Selamat pagi semua! Hari ni hari Khamis, 05 Oktober. Cepatnya bulan September habis, tak sempat nak nyanyi lagu Wake Me Up When September Ends (sebab sekarang dah Oktober). Untuk entri kali ni, aku nak senaraikan filem epik kegemaran aku. Kenapa ketiba-tibaan aku nak update pasal filem ni? Malam semalam aku mengadap laptop (Mr. Eru aku yang merah menyala itu) dan tengok movie sampai lebam. And of course aku paling suka filem epik. Sebab? Because it's epic!
So, ini dia senarai filem epik terbaik dalam sejarah, bagi penggemar filem epik dan bagi aku sendiri. Apa yang penting ialah senarai ni berdasarkan passion aku terhadap filem tu. Kalau nak tambah senarai, sila komen dalam kotak komen. Sekian~
Wikipedia (LOTR- 2001)
Masa movie ni keluar, umur aku baru je 13. Tapi aku tak dapat tengok movie ni, sebab aku tak mampu nak beli tiket wayang. It took me more than 10 years untuk tengok movie ni. The best part pasal movie ni ialah penulis JRR Tolkien cuba nak hasilkan satu karya epik berunsur sejarah, tentang permulaan sejarah sebelum wujudnya susur galur raja di tanah England. Tolkien punya imaginasi sangat luar biasa. Ai is kagum.
Wikipedia (LOTR 2-2002)
Sambungan dari movie sebelumnya. Situasi aku sama je, aku ambil masa untuk tengok movie ni. Kesinambungan movie ni sangat exciting, sebab tajuknya cuma pasal dua menara. Ada apa dengan dua menara tu? By the way, jubah Saruman tu sangat putih, dah macam iklan produk pemutih pakaian. And one more thing, Legolas ni pakai shampu apa eh? Lembut mengurai rambut dia, ai is jeles.
Wikipedia (LOTR 3- 2003)
Okay, LOTR ke-3. Aku suka movie ni sebab JRR Tolkien mengangkat martabat bangsa manusia dalam perjuangan memerdekakan diri dari kuasa jahat Sauron. Kebaikan mengatasi kejahatan. Dan manusia dicipta untuk menjadi khalifah, bukannya syaitan. Manusia kat luar sana patut ambil iktibar dari movie ni. Plus, Aragorn so kacak. Ai is suka...hahaha~
Wikipedia (Hobbit- 2012)
First time tahu pasal movie ni dari adik aku. Boleh dikatakan movie ni adalah prolog untuk perjalanan Frodo Baggins LOTR 1. Memang kemas storyline untuk permulaan kisah cincin ni. Dan aku tertarik dengan bangsa Hobbit ni, mereka ni misteri. Macam mana Hobbit dapat simpan cincin Sauron dan dapat bertahan lama dalam tempoh yang panjang adalah satu kelebihan yang tak ada pada bangsa lain di Middle-Earth. Level of endurance itu sangat tinggi.
Wikipedia (Hobbit 2- 2013)
Dalam movie yang ke-2 Hobbit ni ada naga yang suka bermandikan emas dan permata. Smaug si naga menyatakan dia benci bangsa kerdil sebab mereka tamak. Ironinya, Smaug pun tamak sebab emas permata tu bukan harta dia pun. Ada pengajaran yang tersirat dalam movie ni.
Wikipedia (Hobbit 3- 2014)
The last part dalam francais Hobbit. Battle of Five Armies. Part ni paling epik. Dari segenap puncak gunung sampailah ke lembah, beribu-ribu bala tentera berkumpul kat Lonely Mountain yang dipenuhi dengan emas permata. Dan aku teringat kat satu lagu yang ada menyebut- 'the most special are the most lonely'. Memang sesuai kata-kata ni ditujukan untuk Lonely Mountain.
IMDb (Schindler's List- 1993)
Movie ni mengisahkan perjuangan seorang lelaki menyelamatkan sekumpulan orang Yahudi yang dianiaya masa era Holocaust di Jerman. Sangat real, sangat menyedihkan, sangat menakutkan dan sangat ngeri babak dalam movie ni. Movie ni berdasarkan dari kisah benar. Kalau hati tak kuat, jangan tengok.
