Thursday 14 August 2014

Ungkapan perkataan Bahasa Melayu yang rumit

Selamat petang. Hari ini, entri berkenaan dengan ungkapan bahasa Melayu. Semalam aku check dalam keywords dan referral, terdapat carian berkaitan dengan ungkapan bahasa Melayu yang rumit. Bila aku cari di Google, aku tak dapat rujukan yang baik. Bahasa Melayu ini sebenarnya campuran banyak bahasa (terutama sekali dari bahasa rumpun iaitu bahasa Indonesia) dan jujur aku katakan, tak mudah untuk kenalpasti ungkapan rumit yang asli sebab bahasa pinjaman dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu kebanyakannya mempunyai ungkapan yang rumit. Jadi aku membelek Kamus Dewan Edisi Ketiga dari A-L. Untuk carian dari M hingga Z, aku tangguh dulu sebab aku sakit tengkuk akibat terlebih membaca. Jadi, hari ini, aku senaraikan beberapa perkataan pilihan yang mungkin rumit, sukar, atau mengelirukan untuk diungkap (dari sudut penilaian aku).

Diharap entri ni dapat membantu orang yang memerlukan.

A-L

1. Adikudrati: di luar kekuasaan alam
2. Adiposuria: mengandungi lemak atau menyerupai lemak.
3. Aniaya: menindas, menyeksa
4. Birokrasi: sistem pemerintahan atau pentadbiran yang dijalankan yang tidak dipilih oleh rakyat.
5. Belasungkawa: pernyataan turut berdukacita.
6. Cemamping: koyak-koyak, compang-camping.
7. Cendekel: kedekut, lokek, suka mengenakan orang lain.
8. Cendekiawan: golongan cerdik pandai, golongan terpelajar.
9. Cingkambon: permintaan tambahan (seperti emas dll) oleh pihak gadis kepada pihak yang meminang.
10. Dabbatulardi: binatang melata yang ada di bumi.
11. Dasawarsa: masa sepuluh tahun, dekad.
12. Eksemplar: helai, (se)buah buku.
13. Empenak: pujukan, kata-kata manis untuk menyukakan hati.
14. Galibut: perahu kecil.
15. Gegelema: benda yang pekat dan melekit.
16. Gelempung: kapas untuk membalut luka.
17. Generalisasi: kesimpulan umum tentang sesuatu peristiwa, fenomena dll tanpa bukti yang lengkap.
18. Halimbulu: pusingan angin.
19. Hiyayat: pemberian hidup.
20. Hopmandur: ketua mandur.
21. Inkasso: upah kepada pemungut wang.
22. Insinyur: jurutera.
23. Jalangkah: Jalan raya yang berupa jambatan yang melintasi jalan raya yang lain.
24. Jelengar: memandang dengan kehairan-hairanan.
25. Jelira: puas (bukan makan, minuman, dll) yang meresap ke segenap anggota tubuh.
26. Kafling: kancing yang digunakan untuk mencantumkan hujung lengan baju.
27. Kanyor: malu, senyum malu.
28. Kasatmata: nyata, jelas.
29. Kecicak: dipijak-pijak.
30. Kecindan: gurau-senda, jenaka, kelakar, berlawak.
31. Kedaluwarsa: sudah tiba waktunya, habis tempoh.
32. Kendatipun: meskipun, walaupun, biarpun.
33. Kerempagi: pisau cukur, pisau lipat.
34. Kongkalikung: curang, tidak jujur, tidak berterus-terang.
35. Kulakasar: barang-barang (yang boleh diangkut) seperti perabot.
36. Kutubkhanah: perpustakaan.
37. Lasykar: askar, serdadu.
38. Lamender: orang Amerika.
39. Lelancur: ayam jantan, teruna, jejaka.
40. Likwidasi: pembubaran atau pemansuhan.

[bersambung]

ruj: Kamus Dewan Edisi Ke-3, 2002
Image credits: jojobdina.blogspot.com

No comments:

Post a Comment