Tuesday 20 August 2013

Kebimbangan Trend Jenayah di Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia, sesungguhnya aku sangat concern dengan topik yang dibincangkan. Sejak kebelakangan ni, jenayah tembak sangat menjadi-jadi. Tauke bisnes, cikgu sekolah, orang biasa pun turut dijadikan mangsa. Sebelum ni, kes rogol bunuh, rogol bakar atau rogol luar tabii pernah menjadi berita tidak best untuk didengar. Dan sebelum ni, ada kes simbah asid kat traffic light, ragut ibu mengandung dan berita paling menepati piawaian, dadah. Adoh, apa nak jadi dengan manusia akhir zaman ni?


Kes Rogol
  • Noor Suzaily Mukhtar, seorang jurutera komputer telah dirogol oleh Hanafi Mat Hassan di dalam basnya sendiri yang bercermin gelap. Kejadian berlaku pada sebelah pagi dan pihak polis mendapati mangsa telah dirogol dengan ganas, diliwat dan dibunuh.
  • Canny Ong Lay Kian, penganalisis teknologi maklumat telah dirogol oleh bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris. Menerusi CCTV, Ahmad Najib dipercayai mengacukan senjata pada mangsa, merogol mangsa, membunuh mangsa dan kemudian membakar mangsa dengan menindihkan mangsa di bawah tayar.
  • Mangsa termuda, Nurin Jazlin Jazimin yang berusia 8 tahun pada 2007 telah ditemui mati dan dibungkus dalam sebuah beg. Mangsa dikatakan telah diculik dan dirogol (atau lebih tepat, penderaan seksual) dengan memasukkan timun dan terung ke dalam lubang kemaluan mangsa. 
  • Ilya Nabilah Rosnata, 19, ditemui mati dibunuh dengan kejam di Sungai Bagan, Pulai Chondong, Machang pada tahun 2010. Mangsa dipercayai telah dirogol, diikat pada sebatang pokok dan ditikam sehingga mati.
  • Nurul Huda Ghani, 10, telah dirogol oleh secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki di dalam pondok kawalan pencawang elektrik di Tanjung Kupang pada 2004. Mangsa dikatakan keluar ke kedai runcit berhampiran untuk membeli sedikit barang dan perlu melalui kawasan pencawang tersebut yang terletak 500m dari rumahnya.
  • Seorang atlet bola baling SUKMA 2013 telah dirogol secara bergilir-gilir di perkampungan atlet di Kuala Lumpur. Mangsa dikatakan mabuk oleh minuman alkohol yang dibawa secara haram ke dalam perkampungan tersebut.
Kes Simbah Asid
  • Dua sahabat disimbah dengan asid di Kampung Merchang, Marang Terengganu ketika tidur oleh individu yang tidak dikenali. Motif kes dipercayai disebabkan oleh perasaan cemburu dan menyebabkan mangsa, Mohd Fadzil, 18 dan Shahrulzaman, 38 melecur teruk di muka dan badan.
  • Pada Ogos 2013, seorang mangsa wanita telah disimbah dengan asid ketika dalam perjalan pulang ke rumah. Mangsa dikatakan telah diserang oleh dua orang lelaki dan kejadian berlaku di kompleks membeli belah Ampang Point. Mangsa mengalami kesan lecuran 10 peratus di muka termasuk matanya.
  • Seorang kakitangan bank disimbah dengan asid di Jalan Tan Cheng Lock pada 2011. Tetapi mangsa selamat kerana tidak membuka cermin kereta.
  • Seorang lelaki berusia 27 tahun telah disimbah asid oleh tiga orang lelaki ketika berjalan bersendirian di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada tahun 2011.
  • Pada tahun yang sama (2011), beberapa kes simbah asid dicatatkan seperti kes simbah asid terhadap ibu dan anak di Persiaran Titiwangsa, peguam wanita yang diserang di tempat parkir kereta Jalan Putra, dua eksekutif pemasaran disimbah asid di Jalan Tun Sambanthan, seorang  guru diserang di Jalan Sultan Abdul Samad Brickfields dan juga seorang guru serta 8 orang pelajar SK Bukit Bandaraya Bangsar diserang oleh dua orang penunggang motosikal.
  • Seorang guru dan seorang pelajar disimbah dengan asid pada 2012 di hentian bas Batu 17, Rawang. Motif sebenar ialah jenayah ragut. Guru tersebut mengalami kecederaan serius dan dirawat di Hospital Selayang namun meninggal dunia akibat kecederaan teruk di muka, tangan dan badan.
  • Kes simbah asid berantai di Lembah Klang merupakan kes simbah asid paling teruk yang melibatkan 5 orang wanita India, dua wanita dalam lingkungan 20-an disimbah asid di Jalan Pudu Lama, dan juga beberapa orang wanita berketurunan Melayu menjadi sasaran di sekitar Sentul, Brickfields dan Dang Wangi.
Kes Ragut
  • Dua orang wanita Cina maut akibat kes ragut pada 2004. Mangsa, Chin Wai Fun, 38, koma selama 18 jam akibat terhantuk pada benda keras ketika bergelut dengan peragut di Brickfields manakala kerani akhbar Nanyang Siangpao, Chong See Cheng, 37, turut mengalami kejadian yang serupa.
  • Seorang wanita hamil 2 bulan, Jamilah Selamat, 31, maut akibat diragut oleh suspek yang menunggang motosikal curi di Taman Ayer Hitam, Batu Pahat pada tahun 2009.
  • Wanita hamil 3 bulan, Saripah Mohd. Nor, 33, maut akibat diragut oleh suspek yang berusia 25 tahun di Kampung Padang Raja, Ketereh. Suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah. 
  • Seorang ibu mengandung 4 bulan telah diragut oleh tiga orang suspek yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 24 tahun. Kejadian berlaku di Miri pada 2011.
  • Pada 2013, seorang surirumah yang mengandung 5 bulan di Temerloh bergelut dengan peragut yang cuba meragut beg tangan dan rantai miliknya di sebuah pusat membeli belah di Mentakab. Cubaan meragut itu gagal kerana dibantu oleh suami dan pengawal pusat membeli belah.
  • Ibu empat anak nyaris menjadi mangsa ragut ketika bersolat di Masjid Chendering. Suspek dikatakan menutup mukanya dengan tuala dan bertindak mencengkam bahu mangsa dengan kuat namun cubaan gagal kerana mangsa menjerit dan jemaah lain segera memberhentikan solat.
  • Seorang pembantu klinik swasta, Rohaini Abdullah, 36, hampir putus tangan kirinya akibat ditetak peragut di hadapan pusat penjualan tudung di Jalan Sultanah Zainab. Cubaan gagal apabila mangsa tidak berhenti menjerit meminta tolong dan bergelut dengan peragut sehingga ke tepi jalan walaupun tangan kiri mangsa ditetak sebanyak 7 kali.
  • 17 kes ragut telah berlaku di Butterworth dan 5 kes di Mak Mandin serta Teluk Air Tawar pada 2013. Pihak polis mendapati mangsa ragut kes tersebut terdiri dari golongan wanita.

