Wednesday 13 August 2014

Bermain dengan PhotoFunia

Sekarang zaman smartphone. Agak mustahil kalau manusia tak guna smartphone pada masa sekarang. Memandangkan aku ni pitih tak banyak, aku beli Xperia Edual dan so far, phone ni sangat mudah digunakan, tak meragam, tak banyak songeh dan senang disumbat dalam mana-mana poket. Dengan adanya smartphone, macam-macam apps yang wujud dalam Google Play Store. Mostly, ramai yang download camera apps, terutama sekali Camera 360. Hilang semua bintk hitam dan jerawat, tak payah guna produk kecantikan- disebabkan Camera 360, setel semua masalah di muka.

Tapi setakat ni aku tak pernah download Camera 360. Aku guna Cymera (bagus dalam edit gambar makanan) dan Picsart (sangat membantu untuk fokus dan kualiti gambar). Ini bab serius dan photography. Yang tak berapa serius, aku guna apps PhotoFunia. Apa itu PhotoFunia? Apps ni digunakan untuk edit gambar dengan pelbagai efek, tujuannya untuk keseronokan dan hiburan. Jadi, bahagian mana yang 'fun' dalam PhotoFunia ni? Terdapat variasi dalam mengedit gambar dan pengguna diberi pilihan sama ada nak gambar mereka dalam bentuk frame, vintage, celebrity, caricature, sketch dan macam-macam lagi. Bagi yang sukakan hiburan dalam editing, mungkin Photofunia sesuai untuk korang.

Nak tengok hasil bermain dengan PhotoFunia? Scroll ke bawah


Teringin tengok muka sendiri atas duit kertas? Sekali sekala,
apa salahnya jadi tokoh atas currency orang lain..haha

Bagi sesiapa yang pernah ada impian nak lukis
muka atas papan hitam, PhotoFunia boleh
membantu anda.

Selalunya coffee art ni tak lebih dari bentuk bunga,
nama, atau figura tertentu. Kalau muka kita dijadikan
coffee art, lagi best.

 Kepada numismatic lover, duit dengan ukiran muka 
sendiri lebih berharga dari duit yang lain.

 Jujur, aku tak pernah gemuk. PhotoFunia
telah membantu menggemukkan aku dalam
masa kurang 1 minit.

Kiriman surat jemputan dari Hogwarts 
kini lebih mudah. Tak perlu burung hantu,
anda cuma perlukan PhotoFunia dalam
phone anda.

Bagi penggemar pavement art yang kedekut nak upah
pelukis, sila upah PhotoFunia. Lukisan muka anda
pasti menjadi.


 Bagi penggemar setem, apa yang lebih menarik 
daripada muka anda dijadikan subjek utama? 

Poster Keep Calm tak ada gambar, poster perang 
ni  lagi menarik. Anda boleh letak muka anda dan 
sebarkan propaganda.

 Jadi superhero yang kaya? Try Ironman.Tak perlu
keluarkan bajet pun sewa kostum.

 Bayangkan anda hidup di Rusia pada
zaman Lenin. Beginilah rupa anda~

Sesiapa yang ingin jadi sebahagian daripada
sejarah, masukkan muka anda dalam buku vintaj.
Muka aku macam tokoh aku kat atas, kan?

Dan, bagi sesiapa yang suka karya seni klasik,
mungkin anda boleh cuba masukkan muka anda
dalam lukisan The Kiss by Gustav Klimt. Uu, macam 
romantik pun ada, macam pelik pun ada.

Hidup sebenarnya lebih seronok bila banyak efek gila ^^

@themagi2014
PhotoFunia rating: 4.5

2 comments: