Tuesday, 9 June 2015

Kisah Seram Kuching III

Image result for ghost story
Akhirnya, setelah sekian lama mengumpul cerita baru, entri kali ini berkenaan dengan kisah seram. Aku memang suka kaitkan blog aku dengan kisah seram sebab aku dan kisah seram berpisah tiada *hihihi~ Untuk entri kali ini, aku cuma dapat 4 kisah seram yang betul-betul terjadi dan aku bukan saja-saja reka cerita. Yang terlibat dalam kisah ini bukan orang lain, tapi ahli keluarga aku jugak. Jadi, aku pilih tulis entri petang Selasa. Kuranglah sedikit rasa seramnya. Tapi harap-harap, sudilah korang membaca entri ini pada malam Jumaat.

Mari kita menyeramkan diri sendiri, yih~

1. Bantuan di bulatan jalan

Nak dikisahkan, masa aku pergi berkunjung ke rumah pak cik aku yang meninggal dunia di sebuah kampung di Kota Samarahan, ada satu bulatan yang akan dilalui sebelum sampai ke jambatan kampung. Jambatan kampung itu jambatan baru. Sebelum ada jambatan, memang susah nak pergi ke kampung ni sebab leceh nak naik perahu. Untuk keharmonian kampung ini, aku takkan cakap nama kampung. Cukuplah korang tahu kampung itu terletak di area Kota Samarahan. Nak dijadikan cerita, ada seorang pak cik (ipar kepada arwah pak cik aku) bercerita masa makan arwah. Katanya ada satu kemalangan terjadi bulan lepas. Kawan kepada pak cik itu tunggang motosikal dan ternampak mangsa kemalangan tergolek di tepi jalan dan entah dari mana, ramai pula yang datang menolong. Jadi kawan pak cik itu pun ikut sekali nak menolong. Tapi, bila kawan pak cik itu sampai ke tempat kemalangan, yang ada cuma si mangsa yang berlumuran darah. Orang ramai yang menolong tadi dah ke mana?

Nak dipendekkan cerita, kawan pak cik itu pun pecut motosikal balik kampung dan mintak tolong orang kampung selamatkan si mangsa. Lepas kejadian tu, kawan pak cik itu pun demam seminggu. Sampai sekarang dia selalu fikir- siapa orang ramai yang dia nampak hari tu?

2. CCTV Sekolah

Kisah ini berlaku di tempat kerja lama aku. Sekolah itu terletak di Kuching, kalau aku sebut nama jalan ke sekolah itu, pasti ramai yang tahu. Jadi, aku takkan cakap nama jalan ke sekolah tu. 

Alkisah, sekolah tu mengadakan makan malam di hotel (hotel Grand Continental kalau tak silap). Dalam masa yang sama, guru besar sekolah ada presentation berkenaan dengan prestasi sekolah tapi skrin putih tertinggal di pejabat. Nak tak nak, juruteknik sekolah patah balik ke sekolah sekitar pukul 6 petang sebelum makan malam bermula. Disebabkan rasa tak selesa, juruteknik tu ditemani oleh pak jaga dan mereka pun sama-sama masuk ke pejabat guru besar. Entah kenapa, juruteknik dan pak jaga sama-sama terdengar bunyi orang di bilik pantri. Mereka sangka ada kakak cleaner di dalam. Tapi, jam dah lewat- takkan tak balik rumah?

Pagi Isnin, hal itu diceritakan kepada guru besar dan guru besar pun check CCTV. Apa yang mereka nampak ialah- kakak cleaner dengan anaknya keluar dari bilik pantri. Yang paling seram, kakak cleaner dan anaknya tak berkaki, memandang CCTV sambil tersenyum.

3. Penjirus air misteri

Di sekolah yang sama (sekolah ni memang spooky), ada sebuah tandas kantin yang terletak di bahagian kiri dapur pra sekolah. Masa aku temporary kerja di situ, aku tak pernah masuk tandas tu. Aku biasanya guna tandas kanan. Nak dijadikan cerita, kakak aku sarat nak buang air. Tandas guru jauh. Jadi dia pun belok ke bahagian dapur pra sekolah. Asalnya nak menumpang ke tandas kanan tapi tandas tu dah dikunci. Jadi kakak aku pun masuk ke tandas kantin yang terletak di sebelah kiri. Masa tu, jam menunjukkan sekitar pukul 4 petang.

Bila masuk ke dalam tandas, kakak aku terdengar ada bunyi orang jirus air di bilik sebelah. Seingat dia, dia seorang yang masuk ke dalam tandas. Kakak aku pun keluar semula dan nampak air yang dijirus di bilik sebelah mengalir keluar ke lantai tandas. Makin lama makin banyak. Yang paling hairan, tandas tu rosak dan pintu pun dah dipalang. Apa lagi? Kakak aku pun pecut keluar dan sampai sekarang tak masuk ke tandas itu lagi.

4. Tukang siram mangkuk tandas

Kisah ini berlaku di sekolah yang sama, di kawasan tandas yang berbeza. Di sekolah ini ada kelas untuk pelajar khas dan dibina sebuah tandas untuk mereka. Jadi pelajar khas tak payah merayap jauh ke tandas pelajar yang terletak di tingkat bawah. Masa cuti sekolah (kisah ni baru berlaku), kakak aku bawa anak-anak dia ke sekolah untuk temankan dia buat kerja dalam kelas. Pada sebelah petang, anak dia no. 2 terdengar bunyi orang hentak meja di kelas tengah. Tapi, pembantu kelas tu tak datang. Jadi, anak kakak aku pun jadi keliru. Kemudian, budak tu terdengar lagi orang flush di dalam tandas pelajar khas. Budak tu pun pergi la mengintai di luar pintu, tapi tak ada siapa pun keluar. 

Kemudian, budak tu pun cerita apa yang dia dengar. Kakak aku dah tahu sangat keadaan di situ jadi dia pura-pura tak kisah dengan cerita anak dia. Lepas tu, mereka pun pergi la buang air secara berjemaah dalam tandas tersebut. Nak dijadikan babak seram, masa itulah, kedengaran bunyi tandas di-flush di tandas paling hujung. Tandas tu ada masalah kebocoran jadi pintu dipalang agar pelajar khas tak dapat masuk. Apa yang paling tak best, bunyi flush tu kedengaran berulang-ulang kali.

Apa tunggu lagi? Kakak aku dan anak-anak dia pun cabut lari!




Untuk kisah seram selanjutnya, sila tunggu. Proses korek cerita/pengalaman orang sedang dijalankan ^^

@themagi2015

No comments:

Post a Comment