Wednesday, 7 August 2013

Raya Tahun 90an

Raya, semua orang sibuk nak raya. Aku plak sibuk mike urusan yang tak selesai. Apehal payah beno nak setel ni? Heran aku. Dah bermacam benda aku buat, tak menjadi jugok. Ntah, rezeki belom sampai agaknya. Sabar jelah, kot2 lepas raya melimpah rezeki den...[dan bertingkek-tingkek lah duit den]. Amin.

Okey, kembali ke topik asal. Amende yang aku merapu kat atas ni? Luahan perasaan kot? Takpelah, blog aku. Ikut suka akulah nak mencarut ke hape. Tapi kali ini, aku nak mencarut lebey pasal raya. Yap, pasal raya. Di saat orang ramai bergumbira melabur duit ke shopping complex, di kedai ayam dan daging, juga di kedai perabot, kita terlupa seketika pasal kisah raya kita dahulukala. Cuba pandang rumah anda. Ada perbezaan kan masa dulu dan masa kini? Apakah perbezaan itu? Raya pada zaman dulu, terutama sekali tahun 90an ada banyak perkara nostalgia. Siyesly, aku sendiri tak paham apesal aku asek cakap pasal nostalgia sejak akhir2 ni, macamlah aku ni tua sangat. Tapi siyesly, aku dah ulang dua kali perkataan ni, raya tahun 90an memang nostalgia. Nak tahu apa yang membuatkan aku tetiba log in pasal perkara ni? Ah, agaknya betullah. Aku memang dah tua, sebab tu asek cakap pasal nostalgia.

Tapi, peduli apa aku...hak, hak~

Raya tahun 90an ada bermacam-macam jenis. Dari segi pakaian, baju raya kebanyakannya pattern berbunga-berbunga [bagi yang pompuan la, kalu lelaki yang pakai aneh la jawapannya] dan mempunyai kaler yang agak cerah tetapi klasik. Kalu dari segi mekap, siyesly, pompuan era 90an suke beno gincu merah dan pensel bibir. Nampak bibir je dari jauh. Masa tahun tu jugak, pompuan suke pakai emas. Emas bertempel-tempel kat leher, kat tangan, kat jari. Tapi zaman skang? Korang try la pakai emas tulen bertingkek-tingkek, maunya pencuri pun datang bertingkek-tingkek..heh.

Dari segi hiasan rumah, orang dulu2 suka kerusi kayu. Aku masih ingat kerusi kayu kat rumah aku, sarung kusyen belang2 macam kuda belang. Yang kelakaunye, kaler belang tu nampak sangat klasiknya- kelabu, putih, merah. Korang cariklah rumah mana yang masih pakai sarung kusyen tahun 90an macam tu, itu pun kalu korang jumpe. Tapi, kalu betul jumpe, bagitau tau *sengih

Seterusnya, pasal hiasan rumah. Masa tahun 90an, mak2 kite suke sangat hiasan teko tanah liat. Ada yang bentuk buah jagung, ada yang bentuk macam nanas, ada yang bentuk macam manggis. Mak aku pun suke hiasan ni, siap simpan dalam almari kaca lagi padahal bukan boleh pakai pun teko tu. Buleh je kalu nak pakai, kalu rasa nak keracunan minuman. Korang masih ada hiasan teko tanah liat ni? Kalu ada, gilap2 la sikit, kasi nampak cantik tahun ni. Nostalgia tu...

"Ni kalo tak nampak
memang sah ko bute!"
Lagi seterusnya, pasal hiasan dinding. Dulu, kalu pergi beraya rumah kawan parent, aku nampak hiasan cenggini kat rumah diorang. Aku pike, wah, kayo diorang ni. Ada jam tangan besar kat dinding. Mana diorang beli jam tangan besar macam tu? Maka timbullah kemusykilan aku di situ, padahal jam tu memang jam dinding, cuma bentuk je macam jam tangan. Dulu aku nak sangat parent aku belikan jam tu, letak kat dinding sebab jam tu besar. Tapi sekarang, aku belikan D.I.Y wall clock je. Lagi besar. Baru pueh hati den!

