Tuesday, 27 November 2012

Yogi: Penjenayah yang berhati perut

Semalam, aku tonton TV dalam channel 202 Astro. Tu channel filem Tamil, sekali sekala nak jugak tengok citer Tamil sebab sekarang trend filem Tamil dah banyak berubah. Kalu dulu mengamuk satu kampung sebab perempuan, mati sebab perempuan, membunuh sebab cinta terhalang dan pendek kata, pasal cinta antara lelaki dan perempuan. Tapi sekarang, kebanyakan filem Tamil lebih menyentuh hati, seperti kisah kekeluargaan; kasih sayang seorang bapa, pengorbanan seorang ibu, susah payah seorang anak dan kisah hidup kejiranan yang memaparkan kisah hidup manusia yang sebenar-benarnya. Aku takleh terima citer fairy tale yang mengarut (kecuali siri Once Upon A Time sebab citer tu best giler). Jadi, aku nak short view siket filem Tamil yang aku tonton semalam.


Yogeshwaran, atau dipanggil sebagai Yogi ialah penjenayah yang sadis dan sejuk beku. Dia tinggal kat kawasan setinggan dan buat team merompak ngan tiga lagi member dia. Yogi ni jenis lelaki yang banyak pendam perasaan. Dia tak penah bagitau kisah zaman kanak-kanak dia yang sangat susah. Lojik, setiap manusia ada titik hitam dalam hidup. Menerusi beberapa flashback, Yogi tu ada seorang bapak yang suka mengemis, kaki botol, gila seks dan cam sial je perangai dia. Walaupun mak Yogi sakit tenat, tunggu masa je nak meninggal, bapak Yogi tetap belasah perempuan malang tu dan takde sikit pun rasa bersalah bila tengok Yogi mengemis tepi jalan demi sesuap nasi untuk mak dan adiknya, Meenukutty. Lepas tu, berlaku insiden di mana si bapak menendang anaknya sendiri (adik Yogi) dan menyebabkan budak kecik tu mati. Yogi yang sayang gila kat adik dia tak boleh terima kenyataan, dan makin tak percaya bila dia sendiri nampak si emak gantung diri sendiri sebab kecewa dengan si suami (cam sampah tu) dan kematian anak bongsunya. Tinggallah Yogi ngan si bapak yang tempang, guna mayat anak bini untuk mintak sedekah. Bila duit dah dapat, mayat-mayat tu boleh pulak dia campak dalam sungai, macam campak batu. Disebabkan sikap bapak dia yang buruk tu, akhirnya Yogi tolak bapak dia ke tengah jalan dan orang tua tu pun mati dilanggar lori.

Yogi membesar menjadi penjenayah yang tenggelam dalam masa silam. Dia tak penah kesian setiap kali merompak, sehinggalah pada suatu hari, Yogi lari selamatkan diri lepas merompak dan curi kereta orang untuk larikan diri, bersama seorang bayi milik seorang perempuan Tamil Kristian yang bernama Carolyn. Pada awalnya Yogi tak peduli bayi tu tapi akhirnya, jiwa kental Yogi jadi lembut cam daging diperap ngan daun nangka. Dia nekad nak jadikan budak tu sebagai pengganti adik dia yang meninggal dan budak tu pun dinamakan sebagai Meenukutty (walaupun nama budak tu ialah Jessi). 

Yogi menjalani kehidupan yang gembira bersama bayi tersebut dan Sulo, si pembuat patung pulak jadi breastfeeder untuk Meenukutty. Yogi mula merompak kelengkapan bayi sehingga menimbulkan rasa pelik di kalangan kawan-kawan merompak Yogi. Akhirnya, diorang pun tau ada bayi di dalam rumah Yogi dan memaksa Yogi menjual budak tersebut, ataupun ugut family budak tu dengan jumlah duit yang banyak dan Yogi boleh simpan budak tu, asalkan dapat duit. Jadi, Yogi dan kawan-kawannya pun pergi la ceroboh masuk rumah budak tu, tangkap si bapak tiri Jessi (nama lelaki tu Linden, nama macam pemain badminton dari China). Lepas tu, satu kesilapan berlaku. Yogi bertindak bunuh kawannya sendiri bila menyedari kawannya mendatangkan bahaya kepada Meenukutty. Kes tersebut menjadi perhatian polis dan Yogi menjadi buruan yang dikehendaki. Sulo, perempuan yang banyak bantu Yogi dan tahu kisah tersebut pun memujuk Yogi supaya bayi tersebut dihantar balik ke pangkuan ibunya. Yogi berfikir panjang. Selepas berfikir dalam-dalam, Yogi mengupah jurugambar dan mengambil gambar bersama Meenukutty sebagai kenang-kenangan. Yogi akhirnya ambik keputusan untuk menghantar Meenukutty, atau Jessi kembali kepada keluarga sebenar.

Yogi menghubungi Linden dan menyerahkan Jessi di kawasan tapak pembinaan dengan perasaan yang sedih. Kemudian, Yogi berpatah balik sebab nak bagi susu pada bayi tersebut tapi secara tak sengaja, Yogi terdengar niat sebenar Linden. Linden sebenarnya benci gila Jessi (sebab Jessi cuma anak tiri) dan berkomplot untuk bunuh bayi tu. Yogi terus bertindak menyelamatkan bayi tu dari tangan Linden. Kemudian, Linden menelefon isterinya, Carolyn dan bagitau Yogi cuba membunuh Jessi (padahal dia la yang beria-ria sangap nak bunuh budak tu). Tanpa pengetahuan Linden, Carolyn bertindak pergi ke tapak pembinaan tersebut dan cuba selamatkan anaknya.

Berbalik ngan kisah Yogi, dia bertarung (macam hero citer Tamil, satu hero boleh belasah 10-15 penjahat). Sampai la ke satu titik, Yogi jadi lemah bila melihat Linden buang budak tu ke bawah bangunan. So dengan penuh berlagak campur gila, Linden belasah Yogi sebab dah ganggu plan nak singkirkan budak tu dari famili. Kalu difikirkan, Linden tu berniat nak budak tu mati so isteri dia pun boleh mati sekali dengan membunuh diri. Maybe ada kaitan dengan duit isteri dia. Okay, balik semula ke klimaks. Masa si Linden belasah si Yogi dengan gembira, Yogi terdengar Meenukutty menangis dan mendapati bakul untuk letak budak tu tersangkut pada cerucuk besi yang terjulur. Yogi seperti dapat tenaga untuk lawan balik Linden (dan bunuh lelaki tu sampai mati) dan berlari selamatkan Meenukutty dari terjatuh. Dan ketika Yogi menimang budak tu dengan perasaan hepi dan bersyukur, Carolyn pun muncul dan tembak Yogi berkali-kali (sebab perempuan tu fikir Yogi tu saiko). Yogi rebah bersama budak tu, dan pandang muka Carolyn sambil tersenyum. Akhirnya, Yogi pun mati dengan tenang sebab dia tahu Carolyn tak seperti Linden. Hanya beberapa keping gambar antara Yogi dan Meenukutty menjadi bukti bahawa Yogi seorang penjenayah yang berhati perut.


Bila dah habis tonton citer ni, satu je lesson learn yang terlintas di fikiran. Orang yang kita sangka baik tak semestinya baik, orang yang kita sangka jahat tak semestinya jahat. Manusia boleh berubah.

#TMG2012

No comments:

Post a Comment