Wednesday, 1 April 2015

Artwork: In Progress

Welcome 1st April, bulan musim bunga akhirnya tiba. Bagi yang celebrate April Fool, selamat hari bodoh utk korang. Aku tak sambut perayaan ni, bukan pekerjaan aku suka prank orang.

Basically entry list untuk bulan ni aku tak update lagi. Entah aku pun tak tahu apa yang aku bizi sangat. Then seperti biasa haruslah aku menyemak bucket list yakni:

  • Tulis folklore (check), 
  • hantar cerpen (postpone), 
  • novel epik (prepare untuk top novelis taun depan), 
  • komik (masih buat lining, penat arrr..), 
  • Update blog (aku tengah buat la ni...)
  • artwork (in progress)
Bila aku maksudkan in progress, maksudnya aku berniat nak buat compilation ikut tema. Tapi bila dah decide banyak tema, banyak juga artwork tak siap. Padahal aku bukannya nak jual pun artwork aku, aku sketch dalam sketchbook je pun. Tapi sebagai artist (gitew~), artwork aku adalah baby aku yang aku tak payah tukar lampin...hak, hak~

Okey, selalunya aku post artwork yang dah di-compile. Kali ini, aku campur mana yang dah siap. Baru sedap ^^





















Artwork ni dibuat bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina or Chinese New YearAdik aku mengalami kekeliruan dengan lambang zodiak tahun ni sebab sekejap guna muka kambing (goat), sekejap lagi muka kambing biri-biri (sheep) Senang cerita, aku lukis dua-dua sekali. Aku 'pertemukan' dua saudara (yakni kambing dan kambing biri-biri) untuk CNY. Murni sungguh nawaitu aku...

So far aku biarkan artwork ni colourless.





















Artwork ni sebenarnya dah lama aku buat tapi aku tak lining dengan marker pen. Or mungkin pada awal sketching aku buat artwork yang agak obscene. Maksud aku, aku dah terbuat nude artwork.

Jadi bila aku dah beli marker pen baru aku bercadang tak nak teruskan bab nude dan tutup bahagian-bahagian yang rahsia itu dengan corak-corak, lukis kain, ada ombak-ombak dan akhir sekali, aku conteng apa yang aku suka.

At the end, beginilah jadinya. Setakat ni aku biarkan artwork ni tak berwarna. Bila mood mewarna dah datang, aku cadang nak warnakan perempuan dua orang ni jadi biru, Avatar-look alike~





















Sebetulnya lukisan ni dalam satu compilation, ada dua lagi yang dah siap tapi aku tak masukkan ke dalam entri ni. Aku tunggu hujung minggu nanti. Lagipun, line broadband tak begitu lurus.

Just fyi, orang yang aku lukis ni Haruma-san. Ada yang panggil dia Haruma-chi. Entah aku tak tahu maksud panggilan itu. Oleh sebab aku dah terbiasa lukis kartun beberapa minggu lepas, semua benda aku nak 'kartunkan'. 

Untuk artwork ni, aku sambung story hujung minggu nanti.


Yang ni pun dah lama aku siapkan. Gaya love hand shape aku tiru dari salah seorang artis Korea, Lee Hongki kalau tak silap. Memandangkan aku suka shape tu, aku lukis untuk jadi sebahagian dari projek komik aku. 


Setelah sekian lama aku tak puas hati dengan ton warna artwork aku yang bernama Mouth Womb ni, aku telah mengambil keputusan untuk tambah warna. 

Bila dah siap menambah warna, hati saya manyak suka. Kalau dibesarkan scale lukisan ni, besar kemungkinan aku akan berjaya seperti Pablo Picasso atau Edvard Munch.

Ya, angan-angan itu indah sekali~





















Dan lukisan ni, aku tak expect pun akan jadi seperti ini. Asalnya aku lukis guna pensel mekanikal. Muka perempuan ni memang dilukis pelik. Bila dah siap, aku tak minat nak buat apa-apa. Lama-lama lukisan ni jadi pudar. 

So bila mood datang balik, aku conteng je dengan marker pen. Lepas tu aku mix dengan warna pensel. Selepas di'bakar' 3 hari 3 malam, beginilah hasilnya.





















Artwork yang ini obviously kesukaan aku. Aku penggemar yokai tegar. Bagi sesiapa yang Japanese-mind yang suka teru-teru bozu, anime, Cosplay, manga...sangat mustahillah tak tahu apa itu YokaiYokai is a monster, bewitching, haunted...senang cerita pergilah meng-Google. Ada banyak info berkenaan dengan Yokai.
Just for Yokai theme, aku lukis dalam two pages sebelah menyebelah dan semua karakter yokai adalah perempuan (sebab aku suka creepiness dalam watak yokai perempuan).






















So far, kedua-dua pages tu masih dalam proses mewarna. Warna pensel aku agak limited dari segi warna so aku terpaksa tindan-tindan warna sampai nampak spooky. Tengoklah bila agaknya aku siap mewarna semua sahabat-sahabat Yokai ni.

Jadi, 1st entry selesai. Sambung balik buat kerja..

@themagi2015

No comments:

Post a Comment