Friday, 2 August 2013

Mumia Seluruh Dunia

[Sekarang masuk bulan lapan, saja nak tukar subjek entri...heh]

Mumia-mumia Penglipur Lara

Mumia merupakan mayat manusia atau haiwan yang diawet, sama ada diawet secara sengaja ataupun disebabkan oleh alam sekitar. Seperti yang korang tahu, mumia Mesir sangat terkenal di seluruh dunia dan dah pun dijadikan filem seperti The Mummies, Mummy Return termasuk juga filem fantasi dari Perancis iaitu The Extraordinary Journey of Adele Blanc Sec, kalau tak silap. Serious, cerita si Adele Blanc Sec itu sangat pelik tapi best.

Semua orang tahu betapa glemernya mumia Firaun Tutankhamun. Tapi tak ramai yang tahu ada banyak lagi mumia di seluruh dunia. Jadi aku nak share sikit.

Chinchorro
Kaum Chinchorro antara kaum di Amerika Selatan yang terawal memumiakan manusia, sejak 7000 tahun yang lalu. Kaum ini diberi nama sempena dengan nama tempat di Chile dan hidup sebagai nelayan. Kaum Chinchorro ini percaya dengan kehidupan selepas mati jadi apabila ada kematian dalam masyarakat, mereka akan awet mayat tersebut dan jadikan mayat itu nampak 'hidup' seperti manusia yang masih hidup. Untuk memumiakan mayat, mereka keluarkan organ dalaman, tulang dan kulit. Badan mayat dibiarkan mengering untuk beberapa tempoh. Bila seluruh badan mayat dan kering dek panas matahari, mereka ikatkan kayu di kaki, lengan dan tangan sebagai pengganti tulang dan disapu dengan lumpur. Muka mayat ditutup dengan tanah liat dan dikeringkan sekali lagi sebelum dicat  dengan warna hitam atau merah. 


Lelaki Ais (Ice Man)
Lelaki Ais ialah mumia yang tertua di Eropah, mati pada 5300 tahun yang lalu. Proses mumia Lelaki Ais ini terjadi secara semulajadi, dan ia berlaku pada lewat Zaman Ais. Mumia Lelaki Ais ini dijumpai di dalam glacier oleh pendaki gunung di utara Itali pada 1991. Dengan kedudukan dan cuaca gunung ais yang sangat sejuk dan bebas bakteria, mayat Lelaki Ais ini terawet dengan sendirinya dan pakaian yang dipakai oleh Lelaki Ais juga turut terawet sekali. Proses mumia Lelaki Ais ini dikatakan sempurna kerana kulitnya masih elok dan biji mata juga tidak rosak.


Lelaki Tollund  (Tollund Man)
Lelaki Tollund ialah mumia yang ditemui di bawah tanah gambut di Tollund, Denmark pada
antara mumia
terbaik
1950. Lelaki Tollund dipercayai mati sekitar 2300 tahun yang lalu. Semasa Lelaki Tollund ditemui, ada segulung tali dilehernya. Menurut teori, Lelaki Tollund ini mungkin digantung sebagai upacara korban. Proses mumia Lelaki Tollund dikatakan sangat sempurna kerana garis kedut di muka, bentuk dagu, kening dan mulut mumia tersebut kelihatan sangat jelas, seolah-olah seperti sedang tidur. Tetapi, hanya kepala Lelaki Tollund dapat diselamatkan dan dipelihara manakala badannya pula dibiarkan kering.


Lelaki Grauballe (Grauballe Man)
Mumia ini juga ditemui di dalam tanah gambut, di kampung Grauballe, Denmark pada 1852. Lelaki Grauballe ini dipercayai telah dibunuh 2300 tahun yang lalu, lehernya dikelar dan dibiarkan kesakitan sampai mati. Badannya dicampak ke dalam tanah gambut yang berlumpur, dan terawet secara semula jadi tetapi kulitnya bertukar menjadi coklat gelap akibat kesan asid di dalam tanah tersebut.


Mumia Windeby
Mumia seorang remaja perempuan yang mati 1900 tahun yang lalu ditemui di Windeby, Jerman. Apabila ia ditemui, matanya ditutup dengan kain, rambutnya dipotong, atau dicukur, dan ada seketul batu besar diletakkan di atas badannya. Remaja ini dipercayai dilemaskan terlebih dahulu tanpa mengetahui siapakah yang membunuhnya.


