zakaria dikurniakan anak lelaki yang sangat cerdas, Nabi Yahya yang mempelajari kitab Taurat dengan tekun. Nabi Yahya dikenali sebagai nabi ke-12 dalam Kristian dan dikenali sebagai Yohanes Pembaptis (John the Apostle)

Muhammad

Muhammad, nabi terakhir, penutup kepada semua nabi seperti yang dikatakan oleh Nabi Isa a.s merupakan nabi yang menerima mukjizat terbesar dan paling lengkap, Al Quran. Al Quran menghimpunkan seluruh kisah dari mushaf Adam, kitab Taurat milik Nabi Musa, kitab Zabur milik Nabi Daud a.s dan kitab Injil dari Nabi Isa a.s. Perbezaan terbesar antara tiga agama ini adalah kelahiran Muhammad itu sendiri, hanya disebut dengan jelas di dalam Al Quran dan Nabi Muhammad SAW berbangsa Arab. Bukan Bani Israil.

*Tambahan:

Sedikit pembacaan dari kitab tulisan Dr. Afif Abdullah, Nabi-nabi dalam Al Quran; bermula dari Nabi Ibrahim a.s, kaum Bani Israil berkembang dan dirahmati oleh Allah swt. Kesukaran mereka dibela, dengan ketibaan Nabi Musa a.s yang datang membebaskan mereka dari kesesatan dan kesusahan. Bani Israil adalah kaum yang mendapat banyak keistimewaan kerana dibimbing oleh ramai rasul, sehingga dikurniakan tanah Palestin dan duduk bersama-sama dengan penduduk asal dengan aman damai. Namun, Bani Israil tidak mahu berkongsi tanah tersebut dengan penduduk asal Palestin kerana mereka kaum yang istimewa. Lama-kelamaan, mereka menjadi kaum yang tidak bersyukur dan kembali semula kepada kepercayaan asal iaitu menyembah berhala. Akhirnya, Nabi Musa a.s memohon kepada Allah swt agar tanah Palestin diharamkan kepada bangsanya dan meminta agar rahmat Allah diputuskan dari bangsanya yang fasiq. Doa itu diperkenankan dan rasanya korang faham apa yang terjadi dengan bangsa Israil sekarang :)


"Semoga yang membaca dengan hati yang terbuka mendapat ilmu yang berguna."

@themagi2014

2 comments: