Thursday 13 November 2014

Fitrah Kesalahan Manusia

Manusia, diciptakan dari tanah dan menjadi sebaik-baik ciptaan. Lelaki menjadi ciptaan pertama, diikuti dari perempuan dari tulang rusuk lelaki sebagai pasangan. Semua orang setuju tentang hakikat kejadian manusia, tak kisahlah apapun agamanya. Tapi untuk entri ni, aku narrowkan dalam perspektif Islam je, okay? Kalau tak okay, boleh Google ke tempat lain. You are free to choose.

Sejak dari awal manusia dicipta, manusia melakukan kesalahan. Dari kesalahan yang pertama di syurga, sampailah ke dunia. Manusia sentiasa melakukan kesalahan. Itu bermakna, manusia memang tak sempurna. Siapa yang perasan bagus, kaya raya, muka cantik, cukup pakej dan riak dengan ilmu, itu semua dah menunjukkan betapa tak perfectnya korang. Beli cermin, cermin diri sendiri.

Dan, tak dapat dinafikan, tak semua manusia begitu jahat. Dari setiap kesalahan yang dibuat, mereka perbetulkan dan insaf. Apapun kesalahan yang dibuat (mencuri, menipu, menurut nafsu bla3), semuanya boleh diampunkan. Tapi, sifat sombong adalah sifat yang paling berbahaya. Disebabkan sifat itulah, Iblis yang mulia menjadi hina. Menurut hadis Sahih Muslim, takkan masuk syurga barang siapa yang ada di dalam hatinya setimbang zarah (atom) dari sifat takkabur (sombong). Jadi, jangan perasan bagus.

Antara fitrah kesalahan manusia yang masih berterusan (dan takkan berhentilah kot sampai kiamat?) ialah:

1. Hawa Nafsu


Dikisahkan bahawa terdapat pohon buah khuldi di syurga dan menjadi larangan bagi Nabi Adam a.s dan Siti Hawa dari memakan. Larangan tersebut sebenarnya disiplin dan kepatuhan terhadap perintahNya. Sekuat mana hati manusia dapat menahan hawa nafsu? Di situlah Iblis memainkan peranan kerana sudah dijanjikan bahawa Iblis akan menggunakan seluruh tipu daya (nanti aku ceritakan pasal perjanjian tu dalam entri seterusnya). Akhirnya, melalui Siti Hawa, Nabi Adam a.s jatuh ke dalam tipu daya dan menurut nafsunya untuk memakan buah larangan. Sebab itulah nama 'Hawa' dikaitkan dengan hawa nafsu dan menjadi punca untuk masalah lain (maksiat dan sebagainya). Perempuan merupakan senjata utama Iblis untuk tipu daya. So, wahai perempuan, jangan biarkan korang diperalatkan sebab korang bukan alat.

2. Pembunuhan

Dikisahkan bahawa selepas Nabi Adam a.s dan Siti Hawa memakan buah larangan, rancangan Iblis berjaya dan mereka pun dikeluarkan dari syurga yang indah. Nabi Adam a.s dan Siti Hawa pun tercampak ke dunia yang penuh cabaran. Seterusnya, mereka meneruskan kehidupan, berkahwin dan mempunyai anak. Demi kelangsungan zuriat, Nabi Adam menjodohkan anak lelaki dengan anak perempuan. Habil dijodohkan dengan kembar Qabil iaitu Iqlima dan Qabil dijodohkan dengan kembar Habil iaitu Labuda. Qabil tidak puas hati dengan keputusan tersebut memandangkan kembarnya, Iqlima lebih cantik dari Labuda. Maka, Nabi Adam memberi peluang kepada anak-anak lelaki melakukan kurban persembahan. Kurban persembahan Habil diterima sedangkan kurban Qabil ditolak. Marah kerana perkara tersebut, Qabil menjadi manusia yang pertama yang membunuh manusia lain di muka bumi. Disebabkan pembunuhan pertama itu, pembunuhan kekal berterusan hingga ke hari ini. 

3. Pengkhianatan

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam bukunya, Mukashafah al Qulub bahawa apabila Habil meninggal dunia selepas dibunuh oleh Qabil, Qabil memutuskan untuk mengkhianati keputusan bapanya. Qabil enggan berkahwin dengan Labuda dan seterusnya derhaka pada ibu bapa. Lantas, Qabil berniat untuk membawa Iqlima lari dan berkahwin. Kecewa dengan sikap Qabil, Nabi Adam mengusir Qabil dan menyatakan pengkhianatan Qabil akan berbalas juga. Akhirnya, Qabil dikhianati dan dibunuh oleh anaknya sendiri. Itulah bahaya pengkhianatan, sampai sekarang masih berlaku.

4. Cemburu

Jealousy. Sikap yang tidak suka pada orang lain, hanya mengutamakan kehendak sendiri. Penyakit dari zaman dulu hingga sekarang. Walaupun zaman dah moden, penyakit ni tak berhenti malah makin teruk. Ia bermula dari sikap Qabil yang menginginkan Iqlima sebagai isteri, kerana Iqlima lebih cantik. Qabil begitu marah kerana kurbannya tidak diterima sedangkan Qabil tahu bahawa kambing miliknya yang diserahkan sebagai kurban begitu kurus dan lemah sedangkan kambing milik Habil lebih gemuk dan sihat. Maka, demi mengutamakan kehendaknya, Qabil sanggup membunuh asalkan keinginannya tercapai. 

5. Sombong

Sombong, penyakit bahaya yang melarat. Sombong dimulai oleh Iblis dan Iblis berhasrat untuk menyampaikan penyakit itu pada manusia. Penyakit itu juga menyebabkan Qarun yang kaya raya dimakan bumi dan Firaun yang mengejar Nabi Musa a.s ditelan air laut. Dikisahkan bahawa siri kesombongan manusia yang pertama berlaku selepas Qabil mendapat tahu bahawa bapanya, Nabi Adam menjodohkan dirinya dengan kembar Habil iaitu Labuda. Qabil menyedari hakikat bahawa dirinya lebih kuat, lebih tampan dan lebih menarik sedangkan Labuda bukanlah seorang perempuan yang cantik, tidak padan dengan dirinya.Pada fikiran Qabil, hanya Iqlima saja yang layak menjadi isterinya kerana Iqlima seorang yang cantik. Jadi, bagi sesiapa yang tampan atau cantik, jangan biarkan korang menjadi sebahagian dari siri kesombongan ni. 

         

Dalam setiap kesalahan manusia ni, hawa nafsu adalah pemula kepada kesalahan yang lain. Hawa nafsu tak semestinya menimbulkan syahwat je, dari nafsu, semua keinginan jadi kepentingan. Padahal tak penting pun. Kesalahan ni akan terus berlanjutan tapi semoga keinsafan pun takkan berhenti. Semoga setiap dosa-dosa pertama ni, kita dapat pengajaran dan iktibar.

@themagi2014
ruj: Imam Bukhari, Mukhashafah al Qulub| Ustaz Muhammad, Ustmuhammad.wordpress.com| Wikipedia.org

No comments:

Post a Comment