Sunday, 15 June 2014

Artwork Artemis

Happy weekend! Lambat update blog, penat menyopping di siang hari (shopping le sangat) dan ketiduran di sebelah petang. So, dah tengah malam baru nak amek seat depan laptop.

Hari ni update entri pasal artwork, artwork lagi. Biasalah, artist katakan. Padahal, tak ada benda nak buat sebenarnya. Memandangkan idea menulis masih stuck di skala 6, aku spend masa melukis. Tajuk kali ni ialah Artemis sebab dalam word Artemis tu ada 'art-'. Tapi basically artwork aku kali ni memang typically 'Artemis' sebab kelima-limanya muka perempuan. Korang tau kan Artemis tu nama dewi pemburu dalam legenda Greek dan Rome? So, begitulah ceritanya.

*Dalam artwork Artemis, setiap dari lukisan tu diberi nama yang berkaitan dengan maksud penglihatan. Nanti korang check sendiri.

STARE
Nama artwork ni diberi sesuai dengan matanya yang
merenung korang. Asal idea nak buat emo tapi aku
decide jadikan artwork ni misteri dengan elemen mata
biru yang cerah. Dapat tak korang rasakan misteri tu?

GLANCE
Nama artwork ni diberi sebab karakter perempuan
ni sedang memandang ke satu tempat. Bayangkan
kalau dia tiba-tiba menjeling sebentar ke arah korang?
Rasa seram?
LOOK
Lihat, itulah yang aku nak sampaikan dalam artwork
yang ketiga. Karakter dilukis melihat ke arah sesuatu,
memberi perhatian tentang sesuatu dan memahami
sesuatu. Itulah yang kita buat setiap hari, kan?
SEE
Nama ni diberi mengikut posisi karakter. Kalau nak argue, see
dan look ni sama je maknanya tapi bagi aku, see membawa
perspektif fantasi dan imaginasi. Korang tak rasa SEE macam
memandang jauh ke dalam dunia yang tak wujud? Basically,
SEE sendiri pun tak wujud, kan?
WATCH
Aku rasa nama ni sesuai untuk karakter ni sebab dia
seolah-olah kata, "watch me.." kat aku dalam posisi feminin
gitew. Haha,  mengarut je aku ni. Tapi honestly, korang tak
rasa dia cakap begitu ke?

Dalam kelima-lima artwork Artemis ni, aku sediakan cara melukis (cara aku) step by step. Aku tak pro pun, tapi saje je nak share. Aku jadikan LOOK sebagai contoh.

  1. Mula2 sketch nipis shape muka. Pilih posisi muka, nak depan ke, tepi ke, tunduk ke, dongak ke. Ikut suka. Kalau tak pasti, rujuk majalah or muka sesiapa saja yang lalu depan korang.
  2. Lepas tu, bagi ton sedikit dalam sketch kasar tapi jangan terang sangat. Takut terbuat mistake, susah nak padam. Mulakan dengan rambut, atau muka. Ikut keselesaan.
  3. Dah pasti dengan kedudukan sketch korang? Tak nak tukar apa2? Sekarang masanya pekatkan ton. Guna pensel yang gelap seperti 5B, 6B.
  4. Teruskan dengan bahagian yang lebih detail; mata, hidung, mulut. Aku paling tak suka lukis hidung, tapi kalau artwork manusia tak ada hidung, peliklah kan?
  5. Ton bahagian detail dan juga shading muka perlahan-lahan. Pekatkan ton rambut dan bahagian atas mata dengan pensel lebih gelap. 7B dan 8B is recommended.
  6. Last sekali, hidupkan artwork. Tambah elemen yang membuatkan korang rasa lukisan anda 'hidup' di mata korang. Betulkan shading, setakat ni 2B dan 3Bpaling selesa
Tak kira apa yang korang lukis, walaupun orang lain mengkritik, kalau korang selesa dengan end result, pasti ada yang faham apa yang korang nak sampaikan.

The beauty of art, and Artemis :-)
@themagi2014

No comments:

Post a Comment