Wednesday, 26 March 2014

Sajak: Sekadar Berkata

Bagaimanakah aku ketika aku kecewa?
Aku pejamkan mata,
Jika dulu aku terbakar,
Aku tidak tahan,
Memberontak sehingga aku mual,
Aku menekup wajahku,
Kerana aku tidak tahan.

Jika dulu aku bertanya,
Kenapa aku yang terpilih?
Ini semua tidak adil,
Aku diburu musibah,
Hatiku seperti ditikam dengan lembing,
Dan aku kesurupan,
Seperti mereka melukai aku,
Padahal mereka tidak.

Aku menekup wajahku,
Jika dulu aku bertanya,
Cuba katakan, kenapa ini terjadi?
Mataku hampir buta,
Antara yang benar atau yang batil,
Ini semua tidak adil,
Meraung melebihi kesurupan,
Seperti sudah tumbang,
Tiang keimanan.

Sekarang, jika kau tanya,
Bagaimanakah jika aku cemburu?
Masa lalu menampar wajahku,
Berhenti menekup wajah!
Buka mata dan simbahlah air,
Padamkan api kegilaan itu,
Ingatlah bahawa,
Tuhan tidak akan menguji manusia,
Di luar kesanggupan mereka.


26032014
Rabu
Kuching

Tulus ikhlas buat semua keluarga MH370 dan juga IM di Mesir.

@themagi2014

No comments:

Post a Comment