Saturday 8 November 2014

Selamat datang, Horror Stories

Malam Sabtu, aku terbongkang jap depan laptop. Penat merayap kat Boulevard, bodek promoter cantik (dapat la goodie bag Nissan) and merantau warrior sampai ke tingkat atas. POPULAR memanggil aku (datang la, jenguk la...buku baru suda mari~). Padahal aku beria save duit nak travel *kununnya....last2 sangkut jugak kat rak bahagian self-interest. Dem you, hati! Cepat benar kau tergoda dek buku.

Maka, begitulah kisahnya aku membeli sebuah buku yang bernama Horror Stories....

Tapi, buku apakah itu?

Tajuk: Horror Stories
Pengarang: Tunku Halim
Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris
Jumlah mukasurat: 425 (tak termasuk book ads di belakang)
Penerbit: Fixi Novo (Buku Fixi), Petaling Jaya
Tahun diterbitkan: 2014
Harga: RM24.90


By Tunku Halim, penulis Malaysia yang dok di Australia, also known for his passion in dark theme and Malaysia's prince of darkness, buku yang diterbitkan pada Feb 2014 dan diulang cetak sampai 4 kali ni adalah himpunan kisah misteri, seram, thriller (sebutlah segala anekdot yang berkaitan dengan kegelapan). Aku baru beli pagi tadi buku ni, girang nak baca buku seram tapi baru tiga cerita yang aku baru habis baca. Tak layak nak buat review. Tapi nak jugak amek gambar dengan buku ni. Pakai snowcap je untuk cover rambut (sila abai barang kat belakang). Walau macam manapun, aku still nak cakap sesuatu pasal buku ni.

This book is honest in explanation and narration. I mean it.

Since aku belom habis baca sepenuhnya, so aku cerita sikit2. Kalau banyak nanti masalah aku dengan copyright. Senang cerita korang belilah dan nikmatilah buku ini di bawah cahaya lampu neon suram. Sebelum tu aku nak bagitau attraction buku ni ialah the eyes. Aku try tiru mata tu dalam gambar kat atas. Seram kew? Cover yang nice, tajuk yang thumbs up, warna paper jenis 'protect the eyes' gitew, dan manisfesto Fixi Novo yang power iaitu buku dijual dengan harga yang rendah (in order to reach the young, the sengkek and the kiam siap) which is only RM24.90. Berbaloi dengan isi kandungan yang mantap. Walaupun kisah dalam buku ni is indeed unpleasant tapi in a good way actually sebab di sebalik ketidakselesaan tu, ada nasihat yang tersembunyi. Other than that, buku ni tak ada CIP dan ISBN. Tak dapat retrieve kat library.

Sebagai permulaan, aku baca the most favourite story Tunku Halim iaitu Ladiah, kisah pembantu rumah dari seberang yang suka pakai pakaian dalam warna merah. Jujur aku cakap, this story is obscene, cara dia explain bagaimana watak yang bernama Eddie teransang dek godaan Ladiah sampai wet dream Eddie dibuatnya. Eddie luahkan masalah pada kawannya (si watak utama) tapi last2 Eddie tak dapat resist godaan. Kemudian, anak isteri Eddie mati kena racun di kedai makan dan beberapa bulan lepas tu Eddie mati disebabkan serangan jantung. Dikatakan duit Eddie habis dibelanjakan untuk beli barang kemas, tapi si Ladiah tu pulak hilang ntah ke mana.The best part? Kawan Eddie tu ambil orang gaji baru bernama Liza. Liza sangat suka pakai pakaian dalam warna merah dan pandai menggoda. Korang rasa apa yang bakal berlaku lepas tu?

The second story, also digemari oleh penulis, bertajuk The Woman Who Grew Horn ni short story yang menarik. Berkisar tentang pengkhianatan, dendam dan kemusnahan. Lepas baca cerita ni, idea2 bernas menulis kembali bertunas (thanks Tunku Halim, anda sangat membantu). Nak tahu how the story goes? Begini kisahnya, bf Nancy bernama Fong mengutuk seorang perempuan pelik yang berekor. Nancy berniat nak membantu demi nilai kemanusiaan. Perempuan berekor tu bernama Mei, mak Mei bernama Madam Liew. Selepas dibantu Nancy dan seorang tukang ubat bernama Sinseh Tai, Mei pulih dan menjadi cantik. Malangnya, bf Nancy iaitu Fong terpikat pula pada Mei dan mereka berkahwin. Nancy berasa sangat marah akibat dikhianati, kerjayanya hancur dan sakit hati kerana melihat Mei yang semakin berjaya. Beberapa tahun kemudian, Mei dan Nancy berjumpa lagi. Ekor Mei kembali tumbuh, semakin melarat dan ditinggalkan oleh suami dan anak. Mei mintak bantuan Nancy tapi sebaliknya Nancy mintak Mei terjun bangunan bunuh diri. Akhirnya, Mei menurut kata Nancy kerana terlalu kecewa. Tapi, membalas dendam dengan dendam bukanlah penyelesaian terbaik. Itulah kekuatan tema dalam cerita ni.

The rest of the whole stories? Biarkan aku dating dengan buku aku malam ni. Di dalam timbunan kisah power seram seperti Biggest Baddest Bomoh, Haunted Apartment & 4 Numbers for Eric Kwok, kisah Plane Load yang jijik and more, this is what I need to stretch my leg and enjoy the show.



@themagi2014
Thanks and appreciation to Tunku Halim & Fixi Novo

No comments:

Post a Comment