IMDb (Titanic-1997)
Aku jarang tengok movie romantik. Titanic is one of the most favourite romantic movie dalam sejarah. Tapi aku tengok juga movie ni (sambil toleh kiri kanan bila keluar scene 'cinta' Rose dan Jack. Tapi storyline movie ni terasa real sangat sampai aku rasa Rose dan Jack memang betul-betul ada dalam kapal tu.
Strategysage.wordpress (Bahubali 1- 2015)
Okeyh, movie epik dari India ni antara movie yang paling aku suka. Garapan storyline, kisah lelaki yang kembali ke tanah kelahiran dan segala sejarah lama tentang keluarganya dihuraikan satu-persatu. I don't why, lagu kebangsaan Kerajaan Mahishmati tu sangat poetic, sangat patriotic dan ada unsur-unsur sinis yang menggambarkan setiap kerajaan besar dan agung, ada kelemahan yang sangat halus tapi menghancurkan. Sila tafsir sendiri maksud aku ni.
Amazon (Bahubali 2- 2017)
Movie ni sambungan dari movie pertama. Penceritaan kisah lampau bapa Bahubali yang dikhianati. So sad, lelaki yang bersifat pemimpin, bijak, berwibawa dan hebat telah disia-siakan macam tu je disebabkan cemburu membabi buta oleh saudara sendiri. Inilah masalah manusia- pengkhianatan.
IMDb (Pirates of Caribbean 2-2006)
Dalam banyak-banyak siri Pirates of Caribbean, aku paling suka Dead Man's Chest. Sebab scene kapal terbalik dan masuk ke dalam dunia ciptaan Davy Jones tu sangat kreatif dan exciting. Plus, aku suka betul dengan karakter Davy Jones, setiap kali aku makan lauk sotong dan ternampak janggut sotong, aku akan gelar lauk tu lauk Davy Jones.
IMDb (Interstellar- 2014)
Filem science fiction tak semuanya menarik. Kadang-kadang banyak sangat benda saintifik, aku tak faham apa yang director tu nak sampaikan. Tapi Interstellar is really one of a kind movie yang bermain dengan tema time travel. Ada banyak breathtaking scene, tapi aku paling suka masa watak utama terperangkap dalam time space yang terletak kat belakang rak buku di rumah dia, dan dia ketuk sampai buku-buku tu terjatuh dan bagi hint untuk anak perempuan dia. Sangat meremang bulu roma.
Wikipedia (Narnia 4- 2010)
Dalam banyak-banyak movie Narnia, aku paling suka Narnia 4. Sebab adventure Lucy kali ni bersama sepupu dia yang sangat annoying, Eustace. Dalam movie ni juga aku nampak storyline lebih matang dan ada banyak scene menarik (masa mula-mula mereka kena sedut ke dalam dunia Narnia, pengembaraan di laut, mencari tujuh pedang dan beberapa siri temptation yang sangat berbahaya). The best part? Aku paling suka British slang si Eustace, sangat bergaya dan annoying dalam masa yang sama.
IMDb (HP Prisoner of Azkaban-2004)
Masa Harry Potter difrancaiskan, karya JK Rowling ni jadi kegilaan ramai. Termasuk aku. Dan dalam banyak siri HP yang diterbitkan, aku paling suka The Prisoner of Azkaban. Babak misteri banduan yang lari, bunyi-bunyian misteri dan time travel Harry, Hermione dan Ron untuk membongkar rahsia banduan Azkaban. Aku rasa, aku memang suka movie yang ada elemen time travel.
IMDb (Fight Club- 1999)
Movie yang dikeluarkan before masuk tahun milenia ni antara filem epik yang menggunakan tema psikologi. Watak utama yang nampak normal, hidup tenang dan suka barang-barang IKEA rupa-rupanya berdepan dengan masalah kekeliruan identiti yang sangat teruk sehingga muncul alter ego yang mengubah keseluruhan hidup si watak utama. Best part? Aku tak sangka Brad Pitt tu watak khayalan yang cuma wujud dalam minda si watak utama je.
@themagi2017
No comments:
Post a Comment