Friday, 9 May 2014

Re-tonton Hana Kimi Japan 2007





credits: livejournal.com
Beberapa hari ni, aku tonton balik the best Jdrama ever, Hana Kimi Japan 2007. Sebelum Jepun bikin drama ni (karya si Hisaya Nakajo- orang Jepun semestinya), Taiwan dah bikin dulu. Female lead ialah Ella Chen. Aku penah try tonton versi Taiwan 2006 untuk beberapa episod sebelum stop sebab tak tahan dengan karakter Rui Xi yang agak messy dan lawak yang kureng menjadi. Kadang-kadang, too serious. Tak best sungguh bila aku terpaksa kerutkan dahi sebab nak paham cerita cenggini- walaupun versi Taiwan ni memang berusaha follow storyline dalam komik. At the end, hilang suda bab komedi nyer~

Sebelum aku citer pasal Hana Kimi Japan 2007, To The Beautiful You ialah versi South Korea yang aku tunggu-tunggu. Before di-release, ada banyak speculation tentang watak Ashiya Mizuki versi Korea. Ada yang sebut Eun Hye, Shin-Hye, termasuk la si Yoona. Well, memandangkan drama tu di bawah SME, aku memang dah agak si Minho Shinee masuk dalam list sebab ciri-ciri asli watak Sano Izumi memang dah ada (sporty, mata besar, tinggi, rambut pendek). Bila Sulli f (x) dipilih jadi Ashiya Mizuki, expectation aku agak high. So, aku download beberapa episod dan tetiba aku berhenti. Why?

Mari aku citer siket...

    credits: experienceproject.com
  • Watak Sulli agak mellow. Sedangkan sepatutnya watak dia lebih optimis dan lebih banyak expression yang menarik. Tapi, aku tak nampak effort tu. Director seolah-olah tetapkan dia menonjol sebagai 'Sulli' si manis Kpop idol, bukannya karakter 'Goo Jae Hee' yang ada isu gender-bender. Lagipun, ketinggian Sulli menyebabkan dia hilang satu charm dalam drama tu sebagai 'shortie'. Part yang aku paling pening, siap ada nyanyi bagai.
  • Sepanjang aku tonton drama ni, Minho punya dialog terlalu banyak word 'mwo?' yang membawa maksud 'apa?' So, aku tanya balik, apa? Apa kena dengan skrip ni?
  • Watak Hyun Woo sebagai Nakatsu atau Eun Gyeol, kurang gila-gila. Dia comel, tapi tak cukup gila, maksud aku, bukan gila betul-betul. Watak baru Nakatsu ni suka selfie, agak sejuk karakternya, dan mungkin, mellow macam Sulli. Jadi watak Hyun Woo memang jatuh dari expectation aku.
  • Kwang Hee jadi Nakao? Haha, apakah? Sejujurnya aku tak bersetuju.
  • Sekolah Genie tu mewah sesangat, aku tak nampak keadaan hidup pelajar di dorm. Aku tau ni drama, tapi director seolah-olah berusaha sangat nak menampakkan kemewahan sekolah tu. Hilang suda innocent part sebagai seorang pelajar yang hidup berdikari. Diorang tu semua dah pampered.
Anyway, aku suka bab kostum sekolah yang segak dan kemas. Penggunaan warna dari segi fasiliti dan suasana sekolah menarik perhatian. Pemilihan pelakon yang good looking- seperti yang diumumkan oleh SME sebelum penggambaran. Pencahayaan yang bagus, tabik kepada krew. Tapi bagi aku, diorang terlalu berusaha untuk tiru semua storyline original. Aku tak suka benda yang overdoing.

credits: fanpop.com
Sekarang, berbalik semula ke Hana Kimi Japan 2007, the best one ever. Bukan aku sorang je yang cakap macam tu, ada berjuta-juta follower yang masih menonton drama ni walaupun dah masuk 7 tahun dan mostly pelakon drama tu dah mencecah lewat 20-an dan awal 30-an. Tapi, kenapa Jdrama ni masih ditonton sampai sekarang dan orang tak rasa jemu?

  • Watak Nakatsu Shuiichi yang dipegang oleh Toma Ikuta. Watak Nakatsu memang sangat berjaya, dari segi monolog dalaman, kegilaan dan riang-ria sebagai seorang pelajar. Sampai sekarang Toma masih dikenali sebagai Nakatsu, itu menunjukkan betapa berjayanya Toma dalam watak tersebut. Siapa yang tak suka lelaki yang kacak dan ada senyuman manis?
  • Watak Sano Izumi yang dipegang oleh Oguri Shun. Kalau nak diikutkan, perbezaan nyata watak Sano dengan si Shun ni ialah saiz mata dan gaya rambut. Versi Taiwan dan Korea menepati karakter asal. Tapi apa yang bestnya pasal Sano versi Jepun ni ialah, disebabkan matanya yang tak besar dan rambut yang tak pendek tu la yang menarik. Ada banyak ekspresi, dialog yang pelbagai. Glare si Shun ni yang paling mengancam...ha3~
  • Watak Ashiya Mizuki, dipegang oleh Horikita Maki- menepati karakter asal sebagai shortie dan mata besar. Walaupun niat asal Ashiya ke Ohsaka Gakuen menurut storyline komik telah diubah, aku rasa perubahan itu sangat baik. Watak Ashiya ditonjolkan sebagai gadis yang kuat semangat yang sanggup merantau jauh semata-mata untuk menebus kesilapannya terhadap Sano dan membantu Sano masuk semula ke dalam bidang sukan lompat tinggi. Memang, watak Ashiya versi Jepun ni agak annoying, nosy dan whinge, tapi in certain part dia sebenarnya seorang yang prihatin dan bukan Sano yang je yang dia utamakan. Dia spend masa dengan Sekime, Nakao, Taiki, Nanba senpai, Nakatsu, Noe dan kesemua rakan lelaki yang ada di sekolah tu. Yang bagusnya, Horikita Maki ni bekas atlet sekolah dan cergas dari segi fizikal, so watak Ashiya Mizuki sebagai lelaki dimainkan dengan baik sekali.
  • Kehidupan di asrama digambarkan dengan baik seperti Nakatsu yang suka pakai flip-flop, Sano yang selalu pakai T-shirt putih, Oscar Masao yang merungut pasal tugas mencuci bilik air, pelajar sekolah yang bekerja di musim panas di resort Io-san untuk dapat duit poket lebih, saiz bilik tidur pelajar yang tak terlalu melampau, pelajar yang sentiasa berusaha untuk mendapat reward dari pengetua dan segala karnival sekolah diuruskan oleh pelajar sendiri. Itu menunjukkan ciri-ciri berdikari dan tidak dimanjakan.
  • Karakter sampingan menambahkan innocent part sebagai seorang pelajar. Aku suka watak Oscar yang tak malu, Tennouji yang keras kepala dan Nanba yang gatal. Selain tu, aku suka watak Taiki yang misteri (well, ghost guy), Noe yang inovatif, Sekime yang pelik, Nakao yang agak vulgar, semua pelajar Dorm 1 yang bising, dan Dorm 3 yang keanak-anakan. Variety is strength.
Aku rasa, mungkin ada yang accuse aku bias dalam ketiga-tiga version ni sebab aku lebihkan Hana Kimi Japan berbanding versi yang lain. Macam la aku peduli. Hana Kimi Japan memang best, so what? Cuma drama ni yang membuatkan aku berkata; school is fun. Ada kawan macam mereka, aku takkan sunyi seumur hidup. Bab cinta antara Sano dan Ashiya tu sebenarnya sampingan je. Apa yang mereka tonjolkan sebenarnya nilai persahabatan, walaupun tak sama jantina.

Friendship is universal.

@themagi2014

No comments:

Post a Comment