Tuesday 23 September 2014

Syarikat Produksi Filem Dulu-Dulu

Beberapa bulan ni, aku suka tengok cerita Melayu lama. Kaler hitam putih. Lagi lama lagi best sebab karakter orang zaman dulu, cara hidup dulu-dulu, rekaan produk dan selera fesyen diterjemahkan dalam filem. Kata orang, filem ni sebenarnya paparan budaya. Korang boleh compare transisi perubahan pemikiran masyarakat Melayu, umumnya, melalui pembikinan filem. Kalau orang dulu suka buat filem legenda, nasihat dan kehidupan. Sekarang ni lebih pasal cinta, samseng, rempit dan genre seram. Tapi jujur aku cakap, filem seram tempatan tak seram sangat.

Sebenarnya, entri kali ni bukan pasal filem tapi syarikat produksi filem yang bertanggungjawab menghasilkan filem-filem tersebut. Minggu lepas aku tengok Saloma Biopic, nostalgia zaman dulu sangat terasa. Props yang digunakan sangat klasik dan menepati zaman. Itulah yang dikatakan 'paparan budaya'. Jadi aku nak ambil kesempatan untuk kata: Kudos to Kus Semangat Aktor by Melissa Saila and husband. Aku suka penceritaan macam ni.

Okey, ini senarai pendek syarikat produksi filem dulu-dulu. Kalau terkurang, tertinggal...sila tinggalkan info kat kotak komen. Sekian.

Shaw Brothers (Malay Film Production)

Shaw Brothers, dimiliki oleh 3 bersaudara (Runje, Runde dan Runme) menubuhkan syarikat produksi yang berpangkalan di Shanghai, China pada 1925. Pada 1958, mereka membuka syarikat produksi di Hong Kong. Industri filem Melayu di bawah urusan Shaw bermula pada 1937 iaitu di Singapura. Pada 1947 mereka dengan menubuhkan Malay Film Production (MFP) manakala ibu pejabat Shaw terletak di Kuching. Perpindahan Run Run Shaw ke Singapura seawal tahun 1928 juga membantu mengembangkan industri filem Melayu sehinggalah era pendudukan Jepun sekitar 40an. Menjelang 50an, ia kembali rancak dan didominasi barisan pelakon terkenal Melayu seperti P. Ramlee, Nordin Ahmad, S.Roomai Noor, Siput Sarawak dan lain-lain. Pada 1967, Shaw memutuskan untuk kembali semula ke Hong Kong dan menutup syarikat produksi di Singapura. Pada masa itu Singapura sudah berpisah dari gagasan Malaysia. Shaw Brothers kembali semula ke Hong Kong dan beralih ke industri drama TV iaitu melalui subsidiari TVB.

Cathay Productions dan Keris Film Organisation

Cathay Productions ditubuhkan oleh Loke Wan Tho dan ibunya, Loke Cheng Kim di Kuala Lumpur pada 1936, mengembangkan industri filem Melayu pada masa itu. Cathay Productions mendirikan panggung wayang pertama di Kuala Lumpur dan mempunyai 1200 tempat duduk serta memiliki panggung wayang berhawa dingin pertama. Pada 1939, bangunan Cathay dibina di Singapura. Pada 1953, Cathay Production bergabung dengan Keris Film Organisation dan menjadi Cathay-Keris, memberi saingan dengan MFP. Pada 1950an, Loke Wan Tho membuka pasaran di Hong Kong. Pada 1980, Cathay berdepan dengan perubahan ekonomi dan Cathay memutuskan untuk menjalankan perniagaan panggung dan menutup filem produksi.

Studio Merdeka

Pada 1961, Studio Merdeka memulakan operasi di Jalan Hulu Klang, Selangor dan dimiliki oleh peniaga tempatan iaitu H.M Shah dan rakan kongsi, Ho Ah Loke. Studio Merdeka merupakan syarikat produksi filem terbesar di Tanah Melayu pada masa itu. Barisan pelakon di Singapura berpindah ke Studio Merdeka dan menjadi salah satu punca penutupan MFP pada pertengahan 60an. Studio Merdeka menampilkan barisan pelakon Melayu seperti Mustapha Maarof, Abdullah Chik, Salmah Ahmad dan lain-lain. Pada 1966, Shaw Brothers telah mengambilalih Studio Merdeka. Pada 1985, Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) membeli Studio Merdeka dengan nilai RM1.4 juta dan menjadi pejabat perbadanan tersebut. Nama Studio Merdeka dikekalkan.


@themagi2014
ruj: Bernama/Status Quo Industri Filem Malaysia| Wikipedia/Shaw Brothers| Wikipedia/Cathay-Keris Productions| Wikipedia/Cathay Organisation|
 *updating

1 comment: