Wednesday, 21 November 2012

Tingkatan Enam: Bukan Satu Pilihan, Mungkin Juga Pilihan Yang Terakhir

Di Malaysia, sistem pendidikan di negara ini berbeza dari negara lain (pernah didakwa mempunyai sistem pendidikan yang banyak 'tangga' dan agak lambat). Bermula dari pra sekolah ke sekolah rendah (disebut sebagai 'primary'), sistem pendidikan  ini berlangsung ke bahagian yang seterusnya, sekolah menengah (disebut sebagai 'secondary') dan dibahagi kepada dua iaitu:
  • Menengah rendah (lower secondary): Tingkatan 1-3
  • Menengah Atas (upper secondary): Tingkatan 4-5
  • Tingkatan Enam (Form Six), atau Kelas Pra-Universiti pula merupakan peringkat yang berasingan. Ia merupakan langkah terakhir untuk pelajar Tingkatan Enam menyiapkan diri untuk ke peringkat yang lebih tinggi- ijazah sarjana muda.

Tingkatan Enam ialah antara senarai pilihan untuk pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran. Sejak Tingkatan Enam mula diperkenal (pada 1950), Tingkatan Enam mengalami proses perubahan mengikut keadaan semasa. Pemilihan pelajar Tingkatan Enam pada era dahulu ternyata lebih tegas dan mementingkan kualiti dari kuantiti. Sekarang, kuantiti melebihi kualiti.

Tingkatan Enam memiliki banyak keistimewaan, juga dipandang sebagai kekurangan di kalangan generasi baru. Menghabiskan masa SATU TAHUN SETENGAH bukan satu tarikan untuk mereka menerima pilihan ini. Ya, Tingkatan Enam memang satu pilihan untuk meneruskan pendidikan ke tahap lebih tinggi, tapi kebanyakan pelajar lepasan SPM masih menganggap Tingkatan Enam adalah opsyen yang terakhir. Bagi mereka, ada banyak sebab mengapa Tingkatan bukan satu pilihan untuk mereka. Pertama sekali;
  • Pengalaman 11 tahun di sekolah (enam tahun sekolah rendah dan lima tahun sekolah menengah) sangat memualkan. Mereka mahu mencari 'angin baru'.
  • Tidak tertarik lagi dengan pemakaian baju sekolah. Mereka mahukan pemakaian yang bebas mengikut selera dan minat masing-masing.
  • Bosan dengan suasana sekolah. Mereka mahukan suasana baru yang lebih menarik (dengan kata lain, mereka mahu menganggap diri mereka sudah dewasa dan sudah tiba masanya untuk lepas bebas)
  • Tidak berminat langsung dengan senarai subjek Tingkatan Enam. Bagi mereka, senarai subjek itu tidak menepati minat mereka.
  • Terkongkong dengan peraturan sekolah yang dikatakan kolot (tidak boleh merokok, tidak boleh mewarnakan rambut, tidak boleh mengubahsuai pakaian seragam, tidak boleh memakai kasut selain kasut kanvas, tidak boleh berkuku panjang-apatah lagi mewarnakan kuku dan sebagainya)
  • Sukar untuk mencari atau memilih pasangan bercinta. Sekolah memiliki peratusan yang begitu sedikit untuk 'mencuci mata' dan bercinta-cinta jika dibandingkan dengan kolej matrikulasi, universiti dan kolej-kolej swasta.
  • Tersekat dengan  perintah guru dan kerja sekolah yang berlambak.
  • Peluang untuk keluar dengan rakan-rakan dan bergaya (sambil tayang cawan kopi Starbucks) lebih tipis jika dibandingkan kehidupan di kampus.
  • Pengajian Am (subjek major Tingkatan Enam) merupakan subjek yang paling berisiko. Tak lulus, tak ada sijil.
Jadi, kesimpulannya, Tingkatan Enam bukan satu pilihan, mungkin juga pilihan yang terakhir. Tetapi, menurut Hasbullah Haji Abdul Kassim (penolong kaunselor pentadbir, JPWP Kuala Lumpur), antara kelebihan Tingkatan Enam ialah:
  • Kos pelajaran jauh lebih murah (tak perlu nak buat pinjaman PTPTN)
  • Sijil diiktiraf oleh IPTA/ IPTS dan juga universiti luar negara.
  • Sijil diiktiraf oleh JPA untuk mendapatkan pekerjaan.
  • Sijil setaraf dengan A-Level.
  • Pengajian di sekolah menerima lebih banyak subsidi dari kerajaan.
  • Ia berpusat di seluruh negara (nak tukar sekolah setiap tiga bulan kat lain-lain negeri pun boleh, asalkan tak tercicir pelajaran).
  • Tangga gaji pelajar lepasan STPM jauh lebih lumayan dari pelajar lepasan SPM dan setaraf dengan pelajar lepasan Diploma.
  • Yang penting sekali, dapat ringankan beban ibu bapa dalam perbelanjaan pendidikan (zaman sekarang banyak pakai duit jadi tak hina sekiranya pelajar lepasan SPM memilih Tingkatan Enam)
Kebanyakan pelajar lepasan SPM mempunyai isu terhadap pakaian sekolah dan juga terkongkong dari beberapa aspek (seperti yang didakwa sesetengah pihak) jika memilih Tingkatan Enam sebagai destinasi pendidikan mereka. Perkara ini masih menjadi isu semasa dan pernah dikemukakan cadangan agar Tingkatan Enam diterapkan dengan konsep kolej- paling tidak pun beberapa peraturan boleh diubah seperti pakaian bebas, penggunaan telefon bimbit dan komputer riba. Sekarang, pihak pelajaran sudah mencuba sedaya upaya memenuhi permintaan dengan mengubah sedikit pakaian sekolah (masih tak bebas tapi sekurang kurangnya beberapa buah sekolah menengah dengan kelas Tingkatan Enam dibenarkan membawa telefon bimbit, komputer riba dan pakaian juga lebih berwarna-tak terhad dengan warna biru dan putih, juga kasut kanvas) .


