Tuesday, 14 April 2015

Figura Kenderaan Mini: Hobi &. Sejarah

Tahun lepas merupakan tahun pertama aku mengumpul figura kenderaan mini. Tapi sebelum tu, aku pernah buat wish (masa tu aku dalam tandas), aku nak sangat figura Volkswagen Beetle. Beberapa minggu kemudian, aku jumpa figura Volkswagen New Beetle di Parkson's toys department. Sekelip mata, keinginan aku dipenuhi *clap clap


Mulai saat itulah, hobi mengumpul figura kenderaan mini pun berkembang. So far, car toys aku belum banyak sebab aku prefer jenama VW dan Vespa (or vintage cars). Aku masih giat memburu. Well, hujung minggu ni aku memang berniat nak menambah koleksi.

Mari tengok sikit koleksi aku yang tak seberapa :)




Jenama: Volkswagen
Jenis: The Beetle
Warna: Kuning
Skala: 1:66
Pengeluar: Takara Tomy (Japan)
Dihasilkan di: Tomy Company, Kowloon, HK
Produk buatan: Vietnam
No.siri: 33





Jenama: Volkswagen
Jenis: VW transporter
Warna: Putih-merah gelap
Skala: 1: 72
Pengeluar: Hongwell Toys Ltd.
Diedar oleh: Cararama
Produk buatan: China
No.siri 711ND





Jenama: Volkwagen
Jenis: New Beetle (Diecast metal)
Warna: Hijau
Skala: 1:37
Pengeluar: Fresh Metal & Maisto
Dihasilkan di: May Cheong Group, Guyancourt, France
Produk buatan: China
No. siri: #21001




Jenama: Volkswagen
Jenis VW Beetle
Warna: Oren
Skala: 1:43
Pengeluar: Hongwell Toys Ltd.
Diedar oleh: Cararama
Produk buatan: China
No.siri: 251ND







Jenama: Vespa
Jenis: 50L (1966) (Diecast metal)
Warna: Biru laut metalik
Skala: 1:18
Pengeluar: Maisto
Dihasilkan di : May Cheong Group, Guyancourt, France
Produk buatan: China
No.siri: #39540





Jenama: Vespa
Jenis: 125 Nuova (1965) (Diecast metal)
Warna: Kelabu cerah metalik
Skala: 1:18
Pengeluar: Maisto
Dihasilkan di : May Cheong Group, Guyancourt, France
Produk buatan: China
No.siri: #39540



Sejarah ringkas figura kenderaan mini


Sejarah mainan mini bermula sejak ribuan tahun dahulu. Sebelum Perang Dunia Pertama, mainan diperbuat daripada material seperti tin, aloi, besi tuang dan sebagainya. Penggunaan diecast metal diperkenalkan di Britain pada 1931 dan beberapa figura kenderaan dihasilkan Diecast metal lebih murah dan mudah digunakan jika dibandingkan dengan material yang lain kerana skala kenderaan yang asal dapat diubah menjadi lebih kecil dan lebih tepat. Figura diecast metal kemudiannya berkembang dengan penggunaan bateri. Penghasilan produk mainan bateri seterusnya dikuasai oleh Jepun pada era 1950an dan 1960an kerana mainan bateri tersebut lebih tahan lama dan bergerak lebih pantas. Pada 1958, syarikat Line Brothers ditubuhkan di Britain untuk bersaing dalam pasaran figura kenderaan mini dan kini terdapat pelbagai jenis syarikat yang menawarkan produk serta harga yang lebih berpatutan. (Rujukan lanjut sila ke pautan Hants.gov.my )

Antara pengilang terawal yang menggunakan teknik diecast metal dalam produk figura ialah:

  • Meccano (Dinky Toys) United Kingdom
  • Dowst Brothers (Tootsie Toys) USA
  • Fonderie de precision de Nanterre (Solido) France
Rekaan produk diecast metal sebelum Perang Dunia Pertama dilihat tidak ada rekaan dalaman (seperti tempat duduk, stereng, dashboard dsb). Rekaan awal hanya mementingkan rupa asas. Penggunaan aloi yang tidak berkualiti menyebabkan masalah zinc pest iaitu figura mudah retak dan atau berubah bentuk tanpa sebab. Aloi Zamak berkualiti digunakan bagi mengelakkan masalah tersebut.

Pada 1968, Hot Wheels diperkenalkan di USA oleh Mattel bagi memenuhi kehendak pengguna (kanak-kanak lelaki khususnya) kerana sebelum ini produk patung Barbie menguasai pasaran dan hanya memenuhi kehendak pengguna (iaitu kanak-kanak perempuan). 

