Monday 2 June 2014

Artwork Artichoke

2nd of June, as always aku masih begini. Menunggu lampu hijau yang masih belum berkelip. Korang tak paham kan apa yang aku kata? Tak apa. Itu tak penting. This entry kali ini, tak ada kaitan dengan lampu hijau, atau artichoke. Aku saja letak nama sayur tu sebab perkataan 'art-' kat depan. Banyak sangat entry artwork. Nak pilih tajuk pun susah.

Sebenarnya artwork kali ni bulan lepas punya. At end of May. Tapi aku tak upload sebab nak kasi penuh list dalam bulan Jun. Lagipun line tenet buruk. Aku tak boleh buat apa, network punya pasal. Okay, setakat ni je preface (preface ke ni?). Ayuh kawan2, mari lihat~

Drinking for kids...semestinya Dutch Lady atau
Dugro. Aku pilih title ni bersempena dengan lagu
feveret aku, Drinking for Kids by The Growlers.
FYI, lagu tu bukan pasal minuman untuk budak2. 
Gambaru, artwork ni diinspirasikan daripada makna
pepatah Jepun- Fall Down 7 time, Get Up 8. Aku
cuba relate semangat Gambaru ni dengan aku.
Problem had thousand faces, isn't it?
Happy Teacher's Day! Kakak aku cikgu, ini
artwork untuk celeb hari guru. Cikgu zaman
sekarang, otak berserabut. Malang sekali
pelajar zaman sekarang perasan pailang...ha3
Little Miss Jack; lagu The Growlers pasal
roadkill. Aku tak tahu apa kene ngan aku
tapi aku memang suka lagu2 creepy. Dan
ini lukisan creepy aku yang pertama.
Moon Princess merupakan artwork aku yang
paling clean setakat ni. Colouring pun bersih,
lining pun tak comot. Yang sedihnya, aku
kehabisan kaler kelabu dan hitam.
Sebelum lukis artwork ni, aku conteng2 buku
nota. Aku dapat idea ni selepas menconteng.
Bila dah siap lukis dan warna, aku bagi nama
One Million Lovers...tak relate sangat kan
dengan lukisan aku?
Tamaki, watak komik dari Jepun. Aku beli
yang translate punya, Rahsia Cinta Malam
Purnama. Korang boleh beli kat MPH. Teknik
lukisan Taamo ni bagus.
Okay, setakat ni je...ada lagi artwork aku yang bersepah. 
@themagi2014

No comments:

Post a Comment