Saturday, 9 May 2015

Short History: Dari Carpenter Street ke St. Thomas Cathedral

Selamat hari Sabtu, masa untuk menyambung entri. Kali ini berkenaan dengan sejarah pendek dari Carpenter Street ke St. Thomas Cathedral. Dalam ruangan ini aku mengambill kesempatan nak ucap terima kasih pada DBP cawangan Sarawak sebab menyokong penulisan aku. Usaha menjadi seorang penulis rasanya tak begitu sia-sia...hahaha :)

Mari proceed~

1. Carpenter Street

Image result for carpenter street kuching
Jalan ini dahulunya dikenali sebagai Jalan Atap (Atap Street) disebabkan deretan kedai beratapkan daun nipah yang banyak sebelum kejadian The Great Fire 1884 di Kuching. Ia juga dikenali di kalangan orang tempatan sebagai 'Back Street' pada era Brooke kerana kedudukannya terletak di belakang Main Bazaar. Jalan ini dahulunya dibanjiri dengan rumah judi, sarang pelacuran dan juga tempat penghisap candu. Kini, kawasan ini menjadi lokasi tukang kayu berniaga dan juga pesta kuih bulan.

2. Main Bazaar

Image result for main bazaar kuchingImage result for main bazaar kuching
Antara kawasan tertua di Kuching, bermula sebagai penempatan beratap nipah dan kemudian berubah menjadi kawasan deretan bangunan kedai kayu yang mengadap ke arah Sungai Sarawak. Selepas kebakaran yang dahsyat di Kuching pada 1884, kedai kayu beratap nipah diganti dengan struktur batu yang lebih tahan dan kuat, termasuklah pembinaan kubu dan dermaga. Ia menjadi pusat berdagang di Kuching suatu masa dahulu dan kini ia menjadi lokasi pelancongan dan street food hawkers.

3. Lau Ya Keng

Image result for Lau ya keng kuching
Pentas ini dibina merentasi jalan dari kawasan tokong di mana teater opera dipentaskan untuk memuaskan hati para dewa pada musim perayaan. Pada hari biasa, kawasan Lau Ya Geng dipenuhi dengan peniaga makanan dan deretan gerai makan (yang menjual hidangan non-halal).

4. Bishop Gate

Image result for jalan bishopgate kuching
Ia dinamakan bersempena dengan nama The Gate of Anglican Mission pada kurun ke 18 dan 19 kerana terdapat kompleks Anglican Mission di situ. Dahulunya ia digunakan sebagai laluan pejalan kaki ke kawasan Main Bazaar dan juga Carpenter Street. Kini, sebahagian dari laluan itu melalui arus pembangunan.

5. Thian Hou Temple

Image result for kuching hainan association
Tokong kecil ini terletak di atas bangunan Kuching Hainan Association. Bangunan ini dikatakan bukti kepada sejarah kemasukan kaum Cina Hainan ke Kuching dan pengaruh mereka terhadap ekonomi di Carpenter Street. Tokong ini dibina di tingkat 3 bangunan berkenaan dan ia merupakan tingkat tertinggi di kawasan Carpenter Street. 

6. Guan Thian Sang Ti Temple


Ia disiapkan pada 1889 oleh kaum Cina yang datang dari provinsi Guangdong dan selatan Fujian. Setiap hari ke-4 dalam bulan 12 kalendar lunar Cina, tokong ini akan mengadakan perarakan tahunan untuk para dewa dengan pelbagai jenis kostum dan pakaian seragam yang lain. Tokong ini antara tokong terkecil jika dibandingkan dengan tokong lain seperti Tua Pek Kong dan Hong San Si.

7. St. Thomas Cathedral
Image result for st thomas cathedral kuchingImage result for st thomas cathedral kuching
Bishop MacDougall merupakan pengasas katedral St. Thomas dan memulakan semuanya dari bawah. Penubuhan St. Thomas sebagai gereja Anglikan di Borneo merupakan permulaan kepada penyebaran Kristianiti pada era Brooke. Ia ditahbiskan pada 1851 oleh Bishop Wilson dari Calcutta.


@themagi2015

No comments:

Post a Comment