Beberapa syarikat lain seperti Bandai dari Jepun, mengeluarkan produk metal robot yang lebih menarik di bawah jenama Chogokin yang bermaksud super alloy. Sementara itu, produk figura komersial pun memasuki pasaran seperti Coca-Cola, Harrods, Arnott's Biscuit (Australia) dan Sunlight Seife (Germany). Bukan itu saja, produk figura promosi seperti McDonald, Kodak dan Texaco juga menghasilkan figura mini masing-masing

Penubuhan syarikat pengeluar semakin bertambah dari tahun ke tahun dengan tawaran harga dan produk yang lebih baik telah menyebabkan beberapa jenama diambilalih oleh syarikat lain seperti:
  • Produk Matchbox (milik Lesney) diambilalih oleh Enfield
  • Produk Corgi (milik Mettoy) diambilalih oleh Mattel
Bagi memenuhi kehendak pengguna yang semakin meminati hobi ini, kebanyakan syarikat mengilangkan produk mereka di China bagi mengurangkan kos dan sekaligus memberi tawaran yang lebih baik dari segi harga jualan dan mengekalkan kualiti produk pada masa yang sama. Oxford Diecast dan Corgi misalnya dikilangkan di China bagi mendapatkan sumber bahan yang lebih banyak dan sesuai untuk pengeluaran besar-besaran.

Jenis skala figura mainan diecast

1:12 : Figura dihasilkan dalam skala besar dan lebih terperinci, saiz 36-38cm dan harga lebih mahal
1:18 : Figura dihasilkan dalam skala besar, terperinci, dan saiz 18-20cm
1: 24 : Skala kegemaran di USA dan menjadi saiz standard rujukan syarikat pengeluar mainan diecast
1: 32: Skala sederhana, biasa digunakan dalam penghasilan produk kenderaan vintaj dan agrikultur seperti traktor.
1: 36: Diperkenalkan oleh Corgi, menjadi skala standard rujukan bagi Maisto, Kinsmart dan Welly
1: 34: Digunakan secara eksklusif oleh First Gear Model USA
1: 43: Skala standard terkenal yang digunakan di seluruh dunia. Ia dipopularkan oleh Dinky.
1: 48: Beberapa syarikat menggunakan skala ini untuk produk 'aircraft' dan kenderaan  militari.
1: 50: Digunakan untuk produk kenderaan besar seperti bas, trak, dan kenderaan pembuatan
1: 55: Biasa digunakan oleh Siku dari Germany dalam penghasilan produk mainan kereta  dan trak. Disney Pixar oleh Mattel juga menggunakan skala ini.
1: 60: Skala kegemaran dalam penghasilan mainan sebelum dan selepas perang oleh Dinky Toys.
1: 64: Skala ini biasa digunakan dalam penghasilan model trak America. Matchbox, Nascar, Hot Wheels juga menggunakan skala ini. Baru-baru ini, syarikat Jepun seperti Kyosho, Aoshima dan CM's Corp menjadikan skala ini sebagai rujukan dalam penghasilan produk seperti race car dan road car.
1: 72: Skala yang digunakan dalam produk kenderaan pejuang dan dihasilkan dengan kesesuaian kit plastik.
1: 76: Skala kegemaran di Britain, Australia dan HK dalam penghasilan produk bas dan lori dalam bentuk terperinci.
1: 87: Skala ini sesuai untuk HO model trains di USA dan Eropah. Kebanyakan produk yang dihasilkan dalam skala ini diperbuat daripada plastik.
1: 148: Skala ini sesuai untuk Britain N scale train dan digemari di UK kerana saiz kompak dan harga lebih berpatutan.

@themagi2015

2 comments:

  1. cantik tu. macam aku masa mula2 dulu prefer mini (termasuk austin), beetle atau bmw. brand pun cuma pilih tomica dan sebahagian hotwheels je. tapi lama2 makin bertambah kepada jdm (yang lama macam datsun) sebab seronok mencari. paling seronok bila kita jumpa apa yang kita betul2 berkenan atas peg, bukan dari seller.

    sekarang, rasa macam nak try buat custom pulak.

    anyway, good hobby of collecting! kipidap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx, sama2 la kita mengumpul. Memang ada hati nak buat custom tapi bajet belum cukup. So, hunting kat toys department je la...hahaha. Kalu collection dah bertambah nanti nak re-update entri pasal car figure :)

      Delete