Monday, 8 June 2015

#Kemaskini Sejarah Sarawak

27 Mei, aku terima emel dari seorang pengunjung dan pembaca blog yang memberi maklumat terbaru tentang sejarah Sarawak. Bunyi emel macam marah, tapi tak juga. Tapi sebelum dia nak marah, aku mengarang setiap entri berbaur sejarah dengan senarai rujukan. Aku bukannya tulis sejarah ikut perasaan sendiri. Lainlah kalau aku tulis sejarah tentang hidup aku, barulah ikut perasaan sendiri.

Walau bagaimanapun, aku berterima kasih dengan pengunjung/pembaca tersebut sebab dia ambil perhatian dengan apa yang aku tulis. Aku memang ada tulis dalam sesetengah entri, sekiranya ada kesilapan, kekurangan atau penambahan, aku sangat mengalu-alukan sebarang maklumat yang mereka berikan. Yang penting, ada rujukan. Aku ex-library student, dah terbiasa dengan references/citation.

Menurut emel kiriman pengunjung tersebut, dia menyatakan beberapa perkara yang menarik perhatian aku. Maklumat tersebut sebaiknya dibukukan atau dibentangkan dalam conference berkenaan dengan sejarah Sarawak dalam era Brooke. 

Sedikit petikan dari emel:

_____________________________

Dear sir,

I don't know who you are but I believed you are a Kuchingite.


I read your blog on james Brooke. In 2013, me, and Pg Badruddin's Descendants from Pekan, Pagang had a meeting with jeannine brooke. Before that, Jeannine and I had our meals together. In April 2015, me & Jeannine brooke had another dinner together. in 1847, it was recorded that James Brooke, Spencer St. John & Hugh Low arrived in Gentisan, North Borneo had meals together. James Brooke had spent a lot of his free time with my ancestors. Pg Abdul Rauf, a brunei royalty was king of the bajaus joines James Brooke to fight "pirates".


Reuben Walker @ George Brooke descendant, Ruby Brooke is the one who migrated to Australia. I have met Dr. John Walker in 2014. He doesn't know anything about Fatima's background.


BY the Way! James Brooke isn't GAY! That is to sensationalised Books and make money on him. Jeannine Brooke and I agreed!

Thank you.

______________________________

Apa yang ditekankan dalam emel ini ialah kisah Badruddin, rakan James Brooke yang sering digambarkan oleh penulis Barat sebagai 'kekasih gelap' James Brooke adalah tidak benar. Yang kedua, perihal Reuben G. Walker yang didakwa berpindah ke Australia adalah tidak benar, sebaliknya anak Reuben iaitu Ruby James Brooke yang berpindah ke sana. Yang ketiga, perihal Fatima yang kononnya anak James Brooke yang lain adalah tidak benar dan palsu. Dan yang terakhir sekali, pengirim emel amat menekankan seksualiti James Brooke dan seperti yang dinyatakan, beliau bukan homoseksual seperti yang didakwa oleh ramai penulis buku.

Sejujurnya aku tertarik dengan maklumat baru ini. Aku harap penjelasan dan penceritaan yang seterusnya dari pengirim emel. Sebagaimana pengirim emel memberikan pelbagai penekanan, aku juga suka nak menekankan bahawa aku bukan menuduh seksualiti James Brooke. Aku menulis berdasarkan rujukan dari bahan bercetak dan laman sesawang terpilih. Aku tak berniat jahat pun (T.T)

Jadi, aku cuma kongsikan pembacaan aku dalam entri. Bak kata pepatah orang putih, "sharing is caring". Oleh itu aku berharap agar maklumat ini dapat dikembangkan dan dihuraikan dengan baik di masa akan datang. Apa-apapun, aku sangat berterima kasih dengan kiriman emel tersebut dan aku harap pengirim emel itu sudi berkongsi maklumat selanjutnya.

p/s: sebarang pendapat dan cadangan atau maklumat, bolehlah dikongsikan di kotak komen atau emel admin knightscield@gmail.com

@themagi2015

No comments:

Post a Comment