Thursday, 3 April 2014

Sarawak & Peninsular Food: Apa yang ada dan tak ada?

Lihatlah, panjang betul title entri kali ni. Tiba2 timbul perasaan nak buat comparison and op coz, ini tak ada kaitan dengan niat busuk, hasad dengki mengadu domba dan sebagainya. Sebetulnya aku cuma nak cakap pasal makanan.

Yah, makanan. U got problem?

Sepanjang aku bertapa menuntut ilmu (bukan ilmu bukan2) di Peninsular suatu ketika dahulu, aku mempelajari banyak perkara betapa istimewanya setiap negeri. Masing2 ada kelebihan, ada jugak kekurangan. Mana ada yang sempurna? Jadi, in certain cases, Peninsular have everything. As they thought, but they don't actually. Bab makan, masa merayau di Giant, di One Utama, di Bukit Raja, di JB, PKNS dan mana-mana tempat yang ada jual barang dapur, aku mendapati ada beberapa perkara yang tak ada. They have belacan, cencaluk, all kinds of veggies dan produk-produk yang lain. Tapi, ada sesuatu yang diorang tak ada. Diorang kena import dari Sarawak

1. Dabai

Lovely local fruit from Sarawak, buah dabai buah yang aneh. Tak ada rasa yang spesifik, aku tak arif nak explain. Tapi secara harfiahnya buah dabai dan garam memang tak boleh dipisahkan. Dan secara jujurnya aku tak pernah nampak dabai dijual kat mana-mana market di Peninsular. Sometimes I wonder, diorang pandai tak makan buah dabai? Dabai is tasty.

2. Terung Dayak

Yellow, round and sour, terung dayak perisa tambahan terkenal di Thailand, menurut pembacaan aku di Google Search. Ada seorang hamba Allah try bawa benih ke Peninsular, pokok tu tumbuh tapi tak berbuah. Pelik aku. Aku paling suka bila terung dayak dibuat sambal atau tumis ngan belacan. Yummeyh...

3. Nanas Sarikei

Nanas Sarikei, sudah semestinya ada di Sarikei, Sarawak. Nanas ni berbeza dari nanas biasa dari segi saiz, warna dan rasa. FYI, nanas ni cuma boleh tumbuh dengan baik di Sarikei. Just this place.

4. Epal Ba'kelalan

Benih epal ni dikatakan diambil di Kali, bukan California tapi Kalimantan, Indonesia. Benih epal ni sesuai tumbuh di kawasan sejuk dingin di Ba'kelalan, kawasan pedalaman di Sarawak dan menjadi epal tempatan yang popular. Walaupun rasanya tak semanis epal import, sedap kalau dimakan bersama sambal belacan.

5. Beras Bario

Bario, the wonderful highland at Sarawak merupakan kawasan tempat tinggal hijau kaum Kelabit. Tempat ni sinonim dengan padi huma Bario, menghasilkan beras yang tirus, kecil dan mempunyai tesktur rasa yang sangat berbeza dari beras biasa. Macam beras pulut, tapi bukan beras pulut. Beras ni sesuai untuk kawalan diet dan baik untuk kesihatan. Rasa tak puas makan beras ni. Yang sedihnya, harga beras ni tinggi. Macam tanah tinggi.

6. Lada 'geronong'

Lada, atau cili geronong merupakan cili loceng. Cuma, cili loceng di Sarawak mempunyai bentuk yang sedikit berbeza. Sangat pedas. Mak mentua kakak aku yang suka makan benda pedas pun setuju. Benih tu dibawa balik ke Kedah dan tanam. Anehnya, cili tu tumbuh dan buahnya lonjong. Tak bulat. Faktor tanah, barangkali.

7. Linut

Berasal dari sagu, makanan kaum Melanau istimewa sebab rupa macam gam. Sesuai dimakan dengan sayur keladi, sambal cili, sambal belacan dan apa-apa yang serasi dengan selera manusia. Makanan ni boleh didapati dengan mudah di Sabah dan ia dikenali sebagai Ambuyat. Well, Sabah dan Sarawak ialah kepulauan so memang banyak persamaan.

8. Rusip

Local food, ikan bilis yang diperam. Sekali tengok, tak menarik. Bila makan, tertarik da boom. Prinsip rusip ni lebih kurang macam cencaluk cuma cencaluk diperbuat daripada anak udang. Senang cerita, rusip ni saudara budu. So, tak ada problem bagi siapa yang suka budu.

9. Pes laksa Sarawak

Bagi peniaga yang menjual makanan Sarawak, mereka memang perlukan pes laksa Sarawak. And they have to order sebab memang susah nak dapatkan pes tu di Peninsular. Aku teringat dengan lecturer aku yang suka makan laksa Sarawak so dia order satu kotak. Sebulan lepas tu, masuk wad. Heart attack. Kesian.

10. Gula apong

Gula apong diperbuat dari nira pokok apong dan konsistensi gula apong ni sangat pekat sampai jadi pes. Gula apong dengan gula melaka ni lebih kurang cuma gula melaka tu seketul dan gula apong ni ada rasa pahit sikit sebab terlalu manis. Between dua gula ni, aku suka gula apong sebab aku tak perlu sibuk nak cairkan. Gula apong memang dalam bentuk pes, it's easy.


Errr...itu je setakat ni yang aku tahu. Ada apa-apa yang tertinggal or terkurang? Sila tambah. Sekian...

@themagi2014

No comments:

Post a Comment