Kes Tembak
  • Seorang guru di Bachok, Kelantan mati ditembak oleh individu yang tidak dikenali. Guru muzik, Hashim Mat Zain, 43, mati di tempat kejadian selepas terkena 3 das tembakan di bahagian dada dan bahu kanan pada Julai 2013.
  • Seorang guru di Kulim, Kedah mati ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang 4 Keladi pada Julai 2013, beberapa hari selepas kejadian tembak guru di Bachok. Mangsa, K. Shanmugam, 45, ditemui berlumuran darah dalam kereta Toyota Wish miliknya.
  • 6 das tembakan dilepaskan di sebuah banglo ahli perniagaan pada 8 Ogos namun tiada kecederaan dilaporkan.
  • K. Veerapan, 37, maut selepas terkena lebih 10 das tembakan di lampu trafik Jalan Anson oleh individu tidak dikenali pada Ogos 2013.
  • Mangsa, Chong Peng Meng, 43, dan juga seorang penjaga kelab terkena beberapa das tembakan oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar. Mangsa cedera di bahagian paha.
  • Seorang lelaki yang minum bersama rakan-rakannya di Jalan Besar Kapar, Klang mati ditembak dari jarak kira-kira 3 meter berhampiran dengan sebuah bank. Mangsa, S. Shambath, 27 telah didekati oleh dua lelaki yang menunggang Yamaha 125z yang tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan tembakan tersebut terkena pipi dan badan mangsa.
  • Seorang lelaki memandu kereta mengalami kecederaan parah selepas ditembak oleh dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, Ipoh. Mangsa yang berusia 29 tahun menerima 6 das tembakan dari suspek yang memakai helmet full face.
  • Kejadian tembak berlaku sekali lagi di Kulim pada Ogos 2013. Mangsa yang berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pembantu di kedai telekomunikasi menerima satu das tembakan ketika mangsa baru sahaja balik kerja dan berehat di ruang tamu.
  • Seorang lelaki warganegara India yang berusia 31 tahun telah diserang dan ditembak oleh sekumpulan individu yang bersenjatakan parang dan pistol. Mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal dan kejadian berlaku di Senai.
  • Pengasas Kumpulan Perbankan ArabMalaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, 75, maut ditembak selepas terkena 2 das tembakan di dada di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur manakala isteri beliau cedera ringan di pergelangan tangan kiri dan paha kanan. 
  • Sepasang suami isteri di Kota Tinggi yang menjalankan perniagaan katering ditembak oleh individu yang tidak dikenali. Namun pasangan tersebut terselamat kerana polis percaya mangsa bukanlah sasaran tembakan jarak jauh sebaliknya mereka berdua terkena peluru sesat.
  • Seorang peniaga emas di Pandan Indah, Wong Foo Yui ditembak di bahu pada 2 Ogos oleh individu yang tidak dikenali namun beliau terselamat selepas melarikan diri dari penembak.
  • Bekas banduan yang dibebaskan dari penjara, N. Jeevandran, 26 mati ditembak 4 kali di dada ketika tidur di rumahnya pada 3 Ogos.
  • J. Singh, 25, mati akibat tembakan di lehernya manakala dua rakannya yang cedera telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Mangsa dikatakan telah ditembak ketika sedang minum bersama rakan di restoran yang berhampiran dengan Kampung Simee.
  • Bermula dari 12 April 2013 sehingga Ogos 2013, 30 kes tembak telah dilaporkan dan kebanyakan penembak menunggang motosikal bagi memudahkan jenayah dilakukan.
p/s: Mudahnya nak cabut nyawa orang. Mudahnya bagi setan menang. Mudahnya ikut hawa nafsu. Pendek kata mudahnya nak susahkan orang. Semoga Tuhan permudahkan orang macam ni terima balasan cepat.

