Friday, 20 June 2014

Bendera-bendera Negara yang Unik

Pernahkah korang hairan, kenapa design bendera negara tu pelik? Unik? Atau tak masuk akal? Kalau korang pernah fikir macam tu, sama la kita. Out of nowhere, tiba2 aku teringin nak tahu. Dan ada yang suggest why not buat entri pasal bendera? Lagipun skang musim FIFA. Macam2 bendera yang muncul. Okay, mari buat list

Bendera-bendera yang Unik (pada pendapat aku...kalau korang rasa tak unik, buat entri sendiri)


Bendera LIBYA (1977-2011)

Bendera Libya tahun 1977-2011 merupakan satu-satunya bendera yang tak ada simbol tertentu, insignia negara ataupun detail yang lain dalam dunia ni. Cuma warna hijau. Rekaan bendera ini dikatakan menurut falsafah pemerintahan Muammar Gaddafi iaitu Green Book. Warna hijau juga dipilih kerana melambangkan Islam dan lambang kepada wilayah Tripolitania.



Bendera ANGOLA

Bendera Angola pada pendapat aku, agak menarik perhatian. Pada awalnya, bendera Angola dari 1975-2002 ada simbol ayam dan matahari. Bendera Angola sekarang ada simbol parang dan roda gigi.  Bendera Angola ni ada persamaan dengan bendera lama Soviet Union iaitu tukul dan sabit. FYI, roda gigi tu mewakili pekerja industri dan parang tu mewakili petani. Yang ironinya, penggantian simbol ayam kepada parang tu, macam ada sesuatu je nak disampaikan.



Flag of Barbados.svgBendera BARBADOS

Bendera Barbados menjurus ke arah laut. Warna biru kiri dan kanan membawa maksud ultramarine dan warna keemasan pudar tu mewakili pasir. Simbol trisula ialah berasal dari lencana kolonial Barbados dan membawa 3 maksud iaitu government of, for & by the people. Dalam masa yang sama, laut dan trisula tu juga simbol Poseidon, Dewa Laut yang berkuasa dalam legenda Greek. Banyak2 senjata dewa, trisula Poseidon juga yang glemer. 



Flag of Bhutan.svg
Bendera BHUTAN

Bendera Bhutan pun ada kaitan dengan legenda. Rekaan bendera ni dipengaruhi aliran Drukpa dari Tibetan Buddhism iaitu legenda Naga Guruh yang bernama Druk. Ukuran bendera Bhutan diukur semula mengikut saiz bendera India sebab bagi mereka, bendera India berkibar lebih baik berbanding bendera mereka. Apa yang menarik pasal bendera Bhutan ni, naga tu mengingatkan aku dengan naga Dragon Ball. Tapi sayang, mutiara naga tak cukup 7 bijik.



Flag of Nauru.svgBendera NAURU

Bendera Nauru iaitu warna biru, garis kuning di tengah, bintang di bawah garis kuning sebelah kiri. Pada pandangan pertama, curious aku dibuatnya- apahal bintang kat bawah garis kuning? Kenapa bintang bucu 12 tu terletak di sebelah kiri? Ni nak bagitahu. Nauru ialah negara pulau yang terletak 1 degree di bawah garis Khatulistiwa, mengarah ke sebelah kiri Lautan Pasifik. Bintang 12 tu mewakili 12 puak di Nauru. 



Bendera BURUNDI

Ini dia, satu lagi nama negara yang aku baru dengar. Bendera Burundi mengingatkan aku dengan keadaan simpang di jalanraya. Yang kat tengah tu macam roundabout. Sebenarnya, bendera ni direka dari bentuk saltire, membahagikan kawasan kepada 2 warna. Hijau tu maksudnya harapan dan merah tu perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Kaler putih merujuk kepada keamanan dan bintang 3 bijik tu simbol motto Burundi iaitu Unite (Unity), Travail (Work) dan Progres (Progress). 



Bendera St. LUCIA

Bila sebut pasal St.Lucia, nama ni sebijik serupa dengan nama member aku. Sejujurnya bagi aku bendera St.Lucia ni agak pelik dengan simbol segi 3 di tengah, dah macam piramid. Sekali tengok, macam tak ada maksud. Tapi bentuk piramid dengan 3 warna tu sebenarnya membawa maksud the land (golden yellow), the people (black ) dan the light (white). Warna biru cerulean tu mewakili Laut Caribbean. 



Flag of Qatar.svgBendera QATAR

Bendera Qatar, mengingatkan aku dengan resit kedai yang aku terima tempoh hari. Bahagian putih itu lebih kurang je macam kertas resit. Yang sebenarnya, warna putih tu mewakili keamanan, maroon tu simbol darah dan gigi 9 bucu tu mewakili 9 ahli Emiriah yang berdamai. Bendera ni sama je macam bendera Bahrain, yang bezanya ialah saiz ukuran bendera tak sama dan warna maroon digantikan dengan warna merah. Sukahati je aku kata bendera ni macam resit.



Flag of Kiribati.svgBendera KIRIBATI

Bendera Kiribati ni dah macam lukisan pemandangan. Ada laut, ada burung terbang, ada matahari terbit. Kalau ada orang letak gambar bendera ni kat ruang tamu, aku mungkin tak expect apa-apa. Mungkin aku ingat tu cuma lukisan. Sebetulnya, burung tu ialah burung frigatebird (juga dikenali sebagai burung perang atau burung lanun), simbol laut tu mewakili 3 kumpulan (Gilbert, Phoenix dan Line Island) dan 17 sinar matahari mewakili 16 kepulauan di Gilbert dan Banama (Ocean Island). Kiribati ialah bekas jajahan British.



Flag of Georgia.svgBendera GEORGIA

Nak tahu bendera apa yang ada unsur Matematik dan banyak simbol tambah (+)? Ini dia, bendera Georgia. Simbol tambah (+) tu sebenarnya lambang salib, tapi masa kecik-kecik aku andaikan negara ni suka subjek Matematik. Pernah juga aku tertanya-tanya, kenapa simbol tambah je? Darab, tolak, bahagi, sama dengan tu pun simbol matematik jugak. Bodohnya aku tanya soalan macam tu.



Flag of Macedonia.svgBendera Macedonia

Korang ingat bendera Jepun yang lama? The rising sun yang bersinar-sinar tu? Bendera Macedonia ni lebih kurang macam bendera Jepun lama. Tahun 1995, bermacam-macam cadangan rekaan bendera bagi Macedonia. Ada bulan, ada bintang, bentuk shuriken pun ada, cuma extra bucu. Kemudian, simbol matahari bersinar dipilih dengan warna merah kuning serupa dengan warna coat-of-arm Macedonia. Katanya, simbol matahari tu ialah 'the new sun of liberty' dan simbolik lagu kebangsaan Macedonia. The rising sun dan the new sun of liberty, topik utama tetap matahari terbit, kan?

*entri akan datang: Bendera Sama Tema
@themagi2014

Ruj: Wikipedia.org, Countries-ofthe-world.com, Photius.com 

No comments:

Post a Comment