|
Gempa bumi di Nepal credits: theguardian.com |
Salam Isnin. Keadaan masih berjerebu tapi thank God aku jenis home-worker. Semalam aku tengok rancangan 9/11 dan The 2000 di Nat Geo. Lepas tu, timbul idea nak menulis tentang bencana alam alaf 21. Seperti yang kita ketahui, banyak bencana yang berlaku dalam alaf 21 dan kita pun sedar bumi semakin tua. Cuma masalahnya, bila bumi semakin tua, perangai manusia pun semakin pelik. Serangan WTC, perang di Afghanistan, perang di Iraq, berseteru dengan Iran, gerakan IS di Syria- semuanya berpunca dari kelakuan manusia yang pelik.
Untuk entri kali ini, aku fokus kepada bencana alam berbanding kepelikan manusia. Sebab apa aku fokus kepada bencana alam? Mutiara kata ada menyebut:
"Sometimes, it takes a natural disaster to reveal a social disaster."
[Jim Wallis]
Bencana Alam 21
Banjir Mozambique (2000)
Hujan lebat antara Februari dan Mac menyebabkan banjir besar di Mozambique. 800 orang maut, 20 ribu haiwan ternakan mati. Bencana bermula di Afrika Selatan, berakhir di Mozambique dan bencana itu antara bencana paling berbahaya dalam tempoh 50 tahun
Gempa Bumi Gujarat (2001)
Gempa bumi berlaku pada Januari 2001 dengan magnitud 7.7. Ia merebak ke Bangladesh dan dianggarkan 200 ribu nyawa terkorban, 167 ribu cedera dan 400 ribu rumah serta bangunan musnah dalam bencana.
Gelombang Panas Eropah (2003)
Gelombang panas tahun 2003 antara bencana yang paling dahsyat berlaku di Eropah. Perancis adalah negara yang teruk terjejas. Kematian lebih dari 70 ribu nyawa di Eropah iaitu di Perancis, Portugal, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol. Negara-negara tersebut biasanya tidak mempunyai musim panas yang melampau tapi gelombang panas tersebut mencecah 45 darjah celcius.
Tsunami Lautan Hindi (2004)
Merupakan gempa bumi yang paling kuat dengan magnitud 9, ia menghasilkan tsunami yang paling berbahaya pada 26 Disember 2004 di Lautan Hindi, berdekatan dengan negara Indonesia. Kekuatan gempa bumi itu bersamaan dengan 23 ribu bom atom, melebihi serangan di Hiroshima. Hari pertama bencana menyebabkan 150 ribu terbunuh dan jutaan manusia hilang.
Taufan Katrina (2005)
Taufan Katrina melanda Amerika pada tahun 2005 di Florida. Beberapa bandar terjejas seperti Mississippi, New Orleans, Biloxi dan Gulfport. Dianggarkan 1833 nyawa terkorban dalam taufan dan juga banjir.
Gempa Bumi Kashmir (2005)
Tahun 2005 menyaksikan satu lagi bencana berlaku di Kashmir. Gempa bumi magnitud 7.6 memusnahkan Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan, sebahagian lagi Kashmir yang ditadbir oleh India, Islamabad dan Khyber Pakhtunkhwa. Dianggarkan 100 ribu nyawa terkorban, 70 ribu orang cedera dan 4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.
Serangan Sejuk Afghanistan (2008)
Rekod kesejukan mencatatkan suhu jatuh sebanyak -30 darjah celcius. Dianggarkan 1000 nyawa terbunuh dan mengorbankan banyak haiwan ternakan. Lebih dari 315 ribu lembu, 100 ribu kambing biri-biri dan kambing mati. Kekurangan kemudahan awam, kemerosotan kesihatan menyebabkan penduduk terpaksa meninggalkan kawasan terjejas dan berjalan kaki berkaki ayam dalam cuaca yang teramat sejuk.