Tapi kan...tahu tak korang?~

  1. Korang, kalu sibuk nak cari gf/bf, korang tu bukannya nak sambung belajar pun. Lebih baik kawen lepas habis SPM, so takyah ada isu nak bercinta kat sekolah. 
  2. Tingkatan Enam ni tertakluk dengan peraturan jabatan pendidikan, bukannya jabatan pengajian tinggi so lojik la pasal baju sekolah. Kenapa? Tak suka? So what? Nak pakai blazer cam orang Korea or Jepun? Pakai time Cosplay event, kalu nak sangat pakai baju sekolah diorang. 
  3. Korang boleh pakai  baju biasa yang korang nak masa kat luar sekolah. Korang pakailah baju apa yang korang suka, pakai la sneaker mahal2, heel 4-5 inci dengan mekap tebal cam pengantin. 
  4. Baju sekolah tu just kat sekolah je, apa point korang nak buat project runaway kat sekolah? Takde satu orang kat sekolah tu kata korang kedekut takde taste sebab diorang pun pakai baju yang sama.
  5. Jadi budak sekolah tak terikat dengan hutang belajar. Kat luar korang kena pinjaman pendidikan. Seawal usia 18 korang dah berhutang. Dengan usia tu korang tak perlu bersungguh-sungguh sangat nak jadi dewasa. Jangan risau, korang memang tetap akan dewasa, usia korang tak undur ke belakang pun jadi sementara masih muda belia tu, berlagak la seiring dengan usia. Takyah nak cepat tua sangat, dah tua nanti sibuk nak balik ke sekolah. So, pada yang masih sekolah tu korang jangan sibuk nak compare hidup kampus dan hidup sekolah, samalah macam korang tak boleh compare hidup korang dengan bayi ataupun macam nenek datuk korang. Tak sama langsung kan? Terima la perbezaan tu. 
  6. Lagi satu, sape yang pilih matrikulasi, universiti dan kolej-kolej swasta, apa yang korang pilih sebenarnya memang tertakluk penuh dengan hak dan minat masing-masing (aku respek impian dan cita-cita korang) tapi bukan disebabkan oleh niat yang bukan-bukan. Jangan jadikan alasan belajar  kat luar untuk korang bebas cam lembu lepas dari kandang.
"School's out; that's the last day of your uniforms, and the next day will be the first step of being adult-being old."

#MaGi2012

No comments:

Post a Comment