Sunday, 18 May 2014

Weekend post: Tidur dan bermimpilah engkau~

Hari minggu, hari cuti. Writer macam aku combine cuti ngan hari kerja. Tak ada beza pun. Still aku stay kat umah, mengadap lappy dan selongkar material dalam drawer. Hari ni, short entri. Banyak short entri yang aku nak buat pasni. Memandangkan aku streaming Running Man sejak kebelakangan dan kedepanan ni, short entri paling sesuai.

Hari ni, pasal mimpi. Bermimpilah engkau. Tapi, tak bermaksud aku suh korang daydream masa study or tengah kerja. Maksud aku, tido di malam hari.

#Tidur membuatkan korang makin cantik

Ya. Itu betul. Semasa tidur, seluruh urat-urat dan organ dalaman dalam mode berehat. Degupan jantung lebih stabil, dan fikiran juga lebih tenang. Cukup tidur membuatkan korang rasa lebih bertenaga, lebih fokus dan lebih stabil dari segi emosi. Korang tahu? Apabila korang tampil bertenaga dan cergas, korang nampak lebih berseri. Jika diamalkan dengan konsisten (maksud aku, jadual tidur..bukan hari-hari tidur), korang akan nampak lebih muda berbanding usia sebenar.

#Tidur menguatkan otak

Ya. Menurut pakar dari barat, Dr. David Sillbersweig dari New York, tidur mampu menguatkan ingatan. Sebab? Semasa tidur, pengalaman sebelumnya berputar semula. Maksudnya ialah otak mengimbas semula kejadian yang berlaku di sekeliling korang dan mimpi dihasilkan. Mimpi tersebut merupakan memori yang mengaktifkan otak semasa tidur dan meningkatkan daya ingatan dari segi imej. Siapa tak suka tidur or susah nak tidur, korang mudah lupa.

#Tidur ialah medium sampaikan mesej tersirat.

Ya. Semestinya, aku memaksudkan mimpi. Mimpi merupakan perkhabaran yang unik antara manusia, alam dan Pencipta. Sesetengah mimpi tu memang karut semata-mata tapi sebahagiannya mungkin khabar yang korang tak sedari. Jika korang bermimpi perkara yang baik, korang beruntung. Jika mimpi tak elok, korang segeralah bangun dan sila cek samada korang dah basuh kaki ke tak sebelum tido. FYI, sejak beberapa bulan ni aku kerap mimpi, aku nak share sikit:

  • Aku mimpi tengok kucing; kata tafsir akan dapat kebajikan. Ye lah kot, aku dapat kain raya free, buku bacaan free, makan free, holiday free awal tahun ni. Hahaha~
  • Aku mimpi kapal terbang terhempas; lepas dua hari, mak aku cakap.. "Ada dengar tak pesawat MAS hilang?" Berdebar-debar aku, mimpi apa ni?
  • Aku mimpi jumpa syiling dalam tanah; tak elok jadinya. Jiran aku masa kecik dulu, meninggal dunia lepas tiga hari aku mimpi pasal syiling. Inna lillah..
  • Aku mimpi banjir; ada sesetengah kata tak berapa baik, emosi tak stabil katanya. Betul juga, masa tu aku tengah angkat bendera 'merah'. Tapi ada yang kata elok, katanya aku dapat rezeki. Rezeki makan memang tak putus la tahun ni, orang treat.
  • Aku mimpi main ngan baby (baby girl); kata tafsir aku bakal menemui kejayaan. Ada yang kata, dapat jodoh. Emm, aku prefer tafsir yang pertama, yang tu aku lebih bersedia.
  • Aku kerap mimpi travel, dari satu tempat ke tempat berbeza; aku rasa ni semua pasal kehidupan. Hidup ni macam travel. Kadang2 jumpa signage, kadang2 tak jumpa langsung. Mimpi tu macam revise edition je untuk aku. 
#Tidur tutup lampu lebih baik dari bukak lampu

Kepada penakut, jangan tidur bukak lampu. Hormon melatonin dalam badan korang tak aktif akibat cahaya lampu. Menurut Joan Robert, pakar biologi dari barat, melatonin diperlukan untuk mengatasi penyakit. Bila melatonin tak aktif, badan mudah diserang penyakit. Daripada buang duit beli ubat masa sakit, lebih baik korang tidur tutup lampu.

#Tidur yang cukup boleh menurunkan berat badan.

Khabar baik untuk korang yang tengah diet. Sebabnya, semakin lama korang berjaga malam, makin lapar lah korang walaupun sebenarnya korang tak lapar sangat tapi actually mode mencicip dah switch on. Makan tengah malam menyebabkan kalori dan lemak tersimpan dalam badan, lepas tu tak digunakan dengan efektif (sebab lepas makan terus masuk tidur). Menurut Evelyn Tribole, doktor dari barat, rasa kenyang tengah malam membuatkan korang bangun lesu di pagi hari, malas, tidak mengambil sarapan pagi, tenaga semakin kurang dan makan lebih banyak pada sebelah malam. 

Okay, setakat ni je aku nak tulis. Pendek, kan? Pendek ke entri ni? Harap berguna untuk pembaca =)
@themagi2014

No comments:

Post a Comment