Sunday, 18 November 2012

15 Perkara yang biasa manusia lakukan

Manusia merupakan ciptaan Tuhan yang paling berbeza dari makhluk ciptaan Tuhan yang lain (haiwan, tumbuh-tumbuhan, jin, syaitan, makhluk asing, makhluk halus dan juga makhluk yang belum dikenalpasti). Manusia lahir dengan perasaan dan karakteristik. Manusia tidak akan boleh lari dari hakikat kejadian mereka. Jadi, manusia juga biasa melakukan beberapa perkara dalam kehidupan seharian seperti:

  • Manusia yang tidak gembira dengan kehidupan mereka tidak akan pernah memberitahu kepada rakan terdekat (apa lagi musuh) mengenai keadaan semasa mereka.
  • Manusia sentiasa hidup dalam persaingan- bersaing raih undi, bersaing dapatkan pekerjaan, bersaing tempat di universiti, bersaing dalam peperiksaan, bersaing untuk hidup, bersaing dapatkan perhatian, bersaing naik pangkat dan sebagainya.
  • Manusia yang berkasih sayang mempunyai lebih sifat bengis, ego, marah dan cemburu.
  • Manusia tidak faham akan perkataan 'JANGAN' atau apa-apa perkataan yang sekutu dengannya. Contoh paling mudah: langgar lampu isyarat.
  • Manusia mempunyai kebolehan untuk berpura-pura- pura-pura tenang masa hari kahwin, pura-pura jahat kat orang yang dia suka, pura-pura tidur sebab nak dengar perbualan orang, pura-pura baik dengan orang yang dia benci dan sebagainya.
  • Manusia yang terlalu berhati-hati akan sesuatu pasti akan ditimpa padah. Contoh: tak nak sertai sukan sebab takut jatuh tapi akhirnya jatuh tergolek dalam tandas.
  • Manusia sentiasa suka barang baru- menunjukkan rasa suka terhadap barang yang baru saja dibeli dengan menghidu barang tersebut.
  • Manusia sangat suka buat andaian (hipotesis dalam sains juga sebahagian daripada andaian)
  • Manusia boleh terima hasutan tetapi mengalami konflik dalaman apabila terima nasihat atau kritikan.
  • Manusia tidak boleh berhenti dari melakukan perkara tidak baik. Contoh paling mudah: merungut pasal hari hujan jadi tak boleh keluar jalan-jalan.
  • Manusia yang sentiasa merancang masa depan dengan begitu teliti akan berdepan dengan masalah-terkeluar dari jalan yang dituju.
  • Manusia mengalami kecenderungan bersikap parasit (yakni merampas)- merampas makanan, merampas suami orang, merampas pakaian yang anda nak beli dari tangan orang lain dan sebagainya.
  • Manusia ada kecenderungan untuk mengelak dari kesalahan dan mengaku membuat kebaikan dengan pantas.
  • Manusia yang suka tidur mempunyai keinginan mencari hidup dalam mimpi. Contoh: teringin nak  hidup kaya tapi tak ada kemampuan jadi masuk dalam mimpi je la~
  • Manusia dan balas dendam tidak boleh dipisahkan. Contoh: dulu nak makan ayam pun payah, sekarang dah ada duit tiap-tiap hari nak KFC.
Ada banyak lagi perkara biasa yang manusia lakukan tetapi mungkin dengan senarai ini anda sudah mula menidakkan perkara tersebut dari minda anda.

#MaGi2012

No comments:

Post a Comment