Siklon Nargis (2008)
Siklon Nargis yang melanda Burma dan Sri Lanka pada April 2008 menyebabkan kemusnahan menyeluruh. Berlaku rentetan kes banjir dan kejadian tanah runtuh dan menyebabkan 50 ribu orang maut di Burma. Secara keseluruhan, lebih 150 ribu nyawa terbunuh, 50 ribu hilang dan kerugian negara sebanyak $10 juta.
Gempa Bumi Haiti (2010)
Haiti berdepan dengan gempa bumi magnitud 7.3 pada Januari 2010 dan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat. 220 ribu nyawa dianggarkan terbunuh, 300 ribu orang cedera dan lebih 3 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.
Gempa Bumi dan Tsunami Tohoku (2011)
Gempa bumi magnitud 9.0 berlaku di Tohoku, Jepun menyebabkan air laut menyusut sedalam 30km dan menghasilkan tsunami besar pada Mac 2011. Ketinggian tsunami dianggarkan setinggi 40km. Seramai 15 889 nyawa terkorban, 6152 orang cedera dan 2600 orang hilang. Jutaan bangunan dan kediaman musnah dalam bencana.
Kemarau Afrika (2011)
Julai 2011 menyaksikan kemarau dahsyat melanda timur Afrika. Negara-negara terjejas ialah Somalia, Kenya, Djibouti dan Ethiopia. 9 juta nyawa terancam dan sejumlah besar penduduk dari Somalia berpindah ke Kenya dan seterusnya bermigrasi ke Ethiopia, menyebabkan kesesakan yang teruk. Kesesakan itu mewujudkan masalah lain seperti masalah kebersihan, kesihatan, kekurangan nutrisi dan krisis makanan. Ia menyebabkan ribuan nyawa terkorban.
Taufan Haiyan (2013)
Taufan Haiyan yang melanda Filipina pada tahun 2013 menyebabkan kematian lebih 6000 nyawa dan 27 ribu orang cedera. 4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. Taufan setinggi 130 kaki dan angin berkelajuan 235mph memusnahkan hampir seluruh kawasan teluk dan kawasan, merosakkan infrastruktur dan talian komunikasi.
Gempa Bumi di Visaya Tengah (2013)
Selepas kejadian Taufan Haiyan, Filipina dikejutkan lagi dengan gempa bumi magnitud 7.2 di kawasan yang sama. Bencana tersebut mengorbankan 222 nyawa, 700 ribu bangunan musnah, dan kehilangan tempat tinggal.
Gempa Bumi di Pakistan (2013)
September 2013 menyaksikan Pakistan dilanda gempa bumi magnitud 7.7. 800 nyawa terkorban. Ia diikuti dengan gempa bumi magnitud 6.8 pada hari seterusnya. Bencana itu menyebabkan kemusnahan di selatan barat Pakistan. Namun bencana itu telah mewujudkan satu pulau baru di pesisir pantai Pakistan dan menjadi perdebatan di kalangan komuniti saintifik.
Menurut kajian, tahun 2014 merupakan tahun tidak aktif bagi kejadian bencana alam. Tidak ada sebarang bencana alam dahsyat yang membunuh ribuan atau jutaan penduduk seperti tahun-tahun sebelumnya. Tetapi terdapat siri bencana alam yang boleh mengancam nyawa seperti ledakan gunung berapi di Hawaii, taufan di Filipina, kebakaran hutan di California dan sebagainya pada tahun 2014.
Gempa Bumi Nepal (2015)
Pada tahun 2015, gempa bumi Nepal magnitud 7.9 telah berlaku. Gempa bumi pertama mencatatkan 8000 nyawa terbunuh, 18 ribu cedera dan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal. Gempa bumi kedua pula mencatatkan peningkatan angka kematian seramai 4800 nyawa dan berlaku beberapa siri tanah runtuh serta kemusnahan berganda.
Memandangkan kita masih di dalam tahun 2015, marilah kita mengambil pengajaran dan sentiasa berhati-hati, serta pastikan kita bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan.
@themagi2015
ruj: scienceve.com | all-that-is-interesting.com | mysticfiles.com | relief.org | time.com | aljazeera.com