Monday, 11 November 2013

30 Simptom Penyakit Gila Buku

Buku. Aku gila buku sejak kecik tapi aku tak mampu nak beli. Jadi aku spend banyak masa kat library sampai aku menang Nilam tahun 2000, 2002 dan 2003. Tahun selebihnya, aku jadi The Pickers dalam stor buruk sekolah dan baiki buku lama. Pada masa tu, koleksi buku aku bertambah sedikit dan hanya Tuhan je tau betapa aku nak sangat ada bookshelves sendiri.

Masa di kampus, dengan bantuan duit pinjaman, impian aku untuk beli buku berkembang dengan hebatnya. Kedai MPH Giant Shah Alam or kat MPH SACC Mall jadi rumah kedua aku. Even kawan aku bawak aku jenjalan ke 1Utama untuk cari accessories untuk annual dinner, aku masuk kedai buku. Dan masa Raya tahun 2010, aku pergi terjah MPH The Spring instead of kedai kasut or butik baju. Kegilaan aku terhadap buku sangat tinggi sampaikan aku berangan, sape nak kawen ngan aku orang tu kena bagi hantar buku favourite aku. FYI, ada lebih 100 buah favvy book aku yang aku kepingin sangat nak dapat. Ataupun, aku pernah berangan setiap kali besday aku, orang bagi buku bacaan yang bagus instead of benda lain. Saiko kan aku ni?

Skang ni, even just working at home as a writer and a blogger, aku banyak spend duit for books berbanding barang lain. Aku juga ada koleksi Aldiko e-book yang bagus (semuanya buku lama) memandangkan hardcopy susah nak dapat. Aku tambah bookshelve kedua pertengahan tahun ni, walaupun bookshelve tu tak besar tapi aku suka. Untuk Rancangan Malaysia ke-9 nanti, aku nak tambah wall bookshelve. Jadi, doakan aku semoga rezeki aku melimpah tahun ni. ^^

Oh, sebelum tu, aku nak terangkan simptom yang aku dapat sebelum sah dapat penyakit gila ni.

30 Simptom Penyakit Gila Buku

1. Suka gila hidu bau buku dan belek buku
2. Lebih suka baca buku berbanding melayan percakapan orang yang takde faedah
3. Sanggup tangguh makan dan tidur masa baca buku
4. Tetiba emo dengan jalan cerita
5. Jalan cerita buku bawak  pusing satu dunia
6. Hilang perhatian setiap kali nampak kedai buku
7. Tertarik dengan kulit buku yang berwarna warni
8. Lagi besar dan tebal buku tu, lagi bagus
9. Walaupun nak keluar jenjalan, mesti bawak satu buku bacaan dalam beg
10. Selalu berangan koleksi buku macam kat Library of Congress
11. Sentiasa kira jumlah buku kat rak buku
12. Buang masa kemas buku atas rak dengan penuh gembira pada hujung minggu
13. Mimpi ngeri bila kedai buku kegemaran tiba-tiba tutup
14. Mesti beli buku setiap kali masuk kedai buku
15. Melayan buku seperti baby
16. Suka cadangkan jenis bahan bacaan untuk orang lain
17. Buku sama penting dengan pakaian dalam setiap kali keluar travel
18. Buku lebih baik dari TV
19. Susunan buku macam game Jenga
20. Kedai buku jadi rumah kedua
21. Sanggup berdiri lama-lama di kedai buku atau library berbanding kedai makan or          kedai baju
22. Tulis nama sendiri dan tarikh beli setiap kali beli buku baru
23. Buku dalam bucket list setiap kali ada duit
24. Bangga bila orang lain baca buku yang kita cadangkan
25. Buku lebih penting berbanding movie DVD atau game console
26. Sakit hati bila melihat orang melipat kulit buku atau menyelak buku kuat-kuat
27. Buku jadi objek bersenam (betul! aku guna buku Encyclopedia of Mythology dan Ancient Egypt sebagai dumb bell)
28. Merana sakit belakang dan insomnia disebabkan buku
29. Tidur bersama buku (kadang-kadang buku jadi alas kepala aku masa tidur...)
30. Baca buku kegemaran berulang-ulang kali sebab tak puas dengan content (betul!aku baca He, Who Laugh Lasts! by David Tong lebih dari 6 kali, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck by Hamka lebih dari 10 kali dan buku rumit macam Isabelle, She-Wolf of France by Alison Weir sebanyak 3 kali- aku bercadang nak baca balik lepas ni)

Sebenarnya, ada banyak lagi simptom penyakit gila buku ikut tahap psikologi seseorang tapi aku pasti lagi yakin, 30 simptom kat atas ni pernah berlaku terhadap seseorang yang gila buku. Macam aku.

HA! HA! HA!

p/s: no wonder la aku dapat kos library masa kat u.
@themagi2013

2 comments: