Tuesday 6 August 2013

Bulan Berkayuh: Sarawak Regatta

Oyeh, bulan Ogos kembali lagi. Baru beberapa hari lepas Kuching menyambut hari bandaraya yang ke-25. Tak sangka kitorang dah sama umur..haha. So, selepas raya ni, Kuching akan kembali ke mode pesta kayuh yakni Sarawak Regatta dan festival ni sebahagian besar rancangan dari pihak tourism untuk tarik perhatian pelancong. Tahun ni festival Regatta disertai oleh 44 bot panjang, dengan kemunculan bot Naga bersama tema "Race with Harmony". Ahh..harmoni sungguh bunyinya.

Jadi, jangan lepaskan peluang 'berkayuh' lepas ni...hak, hak, hak!

[Laluan Sarawak Regatta 2013]
credits: BorneoPost

Sejarah Sarawak Regatta

Sarawak Regatta
Sarawak Regatta merupakan kemestian bagi menyambut Hari Bandaraya di Kuching. Regatta yang pertama dilakukan pada tahun 1872 menerusi laporan Sarawak Gazzette, iaitu pada 29th Februari 1872 di hadapan Astana. Pada era tersebut, tetamu dari Eropah dijemput datang dan dijamu makan sebelum perlumbaan dimulakan. Perlumbaan itu disertai oleh ramai peserta bagi merebut hadiah Rajah Cup dan menurut catatan, perahu 'Sri Matu' merupakan pemenang pertandingan.

Amalan Regatta ini dilakukan sejak zaman kolonial dan Rajah Kedua juga gemar menyertainya dengan menghantar kapal layar 'Maimunah1' bagi memeriahkan festival. Pada masa itu, urusan perlumbaan ini dilakukan oleh Pejabat Residen dan Pejabat Daerah dengan dana dari derma orang ramai. 

Terdapat beberapa jenis perahu atau bot yang menyertai perlumbaan iaitu:

Bot Naga Cina
Bot ini dipercayai diilhamkan dari kepercayaan orang cina terhadap kewujudan dan kesucian naga yang mempunyai kaitan kuat terhadap air. 

Perahu Balok Melayu
Perahu ini pada dahulunya digunakan oleh orang Melayu di Kampung Ladung dan Batang Air Simunjan secara meluas. Ia diperbuat daripada kayu balak dan pada awalnya ia dibuat menggunakan keseluruhan pokok dengan menggunakan peralatan mudah seperti parang dan beliong. Ia juga dikenali sebagai Sampat.

Perahu Tradisional Melanau
Perahu tradisional Melanau dikenali dengan banyak nama. Seperti di Mukah ia dikenali
model perahu regatta
di Muzium TAR
sebagai Bahong, Badong, Bakong, Buagan dan Bidar. Ia diperbuat daripada kayu kapur, papa, daeet, gerangan dan meranti. Bahong dan Badong biasanya digunakan untuk ke laut dalam, manakala Bakong digunakan sebagai kenderaan awam. Buagan biasanya digunakan untuk ke sungai-sungai kecil, dan bidar pula digunakan untuk menyertai perlumbaan.

Haruk Adang Usung Tingang Orang Ulu/ Perahu Kenyalang
Perahu ini pada asalnya digunakan sebagai kenderaan perang bagi orang ulu pada zaman dahulu. Ia membawa maksud "flying boat with the  hornbill bow", ia dipercayai mendapat 'tenaga' untuk 'terbang' menerusi semangat untuk membalas dendam. Kini, ia menggunakan semangat untuk menang bagi mendapatkan 'tenaga' untuk 'terbang'.

Arud Diak/Tikura Bidayuh
Arud Diak dikenali di kalangan Iban yang tinggal di Sungai Sarawak kiri di kawasan Penrissen. Ia disebut sebagai Arud diak atau arud tikura kerana bentuknya yang pelik dan sesuai untuk keadaan di sungai. 

Perahu Bidar (perahu pengayau) Iban
Perahu pengayau orang Iban sangat terkenal di Saribas dan Skrang yang terletak di Sri Aman. Pembuatan perahu ini merebak ke Sebuyau dan Lundu. Perahu ini diperbuat daripada kayu meraka, keruing, penyauk dan jenis kayu keras yang lain. 

Perahu tambang (berenjin/tidak berenjin)
Perahu tambang ialah perahu yang digunakan untuk menghantar penumpang ke Tebingan Kuching menerusi beberapa pusat pangkalan iaitu Pangkalan Batu, Pangkalan Sinjan, Pangkalan Boyan dan Pangkalan Sungai Bedil.


Maklumat lanjut sila rujuk Sarawak Regatta|Sarawak Travel
#tmg2013

No comments:

Post a Comment