#tmg2013

Ruj:

Sinar Harian artikel kes simbah asid jadi kes bunuh/Ssupek kes tembak guru/ Lelaki maut ditembak ketika minum/Cedera parah ketika memandu/pembantu kedai ditembak/ Warga India kritikal ditetak ditembak/Pengasas AmBank ditembak/ Suami isteri nyaris terkena peluru sesat
PMR penerangan gov artikel Waspada dengan kes simbah asid
Astro Awani artikel Polis kenal pasti suspek simbah asid/Atlet SUKMA dirogol/Pulau Pinang mahu bantu polis tangani kes tembak
Borneo Post artikel 23/07/2010
OhTidak! artikel 8 pembunuhan kejam yang misteri di Malaysia/ senarai kes tembak di Malaysia
Nasihangit artikel OMG senarai top 10 penjenayah terkemuka
GreenBoc blogspot artikel kes simbah asid janda 24
BeritaHarian artikel 2 suspek kes simbah asid ditahan
Utusan.com artikel Polis yakin selesai kes ragut
Mstar artikel Suspek kes ragut ditahan
Mummynemo artikel Wanita hamil 4 bulan diragut
BeritaHarian artikel Wanita hamil lawan peragut
Amenoworld blogspot artikel Wanita diragut ketika solat
Addin77 blogspot artikel Kes wanita ditetak hampir putus
Facebook PDRM
Wasukalu.com artikel Guru mati ditembak di Kulim



No comments:

Post a Comment