Tuesday, 12 May 2015

Short History: Dari Old Chinese Court ke Rex Cinema

Hello Tuesday, to all visitors and Kuchingites (of course~). Sebelum memulakan rutin proofing, aku update entri terlebih dahulu. Hari ini, entri disambung dari Old Chinese Court ke Rex Cinema. Sambil mengadap laptop, marilah pekena secawan susu Nespray ^^

1. Old Chinese Court

Image result for old chinese court kuching
Dibuka pada 1912 oleh Rajah, bangunan ini pada asalnya digunakan oleh masyarakat Cina sebagai tempat komuniti untuk mentadbir dan menguruskan hal-ehwal serta adat Cina dalam perkahwinan, penceraian, urusan kehakiman dan peninggalan wasiat. Pengurusan tersebut selari dengan kehendak Rajah yang mahu masyarakat Cina menyelesaikan permasalahan komuniti mereka sendiri. Fungsi mahkamah ini ditamatkan pada 1921 dan sejak dari tahun 1930 hingga ke tahun 1990, ia dijadikan sebagai pejabat The Chinese Chamber of Commerce. Kini ia dijadikan sebagai Muzium Sejarah Cina.

2. Tua Pek Kong

Image result for tua pek kong kuching
Antara tokong tertua di Kuching (iaitu pada 1876), ia dipercayai telah dibina oleh imigran Cina yang berasal dari Kalimantan, Indonesia. Pada masa dahulu, kedudukan tokong ini berdepan dengan sebatang sungai yang mengalir di antara tokong tersebut dan juga bangunan Old Chinese Court. Perubahan dan kemajuan yang berlaku di Kuching telah mengubah persekitaran di Tua Pek Kong. Selain dikenali dengan nama Tua Pek Kong, ia juga secara rasminya dikenali sebagai Siew San Teng.

3. Kueh Seng Onn

Image result for kueh seng onn kuching
Juga dikenali sebagai Hong San Si, tokong ini dibina oleh komuniti Cina Hokkien pada 1895. Menurut penceritaan lisan penduduk tempatan, ketika terjadinya kebakaran dahsyat di Kuching pada 1884, mereka melihat kelibat dewa kanak-kanak yang mengibarkan bendera hitam. Ia dikatakan telah memadamkan kebakaran tersebut dan tokong ini selamat dari bencana tersebut. Untuk mengingati peristiwa tersebut, perarakan dianjurkan pada setiap tahun  pada hari ke-22 bulan 2 dalam kalendar Lunar Cina. Pentas dibina merentasi jalan dan beberapa upacara diadakan. Tokong ini diperbaharui pada tahun 2005.

4. Paradesa 

Image result for paradesa kuching
Paradesa ialah pusat komuniti baru untuk semua di Lebuh Wayang, Kuching yang menyediakan perkhidmatan perlancongan yang ditubuhkan pada tahun 2013. Dengan motto 'Fun.Joy.Lives', ia mengajak para pelancong mendekati Kuching dan di luar Kuching dengan pelbagai aktiviti seperti berbasikal, mendaki, meneroka gua dan juga berkayak. Penjenamaan komuniti ini adalah berbentuk 'penjelajahan' dalam mengenali Kuching serta Sarawak dengan lebih dekat.

5. Rex Cinema

Image result for star cineplex kuching
Lokasi Kuching City Centre yang terbaik dari segi 'aerial view' ialah di Star Cineplex yang terletak di atas bangunan Rex Cinema yang berwarna-warni. Kedudukan bangunan Rex Cinema yang tinggi dan mengadap ke arah Sungai Sarawak menjadi kegemaran kerana keindahan malam Kuching dapat dinikmati di situ. Kemeriahan medan selera di Kampung Boyan yang terletak di seberang sungai juga dapat dilihat. Bangunan Rex Cinema yang asal sebenarnya berbeza dan dirobohkan bagi pembinaan bangunan Rex yang tersergam indah pada masa kini.



@themagi2015
ruj: Kino Magazine

No comments:

Post a Comment