Ohoo, tak sangka terlebeh entri untuk bulan 8. Tak apa, short entry. Aku tak bebel panjang. Hari Koperasi Negara tahun ni dibuat di Kuching. Semestinya aku takkan pergi pada hari Jumaat, sebab hari tu hari Jumaat. So, aku pergi hari Sabtu. Sadly aku tak dapat masuk sebab parking dah full. Sungguh kuciwa. So aku try hari Ahad. Dipendekkan cerita, aku berjaya masuk ke tapak pameran dengan jayanya (dan dapat goodies percuma- well, aku memang suka free stuff~)
Hari: Ahad
Tarikh: 16 Ogos 2015
Lokasi: Kuching Waterfront, Sarawak
Hari perasmian HKN 2015 pada hari Sabtu. Aku datang hari Ahad so tak ada loh gambar perasmian. Nah, aku belanja gambar booth SKM je. Kat sini la free goodies diberi pada public. The best part bila dapat free goodies ialah aku tak payah beli pen untuk setahun. Pen percuma dah memadai untuk aku teruskan hidup (hahaha~)
Aku snapshoot video my dad tengah menari dondang sayang di booth Negeri Melaka. Happening yang teramat. Sori aku tak upload video sebab aku tak nak entri ni lambat loading. Aku faham stress buffering, huh~
Again, booth Negeri Melaka. Why Melaka? Memang booth negeri lain ada (aku singgah booth Negeri Terengganu, Selangor, Kedah etc) tapi aku ditarik oleh slogan booth Negeri Melaka. (*update: semangat hang tuah dlm bisnes ^^)
Bersantai sambil mengira berapa banyak booth di tebingan. Sebetulnya aku tak kira sangat pun. Aku just menikmati pandangan.
Tarikan dari booth kraftangan, tak jauh dari area Jalan Carpenter kalau aku tak hilang ingatan. Lukisan cat air hasil karya Encik Ali Mohamad. Aku paling suka shape pokok depan Astana.
Dari fail lukisan yang sama, aku snap lukisan Bukit Aup Sibu hasil karya Encik Ali Mohamad. Bila nampak lukisan ni, aku teringat masa aku semput dan muntah angin di kaki tangga Bukit Aup. Oh, indah sungguh kenangan itu~
Again, lukisan Encik Ali Mohamad. Aku tak tahu why aku snap lukisan ni. Mungkin muka peniaga nampak misteri.
Sungai Sarawak...Sungai Sarawak sungainya luas~ Bagi sesiapa yang nak ukur keluasan Sungai Sarawak, perkhidmatan Sarawak River Cruise disediakan. Aku dah ukur sungai ni sejak dari kecik. Tapi, ukuran aku setakat Pangkalan Batu ke Waterfront je la...hahah~
Sebenarnya ada banyak lagi event menarik di tapak HKN 2015 seperti persembahan silat dan nobat nafiri dari JKKN, persembahan tarian dari Negeri Sabah, pertandingan menyanyi, pertandingan masak dan yang paling aku suka, nyanyian lagu tradisional dari Sheqal yang non-stop dari awal aku datang sampailah aku balik. Ada beberapa video yang sempat aku rakam (tapi aku tak upload). Btw, event HKN di Kuching memang ohsem. Mungkin, tahap ke-ohsem-an itu berbeza kalau aku tak dapat free goodies...
Hak!Hak! Setakat ini saja dong. Bye2 ^^
@themagi2015