Tuesday 18 November 2014

Barang Permainan dalam Anime

Beberapa hari ni, aku sibuk memikirkan entri untuk bulan November. Ada kuota yang mesti dipenuhi sebelum travel dengan gumbira. Jadi 'hey brother' aku memberi suggestion berupa toys kegemaran dalam anime. Korang tau kan, barang permainan yang glemer dalam certain anime? Aku pun ada simpan satu, figura B-daman yang sudah patah kakinya. Aku tak pasti sangat pasal items feveret pada zaman diorang jadi aku just senaraikan items yang glemer pada zaman aku (dan zaman adik aku).

credits: Toyrus
B-daman pada masa sekarang lebih vogue berbanding
B-daman dulu2, aku punya B-daman tak berduri2 sangat
macam kat atas.
credits: flipkart
Gasing versi moden, Beyblade Metal Fusion
menjadi kegilaan budak dulu2. Budak2 zaman skang
pun gila ngan permainan ni. Tapi bila suh main
gasing tradisional, tak minat la pulak.

credits: geek.com
Kereta pemusnah berskala kecil, Crash Gear sangat
glemer sekitar tahun 2001 kalau aku tak silap. Aku punya
'hey brother' die-hard-fan ngan permainan ni sampai nanges
kat tepi jalan sebab parent tak kasi beli.
credits: aliexpress
Dash Car, dari dulu glemer sampai skang. Aku masih
nampak kereta ni dijual kat toy store. Ada macam2 rekaan
dan warna. Aku masih ingat kereta dash 'hey brother' aku
yang awal2 tu kaler biru. Disebabkan harga litar Dash
sangat pricey, kitorang guna alur longkang. Hahaha...
creative beyond money~
credits: withthewill.net
Digimon digivice, toys yang interaktif dan mahal pada era aku.
Kononnya nak jadi macam ahli Digimon (aku paling suka
siri Digimon yang awal sebab aku rasa diorang stylo-
especially karakter Sora dengan topi helmet). Digivice
pada masa skang lebih cantik dan banyak function tapi
budak2 prefer main apps dalam tab sebab lebih interaktif.

credits: aliexpress.com
Super Yoyo memperkenalkan kegilaan terhadap yoyo.
Belum habis lagi demam toys yang lain, 'hey brother' aku
curang dengan toys yang lain, yakni, yoyo. Ntah apa nama
yoyo trick yang dia praktis sebelum ni. 
credits: ebay.com
Duel Monster memperkenalkan siri kad Yu Gi Oh,
antara anime yang memperkenalkan card game berbanding
patung figura ataupun jenis permainan yang lain. Seperti
biasa, 'hey brother' aku minat gila ngan Yu Gi Oh. Kad2
Yu Gi Oh tu masih disimpan (dalam buku latihan sekolah)
sampai la skang.

Ada banyak lagi permainan anime dari Jepun seperti card game dari Shaman King, Cardcaptor Sakura, action figure dari Dragon Ball, Bleach dan juga Naruto. Tak kira dulu atau sekarang, item2 ni tetap menjadi feveret semua collectors.

p/s: bagi mana2 items dalam anime yg tak disenaraikan, korang bleh masukkan dalam kotak komen.

@themagi2014

No comments:

Post a Comment