Mumia Y-de atau Ay-de
Y-de ialah mumia remaja perempuan Belanda yang ditemui di dalam tanah gambut berlumpur di Netherland pada 1900 tahun yang lalu. Y-de dipercayai telah ditikam, dicekik dan dibuang ke dalam tanah gambut. 


Lelaki Lindow (Lindow Man)
Lelaki Lindow ialah mumia yang ditemui di Lindow Moss, Cheshire, England pada 1984. Mumia ini ditemui dalam keadaan kemek dan teruk. Menurut kajian, Lelaki Lindow mati ketika berusia 20 tahun dan makan makanan yang beracun sebelum mati, samada sengaja atau tidak sengaja. Terdapat kesan hentakan di tengkorak Lelaki Lindow, kesan jerut di leher, dicekik dan lehernya dikelar. Lelaki Lindow ini mungkin dibunuh sebagai korban untuk satu upacara agama.


Mumia Inca, Peru
Mumia Peru yang terletak di Peru, Amerika Selatan antara mumia yang terkenal kerana mumia didudukkan dan lutut didekatkan dengan dagu. Kemudian, mumia dilapiskan dengan beberapa lapis kain sehingga mumia kelihatan seperti bungkusan. Pada sekitar 1500, apabila pihak Sepanyol datang menjarah, mereka telah membakar mumia Inca sebanyak 1365 dalam masa empat tahun.


Mumia anak Inca
Mumia ini ditemui 6300 meter di atas Gunung Ampato, Peru dan dipercayai mati untuk korban upacara agama. Semasa ditemui, mumia ini dihias dengan emas, perak dan beberapa persembahan lain. Salah satu mumia ini dikatakan sempurna kerana keadaan rambut, raut muka dan kulit yang masih elok. Ia juga dikenali sebagai La Doncella, yang bermaksud 'The Maiden.'


Pazyryk
Kaum Pazyryk di Siberia, Russia mengebumikan pemimpin mereka di dalam tempat berais pada 2500 tahun yang lalu. Pada 1993, kawasan kubur ais kaum Pazyryk telah digali dan menemui mumia wanita yang beku. Mumia itu dihias dengan pakaian sutera, kapas dan memakai kasut but kulit haiwan. Tatu kijang di kulit mumia itu juga jelas kelihatan.


Lelaki Cherchen (Cherchen Man)
Mumia ini ditemui di gurun Taklamakan, China. Mumia ini terawet secara semula jadi disebabkan bahang panas gurun, dan pasir yang masin. Ia dipercayai mati 3000 tahun yang lalu dan mumia ini mempunyai raut wajah seperti Indo-Eropah, bukan orang Cina.


Vu Khac Minh
Vu Khac Minh ialah sami Buddha di Vietnam. Pada 1639, apabila menyedari dirinya semakin hampir dengan kematian, sami itu telah mengurung dirinya sendiri di dalam bilik selama 100 hari atas tujuan meditasi. Selepas 100 hari, sami itu ditemui mati dan terawet menjadi mumia.


Mumia Inuit
Enam orang wanita dan dua orang kanak-kanak Inuit ditemui di Greeland pada 1972. Keadaan sejuk dan beku telah menyebabkan mayat mereka terawet secara semula jadi.


Lady Cheng
Mumia Lady Cheng di China antara mumia yang terbaik di dunia. Lady Cheng mati pada 2100 tahun yang lalu dan mayatnya diletakkan di dalam keranda yang berisi cecair pelik yang mengandungi merkuri. Kemudian, kerandanya ditutup dan diletakkan di dalam keranda yang seterusnya, satu demi satu. Kemudian, keranda itu dikuburkan di dalam timbunan arang dan tanah liat, jauh dari air dan udara supaya mayatnya terpelihara. Apabila kubur Lady Cheng digali oleh pihak saintis atas kerjasama Discovery, mayat Lady Cheng didapati sempurna; kulitnya masih lembap seperti manusia yang masih hidup dan organnya juga masih segar.

_____________________
Ruj:
Over 1000 Fantastic History Facts: Miles Kelly (2012)
Ancient Egypt: Hermes House (2010)
Discovery Channel
Youtube.com

#tmg2013

No comments:

Post a Comment