Thursday, 28 November 2013

Pantang Larang: Konsep & Perspektif

Pantang larang ialah konsep hidup orang dulu-dulu dan masih digunapakai sampai sekarang. Sebagai contoh, perempuan yang hamil tak elok keluar malam-darah manis. Kalau nak diikutkan, memang tak elok pun keluar malam-malam, angin sejuk tak baik untuk kesihatan. Selain dari itu, orang tua-tua ni percaya beberapa pantang larang lain seperti:

  1. Jangan tuding jari kat pelangi, nanti jari kudung (Tu nak bagi budak2 hormat, jangan suka suki nak tuding jari kat situ sini)
  2. Jangan kencing sembarangan dalam hutan, nanti diganggu makhluk halus (Cari la tandas. Kalau tak jumpa, kencing dalam botol)
  3. Jangan bukak tingkap masa tidur malam, nanti terkena penyakit malam (Kipas kan ada? Tak payah la bukak tingkap)
  4. Jangan suka keluar malam, nampak tak elok depan jiran (Malam tu gelap, apa2 pun boleh jadi)
  5. Jangan makan lebih had, nanti lembab (ini nenek aku yang cakap)
Sebenarnya, konsep pantang larang ni sangat penting untuk masyarakat dunia. Ia menentukan corak pemikiran, budaya dan juga kepercayaan mereka selain dari pengaruh agama yang mereka anuti. Taboo, yang berasal dari perkataan Polynesian 'tabu' juga membawa maksud larangan  kerana ia dianggap berbahaya, tidak baik dan berkaitan dengan moral serta norma-norma sosial. Antara pantang larang yang diwujudkan atas sebab-sebab sosial ialah:

Perbuatan sumbang

Perbuatan sumbang dengan saudara sedarah merupakan perkara 'taboo' di seluruh dunia. Hubungan sesama saudara dianggap jijik kerana ia melibatkan genetik keluarga. Dalam Islam, perbuatan sumbang sesama saudara menjejaskan nasab dan keturunan anak-anak. Walaupun paganisme percaya hubungan sesama saudara dibenarkan dalam keluarga diraja atau berdarah suci, ia masih dianggap  berbahaya.

Peranan Jantina

Pada zaman dahulu, jantina menentukan kedudukan sosial masyarakat. Pada era peperangan antara Perancis dan Britain, lelaki bertanggungjawab untuk pergi berperang manakala tugas perempuan cuma menjerit, dibunuh atau diperkosa. Joan of Arc, pahlawan wanita yang membela kerabat diraja Perancis telah dibunuh kerana bertindak seperti lelaki dan bertarung di medan perang. Perempuan juga tidak diiktiraf sebagai pemerintah di Britain kerana dianggap lemah untuk mentadbir. Pada zaman Jahiliah, anak perempuan dibunuh kerana dianggap memalukan manakala di India, masyarakat yang ortodoks menganggap anak perempuan pembawa malang dan menyusahkan. Sehingga kini, peranan jantina dikelaskan mengikut kejadian masing-masing. Lelaki harus menjadi lelaki dan perempuan harus menjadi perempuan.

Makanan Larangan

Makanan larangan merupakan budaya penting dalam setiap masyarakat kerana ia menentukan kesinambungan keturunan dan kelangsungan hidup. Bagi umat Islam dan Jew, daging khinzir, haiwan mencari makan menggunakan kuku, taring dan bisa merupakan makanan larangan dan haram kerana ia tidak bersih dan  memudaratkan dari segi kesihatan. Bagi penganut Hindu, lembu merupakan haiwan suci dan membawa simbol ibu. Buah epal dianggap sebagai makanan larangan bagi Judeo-Kristian dan masyarakat Levantine kerana mereka percaya epal dihuni oleh makhluk halus dan berkaitan dengan kisah Adam dan Hawa dalam kitab Injil. Ada sesetengah masyarakat dunia percaya, memakan haiwan seperti kera, monyet atau beruk mendatangkan keburukan kerana haiwan tersebut kelihatan seperti manusia.

Darah Haid atau Nifas

Setiap masyarakat di seluruh dunia percaya darah wanita iaitu darah haid (datang bulan) dan darah nifas (darah selepas melahirkan anak) sesuatu yang 'taboo'. Menerusi peringkat kematangan perempuan, darah haid dianggap sebagai beracun oleh masyarakat Jew dan tidak bersih selama 7 hari oleh masyarakat Kristian. Bagi umat Islam, wanita yang haid tidak dibenarkan bersolat dan mengaji (kecuali berzikir) kerana mereka belum bersuci. Terdapat teori Bruno yang mengatakan wanita yang melahirkan anak dan mengalami proses haid membangkitkan rasa iri bagi golongan lelaki iaitu  'womb envy'. Bagi teori Freud pula, wanita dikatakan cemburu kepada lelaki kerana mereka tidak perlu merasai kesakitan haid dan beranak sehingga wujudnya istilah 'penis envy'. 


Kesucian Darah Diraja

Pada zaman dulu, masyarakat percaya raja ialah jelmaan dewa. Di China, maharaja dianggap suci kerana diberi mandat oleh Tuhan untuk memerintah. Di Mesir, Firaun dilihat sebagai anak Tuhan. Oleh itu, golongan diraja diberi layanan istimewa seperti diarak menaiki tandu, kaki tidak dibenarkan jejak ke tanah, menaiki kereta kuda ataupun berjalan di atas permaidani seperti yang dilakukan oleh Raja Persia. Budaya ini ternyata masih diamalkan iaitu menghamparkan permaidani merah untuk menyambut kedatangan orang penting.

@themagi2013

No comments:

Post a Comment