Monday 7 April 2014

Sarawak Food: Sama, tak Serupa?

Sejak dua menjak ni aku selalu lapar. So, dalam kepala selalu ingat pasal makan. Sebut pasal makan, ada macam-macam jenis makanan di Malaysia. Ada banyak rupa, banyak nama. Tapi ada sesetengah makanan mempunyai persamaan. Perbezaan makanan tu cuma terletak pada nama. Aku tak pasti berapa banyak makanan yang sama dalam Malaysia ni tapi mungkin, senarai ni membantu.

1. Singgang

Singgang merupakan lauk yang dimasak rebus; dengan serai, bawang dan halia. Makanan ni kurang kolesterol, baik untuk kesihatan. Di seluruh Peninsular, ia dikenali sebagai singgang manakala di Sarawak ia dikenali sebagai pindang. Aku tak pasti mungkin ada dialek spesifik selain dari singgang atau pindang. Tapi, di Sarawak serbuk kunyit tak dimasukkan dalam masak pindang. Kalau dimasukkan serbuk kunyit, pindang akan bertukar menjadi lempah. Only at Sarawak.

2. Kuih Serabai

Kuih serabai merupakan kuih tradisi di Penang (menurut rancangan TV yang mak aku tonton bulan lepas). Diperbuat daripada tepung beras dan dijadikan seperti lempeng, menurut penerangan Wikipedia (website favourite aku), kuih ni digemari ramai dan diperkenalkan kepada pelancong sebagai produk pelancongan. Bezanya di Sarawak, kuih ini dikenali sebagai bingka serabei dan ia dihidangkan hanya pada makan tahlil arwah. Aku tak berapa pasti samada tradisi menghidangkan kuih ni masa makan tahlil masih berterusan atau tidak.

3. Linut
Linut, makanan orang Melanau di Sarawak. Diperbuat daripada tepung sagu. Aku dah terangkan sikit dalam entri sebelum ni. Di Sabah, ia dikenali sebagai Ambuyat. Ia menyerupai gam, tak ada rasa rasa yang spesifik. Orang yang tak biasa makan linut akan kata makanan ni tawar. Well, haters gonna hate, kalau tak suka banyak la alasan kan? Bagi aku, aku suka dishes ni.

4. Jemput-jemput Pisang

Jemput-jemput pisang merupakan snek kegemaran Malaysia. Semua orang tahu jemput-jemput. Di Peninsular, tukang masak menggunakan tangan untuk membentuk jemput-jemput tapi di Sarawak, sudu jadi pengganti. Jadi ada perbezaan bentuk di situ. Antara perbezaan lain ialah jemput-jemput pisang dikenali sebagai jompot manakala jemput-jemput ikan bilis/udang dikenali sebagai cucur ikan pusuk/udang. Again, only at Sarawak.

5. Lempeng tepung gandum
Lempeng tepung gandum diperbuat daripada tepung gandum, air dan garam. Bukan makanan kelas atasan tapi sedap dijadikan menu minum petang. Di Sarawak, lempeng dikenali sebagai tumpik dan terdapat banyak jenis tumpik di Sarawak, seperti tumpik tepung dan marjerin, tumpik sagu atau tumpik planta. Tapi mostly, lempeng memang dikenali sebagai tumpik di Sarawak.

6. Kuih Perahu

Kuih perahu, kuih berwarna putih dan diisi di dalam lipatan daun pandan, dan kadang-kadang ada extra jagung Lego kat dalam; ia merupakan kuih terkenal sebagai sarapan pagi atau juadah bulan puasa. Aku menjangkakan kuih ni akan buat comeback tak lama lagi (sebab bulan puasa semakin dekat #countdown). Selain dikenali sebagai kuih perahu (disebabkan oleh bentuk lipatan daun pandan), ia juga disebut sebagai kuih tepung pelita, atau kuih takei (cit, konpius aku)


Dan sekarang, aku stop sebab aku cuma tahu setakat ni je. Sesiapa yang ingat, boleh share dalam kotak komen. Kalu salah, sila betulkan. Sekian...

p/s: tak kisah la lain nama, yang penting sama rasa.
@themagi2014

No comments:

Post a Comment