Tuesday, 6 November 2012

The Biggest Versus: Produk yang sentiasa bersaing



AMD versus Intel.
Merupakan produk keluaran Amerika Syarikat. AMD dimiliki oleh Advanced Micro Devices Inc. yang mengeluarkan produk semikonduktor seperti pemprosesan mikro, produk komersial dan produk mesra pengguna. Ia beribu pejabat di Sunnyville, California dan diasaskan pada 1 Mei 1969. Intel pula dimiliki oleh Intel Corp. yang mengeluarkan produk semikonduktor, cip memori dan cip komputer yang terkenal.  Berpusat di Santa Clara, California, ia diasaskan pada 18 Julai 1968.



KFC versus McDonald
KFC dan McDonald merupakan produk rantaian restoran terkenal di dunia dan beibu pejabat di Amerika Syarikat. KFC diperkenalkan pada 1930 di Kentucky oleh Kolonel Sanders dengan nama Sanders Court & Cafe dan melakukan francais pada 1952. KFC terkenal dengan produk makanan ayam goreng berempah dengan ramuan rahsia, minuman berkarbonat, burger ayam, kentang putar dan coleslaw. McDonald pula diasaskan pada 15 Mei 1940 oleh dua beradik iaitu Richard dan Maurice McDonald di San Bernado, California sebelum disertai oleh usahawan Ray Kroc, agen francais yang membeli restoran tersebut pada 1955  dan mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia. McDonald terkenal dengan kepelbagaian jenis burger seperti burger ayam, daging, dan ikan, jejari kentang goreng, ayam goreng, minuman ringan dan juga jualan mainan mini mengikut tema dan musim.

Windows versus Mac
Windows dan Mac merupakan produk sistem operasi komputer yang berpangkalan di Amerika Syarikat.  Microsoft Windows ialah syarikat yang mengeluarkan grafik antara muka dan sistem operasi yang terkenal yang pernah diterajui oleh Bill Gates dan diwujudkan pada 1985 dengan produk pertama, Windows 1.0. Pada 26 Oktober 2012, Windows melancarkan produk terbaru, Windows 8 dan bersaing dengan Apple Ipad dan Samsung Galaxy Tab. Mac pula produk di bawah syarikat Apple yang diasaskan pada 1 April 1976 dan digabungkan pada 1977 oleh Steve Jobs dan dua rakannya. Apple mengeluarkan produk pertama iaitu Apple I pada Julai 1976 dan diikuti oleh Apple II (April 1977), Apple III (Mei 1980), Apple Lisa (1982) dan Macintosh (1984). Kemudian, Macintosh diperbaharui pada 1998 (iMac versi pertama) Mac OS X (2001),dan  iMac (2006) yang menggunakan CPU Intel Core Duo. Apple terkenal dengan beberapa produk lain seperti Iphone, Ipad, dan Ipod (Touch, Shuffle dan Nano).



Iphone versus Samsung
Dimiliki dua syarikat besar yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan di Korea Selatan. Iphone merupakan produk gajet komunikasi yang dicipta oleh Apple Inc. manakala Samsung pula gajet yang dicipta oleh syarikat Samsung.  Iphone merupakan pecahan produk dari Apple Inc.  dan dikeluarkan dalam beberapa versi iaitu Iphone (2007), Iphone 3G (2008), Iphone 3GS (2009), Iphone 4 (2010), Iphone 4S (2011) dan yang terbaru, Iphone 5. Samsung pula pecahan produk dari syarikat Samsung dan diasaskan pada 1938. Samsung menjalankan pelbagai jenis perniagaan seperti syarikat industri berat, produk elektronik, kejuruteraan, perubatan, insurans, perkapalan, senjata dan kini ia memasuki perniagaan telekomunikasi.  Samsung mengeluarkan beberapa produk telekomunikasi yang sangat terkenal seperti Samsung Galaxy  S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2 SkyRocket, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy Showcase, Mini Galaxy, Galaxy Note, dan Galaxy Prevail. Pada 2012, Samsung berdepan dengan isu paten dengan pihak Iphone Apple dan diakhiri dengan kemenangan di pihak Apple. Namun, Samsung terus mempelbagaikan produk dan menjadi pilihan ramai menerusi suku pertama tahun 2012.



Nikon versus Canon
Merupakan dua syarikat besar yang berpangkalan di Jepun. Nikon merupakan syarikat pengimejan dan optik yang berpusat di Tokyo dan memulakan perniagaan pada 25 Julai 1917 dengan nama Nippon Kogaku Kogyo Kabushiki Gaisha. Kemudian, ia mengeluarkan kamera F-siri Nikon dan dinamakan semula pada 1988 sebagai Nikon. Nikon menghasilkan pelbagai jenis produk imej dan optik seperti kamera, binokular, mikroskop, peralatan pengimejan, kanta optik dan sebagainya. Canon pula merupakan syarikat  optik dan pengimejan seperti Nikon dan berpusat di Ota, Tokyo. Ia diasaskan pada 10 Ogos 1937 dengan nama Seikikogaku Kenkyusho dan kemudian menjadi Kiyanon Kabushiki Gaisha. Pada 1934, ia mengeluarkan produk Kwanon, kamera 35 mm dengan asas ‘focal plane shutter’ dan menerusi nama produk tersebut nama syarikat ditukar menjadi Canon.  Canon tidak terbatas pada produk kamera dan optik semata-mata, ia juga mengeluarkan beberapa jenis produk lain seperti mesin pencetak, mesin penyalin, komputer dan juga kalkulator.


