Sunday 19 April 2015

10 Unit Sukatan/Ukuran: Singkatan nama dan Maksud

Image result for unit measure
Unit ukur sebahagian dari ilmu matematik. Sejujurnya, aku tak pandai matematik. Jadi entri kali ini, aku bukan nak kopek pasal kira-kira, melainkan beberapa singkatan nama bagi beberapa unit ukur. Sebagai contoh, kalau 12 inci bersamaan dengan 1 kaki/1 foot. Foot merujuk kepada sukatan jarak kaki yang diamalkan oleh orang zaman dulu. 

Macam mana dengan unit ukur/sukat yang lain?

1. Ounce (oz)

Asal usul istilah Ounce datangnya dari perkataan Middle English (pada abad ke-12) iaitu 'Uncia'Sementara itu, Ounce disebut sebagai 'Onzo' dalam bahasa Itali. Dari perkataan 'Onzo' itulah wujudnya singkatan 'Oz' bagi unit timbang Ounce.

2. Pound (lb)

Asal usul istilah Pound dalam unit timbang berasal dari perkataan Old English (sebelum abad ke-12) iaitu 'Pund' dan bahasa Latin iaitu 'Pondo/Pondus'. Sebetulnya, 'lb' bukan singkatan nama untuk 'Pound' kerana istilah 'lb' itu ialah singkatan untuk 'Libra'. Libra merupakan perkataan Latin yang merujuk kepada maksud 'Pound' kerana istilah penuh bagi Libra yang sebenarnya ialah 'Libra Pondo' (pound weight).

3. Microgram (µg)

Penggunaan singkatan nama µg untuk Microgram berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud 'Mu'. Ia juga merupakan prefix symbol untuk perkataan 'micro' dalam huruf Greek.

4. Carat (Ct)

Carat ialah unit untuk mengukur emas atau permata berdasarkan warna dan berat. Penggunaan singkatan 'Ct' tidak membawa maksud 'city'. Sebetulnya, singkatan Ct ialah dari perkataan Carat itu sendiri. Asal usul perkataan Carat dipercayai dari zaman pertengahan Latin iaitu 'Carratus' dan juga dari perkataan Arab iaitu 'Qirat'. Carat juga disebut sebagai 'Karat'.

5. Liter (l)

Liter dan Litter adalah dua perkataan yang membawa maksud berbeza. Liter merupakan unit sukatan dalam jadual sistem metrik dan singkatan Liter sangat mudah iaitu 'l'. Asal usul perkataan Liter ialah dari bahasa Perancis iaitu 'Litre' dan juga dari bahasa Latin (menerusi Greek) iaitu 'Litra'.

6. Kilocalorie (Cal) & small calorie (cal)

Cal dan cal merujuk kepada unit sukatan untuk jumlah kalori tetapi perbezaan huruf besar dan huruf kecil menentukan makna sukatan tersebut. Secara literal, singkatan yang digunakan sangat mudah iaitu huruf 'c' kecil untuk 'cal' (small calorie) dan 'C' besar untuk  'Cal' (kilocalorie).

7.  Milli (m) & Centi (c)

Kedua-dua perkataan di atas berasal dari perkataan Latin dan disingkatkan menerusi pangkal huruf pertama. Milli membawa maksud 'one thousandth', bukannya 'one thousand'. Centi membawa maksud 'one hundredth', bukannya 'one hundred'. 

8. Kilo (k)

Kilo berasal dari perkataan Greek dan namanya disingkatkan menerusi pangkal huruf pertama. Kilo membawa maksud 'thousand' iaitu 1000. Perkataan Greek  'chilioi' diserap ke dalam bahasa Perancis dan diselarikan dengan perkataan kompaun yang lain sebagai sukatan saintifik. Sebagai contoh: 1 kilometer bersamaan dengan 1000 meter, 1 liter bersamaan dengan 1000 centimeter, ataupun 1 kilogram bersamaan dengan 1000 gram.

9.  Sudu teh/Teaspoon (tsp) & sudu makan/tablespoon (tbsp/T)

Sudu teh dan sudu makan adalah unit sukatan yang lebih kecil dalam menentukan jumlah dan kapasiti. Singkatan sudu teh dan sudu makan berasal dari perkataan Inggeris, iaitu teaspoon (tsp) dan tablespoon (tbsp/T). Kapasiti sudu makan lebih dari sudu teh iaitu sebanyak 3 sudu teh atau 15 mililiter.

10. Pint (pt)

Pint ialah unit sukatan untuk jumlah kapasiti dan singkatan Pint berdasarkan pangkal huruf depan dan belakang. Istilah Pint berasal dari Middle French iaitu 'Pinte', mungkin juga berasal dari Vulgar Latin iaitu 'Pincta'. Ataupun, ia berasal dari past participle 'Pingere' dalam bahasa Latin yang membawa maksud 'Paint'.


@themagi2015
ruj: WorldWideWords.org| cliffnotes.com | wikipedia| merriam-webster apps| spacegrant.montana.edu|Dictionary.reference.com

No comments:

Post a Comment