Wednesday, 13 May 2015

Tips dan Petua untuk Bakal Ibu

Image result for ibu mengandung naik kadar gula
Bakal ibu, mesti semua tak sabar nak mendapat ahli baru dalam keluarga. Jadi, bakal ibu mestilah menjaga kesihatan dan keselamatan dari segala aspek. Entri ini aku dedikasikan kepada rakan-rakan, sepupu-sepapat dan kakak aku sendiri yang bakal menjadi ibu. Dalam entri ini, aku masukkan tips profesional dan juga petua orang tua-tua.


Tips dan Petua mudah untuk Bakal Ibu bila keluar rumah.

  1. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan tempat yang nak dituju. Dinasihatkan, jangan memakai gaun labuh semasa membeli barang dapur di pasar basah. Bahaya jika terpijak kain atau tak perasan tingkat lantai.
  2. Jangan keluar atau balik lewat malam. Cuaca dingin sebelah malam tak elok dengan keadaan si bakal ibu yang berbadan dua.
  3. Elakkan dari pergi ke rumah orang yang meninggal dunia. Bimbang jika si bakal ibu berasa terkejut atau terganggu dengan berita kematian tersebut. 
  4. Jangan keluar waktu lewat petang (waktu Maghrib). Kata orang tua-tua, waktu tersebut adalah masa 'bersiar-siar' bagi the unseen.
  5. Sebaiknya keluar ketika cuaca baik dan berjalan-jalanlah. Cuaca yang baik dan suasana yang elok dapat melegakan perasaan si ibu, sekaligus menurunkan kadar stres.
Tips dan Petua mudah untuk Bakal ibu berkenaan dengan penjagaan diri.
    Image result for senaman ibu hamil
  1. Jangan abaikan nikmat mandi. Mandi dapat menurunkan suhu panas yang naik mendadak selepas penat bekerja. Mandi juga dapat menurunkan kadar stres kerana air mempunyai kelebihan dalam proses ketenangan.
  2. Jangan mandi lewat malam. Mandi lewat malam menjejaskan kesihatan paru-paru.
  3. Pastikan rumah dalam keadaan kemas. Rumah yang kemas akan menyenangkan hati.
  4. My mom says: Bakal ibu hendaklah rajin mengemas diri (berdandan dan bergaya) agar kelihatan cantik dan manis.
  5. Jangan bermalas-malasan. Sekalipun penat, bawalah berjalan-jalan dan buat kerja yang ringan-ringan.
  6. Lakukan sedikit latihan olahraga seperti berjalan kaki, berenang atau melakukan larian ringan. Ia dapat membantu menghalang masalah diabetes melitus gestasional.
Tips dan Petua mudah untuk Bakal ibu berkenaan dengan pemakanan.

Image result for pemakanan ibu hamil1. Si bakal ibu mestilah menjaga pemakanan. Amalkan diet yang seimbang dan elakkan dari memakan makanan yang boleh menaikkan paras gula.
2. Si bakal ibu digalakkan makan buah-buahan seperti:
  • Kurma: mempunyai zat besi kerana dapat membentuk hemoglobin dan sel darah merah. Dapat mengurangkan pendarahan semasa melahirkan anak, dapat meningkatkan stamina, dan memudahkan proses berkumuh. Kurma juga membantu proses pertumbuhan tulang dan gigi anak.
  • Air kelapa: mengandungi sel elektrolit yang baik (untuk trimester pertama) bagi mengelakkan dehidrasi. Dapat membuang rasa letih, meningkatkan serotonin iaitu mengatur mood menjadi lebih baik. Dapat membantu pertumbuhan janin, menguatkan sistem kekebalan si ibu dan mencegah masalah infeksi kencing yang menimpa ibu hamil.
  • Pisang: Dapat membantu menangani masalah tekanan darah tinggi, membentuk pembuluh darah, kulit serta gusi ibu hamil. Pisang juga menyumbang pertumbuhan sel baru untuk si ibu dan anak.
  • Tembikai: Dapat membersih kulit bayi, kaya dengan vitamin A baik untuk sistem perkumuhan badan dan membantu mengawal tekanan darah.
3. Elakkan makan makanan pedas kerana ia boleh membuatkan badan bakal ibu berasa tidak selesa, mood yang berubah-ubah (mood swing), masalah buang air besar, mengalami pedih ulu hati dan juga mengalami kontraksi.
4. Makan sayur-sayuran berdaun hijau kerana mempunyai zat folate yang baik dalam pertumbuhan tulang bayi, meningkatkan sel-sel darah merah baru.
5. Elakkan makanan seperti:
    Image result for pemakanan ibu hamil
  • Daging yang tidak dimasak sempurna kerana mengandungi bakteria E.Coli dan menyebabkan infeksi pada bayi.
  • Makanan laut seperti ikan besar (tuna, sea bass etc) kerana lautan pada masa kini mengandungi kandungan merkuri.
  • Minuman kopi kerana mengandungi kafein dan ia menyebabkan berat badan janin rendah serta meningkatkan kadar denyutan jantung bayi. 
  • Minuman beralkohol atau merokok kerana merosakkan pertumbuhan bayi.
  • Ayam dan telur yang kurang masak kerana mengandungi bakteria salmonella dan menyebabkan masalah cirit-birit.
  • Produk keju seperti keju blueveined, keju kambing dan keju camembert kerana mengandungi bakteria listeria yang menyebabkan keracunan dalam darah.
6. Elakkan buahan-buahan seperti:
  • Buah betik muda kerana mengandungi zat lateks yang menyebabkan kontraksi rahim.
  • Durian mengandungi kandungan alkohol yang menyebabkan berat badan janin turun dan juga arachidonat yang menyebabkan kontraksi.
  • Anggur kerana ia membuatkan kandungan menjadi panas.
  • Nanas kerana mengandungi zat bromelain yang membuatkan rahim tidak kuat.
7. Elakkan sayur-sayuran seperti:
    Image result for pemakanan ibu hamil
  • Cili pedas (rujuk no.3)
  • Kentang kurang matang kerana mengandungi bakteria listeria, shigella E.coli
  • Cendawan dan kulat kerana jika tidak dicuci dan dimasak sempurna akan menyebabkan gangguan pencernaan.
  • Taugeh kerana bakteria menyusup di dalam benih maka mustahil untuk dibersihkan dan sensitif untuk ibu mengandung.
  • Peria (terutama sekali peria katak) kerana menyebabkan penyusutan rahim. Peria hanya baik dimakan oleh ibu hamil yang mengalami masalah kencing manis. Ia baik dimakan untuk sekali sekala.
Tips dan Petua Mudah untuk Bakal ibu dalam menangani stres
Image result for menangani stres ibu hamil
  1. Cari punca masalah agar mudah menyelesaikan masalah tersebut.
  2. Melakukan olahraga agar fizikal dan mental berada dalam keadaan sihat.
  3. Amalan diet yang baik. Makanan mempengaruhi kesihatan dalaman.
  4. Cukupkan istirehat.
  5. Perbaiki hubungan sosial dan komunikasi
  6. Mandi air hangat dalam melegakan keletihan yang menyumbang rasa stres.

p/s: semoga info ini dapat membantu semua bakal ibu di luar sana

@themagi2015

No comments:

Post a Comment