Dan seterusnya, pasal hiasan rumah lagi. Eh apesal cakap pasal hiasan rumah je dari tadi? Sukati aku la. Sebab aku suka bab ni. Lagi2 pasal hiasan kipas tangan yang besar kat dinding rumah, siap ada kaligrafi jawi lagi. Tahun 1997, tahun tu parent aku beli kipas tangan besar untuk dijadikan hiasan Hari Raya. Bak kata Eric, kipas tangan tu jadi picture wall. Picture wall la sangat. Pada zaman tu, kipas tangan besar berkaligrafi jawi sangat femes dan sesungguhnya sangat dituntut untuk ada sebijik di dalam rumah. Apabila tahun berlalu dan selera pun berubah, kipas tangan tu pun jadik kenangan je. Dah tak ramai yang gantung kipas tu di rumah, melainkan kipas siling je tiga empat buah.

Kendian, kad raya. Dulu, semua orang sibuk pasal kad raya. Ko dapat bape keping? Bape banyak kad raye ko dapat? Hok, macam tulah soalannya. Sape dapat sikit dah sah2 korang tu tak femes, macam aku lah. Dapat dari adik beradik, kazen sorang dua dan kawan tak bape nak ramai. Dulu, posmen keje overlimit hantar kad raya, kadang2 sampai marah sebab banyak sangat. Tapi aku rasa, posmen zaman skang mesti rindukan keadaan tu. Pada tahun 90an, posmen merupakan golongan yang sangat dinanti-nantikan. Skang, henpon jadi pengganti. Lagipun, Facebook kan ado?

Warisan nenek ni
Dan tetiba, aku terkenang tempat letak biskut. Dulu, mak aku pakai bekas kaca. Orang dulu2 suke beno bekas kaca. Semua bende nak kaca. Tahun seterusnya, mak aku tukar pakai bekas plastik yang boleh pusing2, dah macam game Roda Impian [saya pusing, Halim!]. Selepas tu, mak aku guna botol kedap udara. Lepas tu, mak aku hias botol kedap udara tu dengan reben, masa tu semua orang sibuk pasal reben. Bakul pun kene reben, dulang pun kene reben. Tahun seterusnya, orang sibuk pakai bakul rotan. Mak aku pun pakai bakul rotan. Dan sejak kebelakangan ni, orang sibuk pakai botol tumbler kaca yang berwarna warni. So, korang nampak kan transition tempat letak biskut dari dulu sampai sekarang? Everything is about trend and fashion.

"Korang hade?"
And again, aku nak sebut lagi pasal hiasan rumah. Siyesly, aku rasa raya tahun 90an is about hiasan rumah. Masih ingatkah korang dengan hiasan sudu dan garpu besar kat dinding rumah? Kitorang tak ada hiasan tu. Aku dimaklumkan pada masa tu, hiasan sudu garpu besar sangat mahal. Sekukuhnya aku kagum ngan hiasan giant macam ni. Aku pun tak tau pesal kukuh sangat kekaguman aku terhadap bende camtu. Sepertimana aku admire ngan jam tangan besar kat dinding, macam tu jugaklah perasaan aku setiap kali aku terpandang hiasan tu di rumah orang. 

Dan yang terakhir [dan agak samar2 dalam kepale otak], orang dulu suke pakai hiasan renda. Terutama sekali kotak tisu, hiasan renda melempai panjang je ke bawah. Semua benda mak korang nak cover dengan renda. Especially atas TV, maklumlah TV dulu2 macam kotak sikit ghupenye. Skang, tak dapeklah renda tu nak cover TV sebab TV skang TV flat screen. Nama pun dah flat, so sungguh kelakau lah ghupenye kalu diletak cover renda kat atas. 

Ada banyak lagi sebenarnya trend hari Raya tahun 90an, kisah lampu cili liplap, hiasan bingkai gambar besar muka Mickey Mouse dan sebagainya [actually tu hiasan rumah aku masa raya dulu2...haha]. Memandangkan aku tak bley nak pike lagi, aku biarkan korang tenggelam sebentar dalam kenangan raya korang masa tahun 90an. Aku tau, ada banyak kenangan di situ.

Jadi, selamat Hari Raya untuk semua~

#tmg2013

2 comments:

  1. hahahaha hiasan mickey besar....tenggelam oleh arus masa

    ReplyDelete