Tuesday, 9 June 2015

#Kemaskini Sejarah Sarawak II

08 Mei 2015, selepas menerima kiriman emel pertama pada 27 Mei 2015, pengirim emel membalas emel aku malam semalam. Kali ini, kiriman emel tak macam marah tapi bersungguh-sungguh. Emel kiriman tersebut nampaknya menjelaskan beberapa maklumat yang baru. Tipulah kalau aku kata aku tak tertarik dengan maklumat tersebut.

Emel kiriman kali ini menyatakan beberapa seperti kisah Dayang Mastiah, perihal Fatima (yang dikatakan pernah melahirkan anak James Brooke) dan juga kisah Pengiran Raja Muda Hashim. Pengirim emel menekankan bahawa apa yang disampaikan oleh penulis-penulis Barat adalah bersifat tokok tambah dan disensasikan untuk menarik perhatian ramai.

Sedikit petikan dari emel:
______________________________


my dear,

thanks for your email. Happy Gawai n Kaamatan. My advise is not be like those "blind leading the blind" ie Sarawak for Sarawakian since 1841! My only concern is that people from this part of the world read what westerners wrote about Sarawak. Don't be shocked and awed by them. Good researchers will always conduct proper research before coming to a conclusion. Unfortunately, the descendants of those Pengirans especially from Rajah Muda Hashim still afraid to share information. It is learnt that he and his brothers, Pg Badruddin included didn't die in the massacre.

We knew this that James Brooke didn't have any children with Pg anak Fatima. James Brooke was a man. Nobody perfect even though they are Sultan or Rajah or Pengiran. James Brooke was quite a ladies man back then. He was a soldier, probably prefer to hung around with guy friends. I have no idea how gentleman those days carry themselves!

As for Dayang Mastiah, i had sat with Abang Aing's descendants and had urged them to fight for her reputation. One of them agreed! Abang Aing was a melanau pembesar in Simanggang before James Brooke came along. If not mistaken he is also a Pengiran either from Sambas or Brunei as they are interrelated. I had formed a history study group with another descendant of Johor/Kedah/Brunei to study on this. The two of us often meet whenever we can. Tunku is sometimes away on field work ie expedition or historical digs. You're welcome to join.

Best regards.

______________________________

Penambahan maklumat dari kiriman emel tersebut telah menekankan perihal Pengiran Badruddin yang tidak terkorban semasa membantu James Brooke menentang lanun. James Brooke tidak mempunyai anak dengan Pengiran Fatima iaitu adik kepada Pengiran Raja Muda Hashim. Apa yang paling aku tertarik sekali ialah Dayang Mastiah, wanita yang pernah melahirkan anak Charles Brooke. Tapi tak banyak kisah berkenaan dengan Dayang Mastiah dan jelas sekali, ibu kepada Esca Brooke ini memang misteri.

Sekarang aku berharap sangat agar pengirim emel akan memberi beberapa maklumat dan penjelasan yang selanjutnya. Malah, maklumat seperti ini pasti sangat membantu kajian penstrukturan sejarah jika disertakan dengan rujukan dan sebagainya.

Jadi untuk kali ini, aku kongsikan sedikit apa yang aku perolehi dan diharap dapat membantu pembaca yang lain. Seperti biasa, aku nak ucapkan terima kasih pada pengirim emel (nama dirahsiakan) kerana sudi berkongsi maklumat.

p/s: menunggu emel seterusnya. Sebarang pendapat dan maklumat atau cadangan boleh dikongsikan di kotak komen atau emel admin knightscield.gmail.com

@themagi2015

No comments:

Post a Comment