Saturday, 10 August 2013

Musim Raya: Jaga Perut Anda



Di musim raya ni, korang campak kebiasaan puasa tu ke tepi dan makan ikut suka perut korang. Maklumlah semua orang sibuk buat open house, selera pun open jugak. Seperti yang korang tau, jumlah kalori dan lemak dalam masakan hari Raya agak tepu jadi adalah lebih baik korang makan dalam kadar yang korang mampu.




Kenapa korang harus jaga perut?

Pertama, dah sebulan korang puasa. Perut pun tak amek OT. Then, bila hari raya korang sondol lembu, ayam, unta, itik. Tu dah diibaratkan macam korang sumbat daging mentah berkilo-kilo dalam microwave kecik dan korang paksa microwave tu bakar daging tu sampai masak. Sudah pastilah microwave tu rosak tapi kalu microwave takpe la jugak, boleh beli baru. Kalu kantung perut, mana korang nak beli? Kat bilik mayat?

Kedua, selepas puasa sebulan korang berjaya menurunkan berat badan demi nak bergaya sakan di pagi raya. Bukan senang nak kuruskan badan bagi orang yang ada metabolisme rendah, lainlah macam aku. Selepas korang teruk berusaha, then bila pagi raya korang lupakan effort tu dah makan sepuas-puas nafsu macam nak mati esok hari. Rileks la, takkan tak amek pengajaran dari bulan puasa kot? Puasa tu kan untuk kawal nafsu. Mahukah anda kelihatan boroi selepas hari raya ketiga selepas sebulan berpuasa?

Ketiga, pasal jimat. Bulan puasa biasanya bulan untuk korang jimat berbelanja, lainlah kalu korang hantam makan banyak dan habis ratusan ringgit. Di bulan Syawal ni, susah untuk korang berjimat sebab korang nak buat open house. Takkan nak hidang nasi kosong takde lauk kat tetamu kot? Nampak sangat kudukut tahap jering. Tapi masalahnya, sebelum tetamu makan, korang makan lagi banyak. Kononnya nak test je. Jadi, apakah makna jimat dari perspektif anda?Jimat duit je ke? Jimat makan tak boleh?

Keempat, pasal hadam. Makan banyak selepas bulan puasa biasanya menyebabkan korang tak lawas. Memanjang je sembelit. Meneran tapi tak keluar2. Dah tau susah nak berak, makanlah makanan berserat. Sekadar nak berkongsi cerita, kalu tak berak, segala kekotoran dan bahan kumuh dari hati dan ginjal akan terperap dalam salur usus. Bila masalah sembelit berlaku, kekotoran bahan kumuh tu akan jadi bakteria pada usus. Sekiranya korang tak berak, bakteria tu akan bagi effect kat perut. Perut bertambah sakit, badan tak selesa dan korang jatuh sakit. Sampai ke satu tahap yang serius, usus mungkin mereput dan perlu dibuang sedikit bagi memudahkan proses berak, seperti yang dihadapi oleh seorang pesakit dari China. Sanggup ke korang hadapi situasi ni? Aku tak rasa korang sanggup.

Kelima, kesihatan. Makan boleh dicari, dibeli. Tapi kesihatan tak boleh dicari atau dibeli. Apa yang korang boleh beli cuma pil kesihatan, supplement dan rawatan hospital je. Disebabkan perut, semua jadi sakit dan maintenance pun meningkat. Sebelum sakit memanglah korang tak kisah, tapi bila sakit dan pike pasal mati, baru sibuk nak jaga perut. Jadi, bersenam la siket. Utamakan kesihatan korang.

Keenam, sayangilah perut anda. Macam slogan Vitagen. Kalu anda tak sayang perut anda, siapa lagi? Takkan jiran sebelah kot? Lagipun, perut korang bukan tempat pembuangan sampah.  Korang tau kan macam mana bau tempat lupus sampah? 
_______________________________________
Okeh, setakat tu je. Entri ni bukan nak kutuk gaya makan seseorang, cuma nak ingatkan korang untuk makan dengan selamat di hari Raya jadi taklah sesak sangat hospital dan farmasi masa bulan Syawal. Kat sini aku titipkan pepatah urban untuk korang:

 "Kerana ayam badan terancam, kerana minyak susah nak berak, kerana lembu perut tak tepu, kerana santan binasanya badan."

Hhahaha, selamat berhari raya ;)

#tmg2013

No comments:

Post a Comment