Sunday, 20 October 2013

Ada apa dengan Kanchana?

Hari ni, ada satu movie Tamil kat Astro channel 231 HD. Awal cerita tu aku tak peduli sangat sebab aku lapar. Then, bila aku tengok betul2, barulah aku perasan cerita Tamil tu cerita seram. Aku tak tahu macam mana nak explain ke-best-an cerita tersebut ^^

Ada apa dengan Kanchana?

credits: xobuta.com
Kanchana tu nama movie yang diarahkan oleh Raghava Lawrence yang juga berlakon menjadi watak utama dalam movie tersebut. Nak dijadikan cerita, movie ni pasal keadilan dan balas dendam- memang sangat tepat ending movie ni sebab hantu tu memang betul2 balas dendam, takda kesian. Jadi aku sangat puas hati dan puas mata sebab scene geram dan benci dengan ketidakadilan tu digambarkan dengan baik, ending pun berakhir dengan baik.

Jalan cerita Kanchana.

Kisah Kanchana ni bermula dengan seorang anak muda yang tak bekerja-penakut-kaki kriket yang bernama Raghava. Pada suatu hari, Raghava dan kawan-kawannya dipaksa keluar dari padang kriket yang selalu diorang gunakan. Jadi mereka semua masuk satu kawasan padang kosong yang dikatakan berhantu. Masa diorang bermain kriket di padang tersebut, cuaca tiba2 bertukar jadi buruk. 

Akibatnya, diorang pun lari bertempiaran selamatkan diri.

Raghava cuba lupakan kisah tersebut dengan mengusik adik kepada kakak iparnya yang bernama Priya yang datang melawat. Dalam masa yang sama, beberapa perkara ganjil berlaku di rumah dan menyebabkan mak Raghava ketakutan. Kemudian mak Raghava mengupah dua orang dukun untuk menghalau hantu yang tiba2 muncul di rumah mereka. Apabila dukun itu mendakwa mereka dah halau hantu tersebut dan dapat bayaran dari mak Raghava, hantu itu merasuk Raghava dan mengubah Raghava dengan sekelip mata.

"Sekejap jadi jantan, sekejap jadi betina, sekejap lagi jadi terencat..."

Mak Raghava berjumpa dengan pelbagai jenis dukun untuk mengubat Raghava tetapi tak berjaya. Raghava semakin pelik apabila mula pakai sari, kencing merata-rata, mengamuk, dan letak tanda dahi seperti seorang perempuan Hindu. Kemudian, seorang dukun Islam yang bernama Salim Bhai menemui cara untuk mengubat Raghava, dan hantu yang merasuk Raghava dipaksa keluar dari badannya.

Hantu itu bernama Kanchana.

Kisah hidup Kanchana bermula sebagai seorang budak lelaki lembut yang bernama Karthik. Oleh sebab sifatnya yang lembut (atau disebut sebagai pondan), mak bapak Karthik berasa malu dan menghalau Karthik yang masih muda keluar dari rumah. Kemudian Karthik diambil sebagai anak oleh seorang lelaki Muslim yang mempunyai seorang anak lelaki terencat dan dia diberi nama baru- Kanchana. Kanchana akhirnya menjadi transgender dan mengangkat seorang lagi transgender yang bernama Geetha untuk dijadikan anak. Kanchana bekerja keras setiap hari agar impiannya sebagai doktor dapat dilaksanakan oleh Geetha. Akhirnya, Geetha berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke luar negara, manakala Kanchana pula menanti kepulangan anaknya dengan membeli sebidang tanah dengan niat untuk dijadikan tapak hospital.

Tetapi, dokumen tanah Kanchana telah ditipu oleh wakil rakyat Shankar. Kanchana bukan saja ditipu, malah dia dan keluarganya dibunuh oleh oleh Shankar. Sebelum mati, Kanchana bersumpah untuk tuntut keadilan *dalam bahasa Tamil

Jadi, dari situlah bermulanya gangguan hantu Kanchana yang merasuk Raghava dan membunuh ramai pengikut Shankar. Sungguhpun hantu Kanchana berjaya dikurung di dalam botol oleh Salim Bhai dan dicampak ke dalam laut, Raghava berasa simpati dengan nasib Kanchana. Akhirnya, Raghava melanggar pantang yang ditetapkan oleh Salim Bhai dan Kanchana bangkit semula pada malam pesta memuja dewi.

Nak dipendekkan cerita, Kanchana berjaya membunuh Shankar dan semua pengikut wakil rakyat tersebut selepas memohon keadilan dari kuil Narasimha, dengan simpati Raghava dan bantuan balas dendam dari bapa angkat dan adik angkat Kanchana. Beberapa tahun kemudian, hospital Kanchana berjaya disiapkan dan Geetha kembali untuk merasmikan hospital tersebut. Apabila beberapa orang samseng cuba untuk mengganggu majlis, Raghava berdepan dengan mereka dengan wajah yang marah,

Kanchana kembali semula membantu Raghava menyelesaikan masalah :-)

[sedikit petikan movie dari Youtube]

Pengajaran: Keadilan pasti akan muncul- sebagai hadiah, dan sebagai hukuman.

p/s: Kanchana memang expert pasal topik balas dendam~
@themagi2013

No comments:

Post a Comment