Tuesday 5 May 2015

Short History: Dari Pangkalan Batu ke General Post Office

Salam sejahtera to all visitors. Hari ini, aku nak update entri sejarah (well, aku suka sejarah). Mostly sebelum ini aku suka tulis entri panjang-panjang bila nak terangkan pasal sejarah sesuatu tempat. Kali ini, aku tulis pendek-pendek, senang sikit otak nak hadam.

Okay, aku proceed~

1. Pangkalan Batu
Image result for pangkalan sapi kuching
Pangkalan Batu (atau Pangkalan Sapi) ialah jeti utama, juga disebut sebagai 'the landing point' kerana di situlah setiap Rajah memulakan perjalanannya dari rumah kerajaan (Astana) ke seberang Sungai Sarawak, iaitu di The Old Court House. Pangkalan Batu pernah dikenali sebagai Mile 0 (Batu 0) kerana ukuran setiap jarak perjalanan bermula di tempat itu.

2. Kuching Waterfront (Tebingan Kuching)
Image result for kuching waterfront
Pusat utama dermaga yang sibuk suatu masa dahulu.  Pelbagai jenis rumah gudang telah dibina di kawasan sekitar bagi menampung keperluan urusan jual beli perniagaan. Ia juga menempatkan pelbagai jenis rumah kedai, syarikat dan pejabat-pejabat kerajaan. Kini ia menjadi laluan pejalan kaki dan tempat berlibur di Kuching.

3. Sarawak Steamship Company
Image result for sarawak steamship company
Bermula pada 1875 sebagai pejabat sayap untuk The Old Court House. Kemudian, ia diubah menjadi rumah gudang untuk syarikat dan juga pejabat bagi Sarawak Steamship Company pada tahun 1930-an.

4. Square Tower
Image result for square tower kuching
Berkhidmat sejak 1875. Disiapkan hampir sama dengan masa Fort Margherita disiapkan, iaitu sekitar 1879. Menara ini dibina sebagai tempat sentri dari arah kiri dan kanan Sungai Sarawak. Ia juga pernah digunakan sebagai pusat penahanan pesalah.

5. The Old Court House 
Image result for old court house kuching
Merupakan bangunan pentadbiran pertama pada era Brooke, tempat di mana fungsi kerajaan dijalankan di bawah satu bumbung. Sejak tahun 1868, pelbagai penambahbaikan dilakukan pada setiap blok dan juga di bahagian laman. Kini ia dijadikan pusat budaya untuk pelbagai jenis acara dan aktiviti. Muzium Wanita juga ditempatkan di bangunan yang sama.

6. Japanese Building (Rumah Jepun)
Image result for japanese building kuching
Buruh bergerak dari kem Batu Lintang dan dikerahkan untuk bekerja di tapak pembinaan Japanese Building ketika pendudukan Jepun di Kuching (1941-1945).  Japanese Building dibina bagi menyekat laluan  antara India Street dan Carpenter Street. Kini ia dijadikan rumah makan dan kawasan pejalan kaki.

7. Round Tower
Image result for round tower kuching
Merupakan bangunan awam yang dibina selepas Great Fire Kuching 1884. Bangunan ini dijadikan sebagai tempat dispensari (rumah ubat) kerana ia terletak bersebelahan dengan banguna Pavilion yang berfungsi sebagai rumah sakit. Round Tower dikatakan telah dibina atas tujuan pertahanan berdasarkan kedudukannya yang strategik. Terdapat spekulasi bahawa rekabentuk tingkap bangunan ini kelihatan seperti slot untuk muncung senjata api.

8. Pavilion
Image result for round tower kuching
Bangunan ini dibina sebagai ibu pejabat rumah sakit. Ia dibina dengan bingkai konkrit dengan bumbung mendatar di mana penghuni Pavilion boleh menikmati keindahan waktu senja sambil berehat santai. Kini ia dijadikan sebagai Muzium Tekstil.

9. General Post Office
Image result for general post office kuching
Direka oleh Messr Swan & McClaren, arkitek dari Singapura, ia disiapkan sepenuhnya pada tahun 1932 di bawah pentadbiran Rajah ke-3, Charles V. Brooke. Tapak bangunan ini pada asalnya tapak balai polis dan juga kandang kuda milik Rajah ke-3.



@themagi2014 
ruj: Cat City Walk Kino magazine

No comments:

Post a Comment