Chrome versus Firefox
Chrome dan Firefox merupakan pelayar web yang terkenal selain Internet Explorer. Kedua-duanya terletak di Amerika Syarikat. Chrome dilancarkan oleh Google dengan enjin Webkit Layout dan versi beta untuk Microsoft Windows pada 2008. Chrome mempunyai mod privasi yang dikenali sebagai Incognito, kedua selepas Safari dan ringkas dari segi antara muka pengguna.  Firefox pula dimiliki oleh Mozilla Corp. & Mozilla Foundation dan dibangunkan untuk Ms Windows, OS X dan Linux. Firefox menggunakan enjin Gecko Layout. Firefox dikatakan sesuai untuk Windows 7 OS tetapi bersaing sengit dengan Chrome.  Ia terlibat dengan beberapa isu penjenamaan dan logo seperti firebird, phoenix, iceweasel dan juga Aurora.




Yahoo versus Google
Google merupakan syarikat yang berkaitan dengan internet, produk komputer, pengiklanan dan servis. Ia diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin pada 1998 sebagai sebuah syarikat yang kecil. Nama Google ialah ejaan salah untuk perkataan ‘googol’ yang bermaksud ‘nombor satu dan diikuti oleh seratus sifar’. Youtube dan Blogger merupakan pecahan produk Google dan syarikat ini mempunyai slogan tidak rasmi iaitu ‘Don’t be evil.’ Yahoo merupakan syarikat internet yang berpangkalan di Sunnyvale, California yang terkenal dengan produk web portal, enjin pencarian, termasuk beberapa produk lain seperti YahooMail, YahooNews, YahooDirectory, peta atas talian, perkongsian video dan media sosial. Yahoo diasaskan oleh Jerry Yang dan David Filo pada Januari 1994 dan digabungkan pada 1 Mac 1995. Yahoo melancarkan pelbagai jenis produk bersama rakan kongsi termasuk produk Shine, laman web yang dilancarkan pada 2008 untuk wanita berusia 25-54 tahun yang mencari maklumat mengenai wanita dan juga nasihat.




Facebook versus Twitter
Facebook dan Twitter merupakan produk telekomunikasi siber keluaran Amerika Syarikat. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada 2004, bekas pelajar Harvard University yang pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Harvard kerana mencedok gambar pelajar untuk memajukan laman kenalan Facemash yang diasaskan pada 2003. Facemash menjadi inspirasi kepada Mark Zuckerberg membangunkan Facebook bersama rakan-rakannya pada 2004. Facebook membeli nama domain dengan menggugurkan  ‘the’ dari ‘thefacebook.com’ dengan nilai $200,000 pada 2005 dan Facebook dibuka untuk orang awam pada 2006 serta bekerjasama dengan beberapa syarikat besar seperti Apple dan Windows. Facebook menawarkan khidmat sosial dengan muat naik gambar dan video, status peribadi, iklan, perniagaan, kumpulan, promosi, ruang sembang dan juga perkongsian fail. Twitter pula diasaskan oleh Jack Dorsey pada Julai 2006 dan nama Twitter diilhamkan dari bunyi kicauan burung. Mesej 140 karakter dalam Twitter juga disebut sebagai ‘tweets’. Twitter menawarkan perkhidmatan sosial seperti muat naik gambar, promosi, perniagaan, iklan, kumpulan dan juga status peribadi. Cuma, Twitter bersifat lebih ringkas, lebih privasi untuk pengguna dan lebih cepat seperti SMS.




Coke versus Pepsi
Coca cola atau dikenali sebagai Coke merupakan syarikat pengeluar minuman ringan berkarbonat yang diwujudkan pada 1886 di Amerika Syarikat oleh John Pemberton di sebuah kedai farmasi Eagle Drug & Chemical Company. Coke dicipta bagi mengatasi masalah minuman beralkohol jenama French Wine Coca.  Bahan asas Coke diperbuat daripada biji kola yang mengandungi sumber kafein dan daun koka yang mengandungi sumber kokain. Pada 1903, sumber kokain dibuang dari senarai resepi dan manakala kafein pula dikekalkan dalam jumlah yang sedikit dan mesti dipaparkan pada label produk atas perintah U.S Pure Food & Drug Act pada 1912. Pepsi pula syarikat pengeluar minuman seperti Coke dan menjadi pesaing sengit sejak ia mula diperkenalkan. Pepsi diwujudkan pada 1893 sebagai ‘Minuman Brad’ oleh Caleb Bradham di kedai farmasi miliknya. Pada 1898, ia dinamakan semula sebagai Pepsi-Cola dan menjadi Pepsi pada 1961.  Pepsi meraih populariti pada 1970 menerusi ujian rasa yang dikenali sebagai ‘Cabaran Pepsi’ di mana pengguna lebih menggemari Pepsi kerana kurang pati oren, lebih pati lemon dan menggunakan vanilin berbanding vanila. Kemudian, Coke menyahut cabaran dengan memperkenal produk lama yang diperbaharui dan dinamakan sebagai Coke Classic.  Menerusi cabaran tersebut juga berlakunya musim ‘Cola Wars’.  Pada 1929, syarikat Pepsi Cola mengalami bankrup dan dibeli oleh pihak lain. Resepi asli Pepsi Cola didokumenkan dan didapati tiada kola atau kafein digunakan dalam resepi asal.


MaGi2012 (WE references)

No comments:

Post a Comment