Monday, 16 June 2014

Something about Kuching?

maswing.com.my
Monday blues, title entri dalam English, bukan main lagi. Sepetang di depan laptop dengan panas teriknya, sambil menconteng-conteng dan layan lagu The Growlers, pendek rasanya akal nak menaip panjang-panjang. Something about Kuching, hometown aku. Kalau di-Google translate jadilah 'Ada apa dengan Kuching'? Ada la sedikit pembacaan aku di sesawang milik manusia. 


Aku nak share sikit sebelum tidur petang -_-


  1. Dahulu, Kuching dikenali sebagai Sarawak. Saiz Sarawak cuma sebesar Kuching.
  2. Peta Eropah abad ke-16 dan ke-17 mencatatkan Sarawak (Kuching) dikenali sebagai Cereuwa atau Cereua.
  3. Pemerintahan Brooke di Kuching sebenarnya terhenti setakat James Brooke je. Charles sebenarnya berketurunan Johnson. Ibu Charles dan James Brooke adalah adik-beradik.
  4. Di Kuching, jangan harap jumpa Roti Gardenia. Biasanya, order ngan member or family yang ada trip gi Semenanjung.
  5. themalaysiantimes (orang belanda
    dan orang utan)
  6. Kuching ada tujuh bandaraya kembar ataupun disebut sebagai sister cities; Kunming (China), Xiamen (China), Zhenjiang (China), Pontianak (Indonesia), Johor Bahru (Malaysia), Jeddah (Saudi Arabia) dan Guro (Korea Selatan).
  7. Universiti atau institut awam tak ada di Kuching. Yang ada semuanya swasta.
  8. Istilah 'Kuchingite' merujuk kepada 'orang Kuching'. Tapi istilah ni tak official.
  9. Dua spesis 'orang' yang mudah didapati di wetland Kuching ialah orang utan dan orang belanda. Mesra diorang ni.
  10. Bas awam beroperasi dari pukul 6 pagi sampai 6 petang je. Tak ada servis bas sebelah malam. Cuma RapidKL je kerja overtime.
  11. Kereta kegemaran orang Kuching ialah kereta-kereta yang pendek. Tak kisah apa jenama, oversea punya brand pun ada, asalkan pendek.
  12. Kuching ada satu tol. Bangga rasanya tak ada highway bertol-tol.
  13. Pantai yang available, FOC dan senang dikunjungi ialah DCove Pasir Panjang. Yang lain tu, berbayar, close area dan dah tempah baru boleh masuk.
  14. Area makan halal dan non-halal terletak sebelah-menyebelah, obviously di Open Air. Hari tu makan ABC, kat seberang aku terpandang kedai Nasi B*bi dan Pork Soup. Tapi aku tak kisah pun.
  15. Orang Kuching suka campur bermacam-macam dialek dan bahasa dalam percakapanharian. Diorang juga suka cipta vocab baru bagi menggambarkan sesuatu (aku dah mention dalam entri sebelum ni). 
  16. 21food.com (Lee Fah mee)
  17. Menurut Malaysian Insider, Kuching merupakan bandaraya ketujuh yang paling mahal dari segi kos sara hidup.
  18. Kuching bandaraya terbesar di Malaysia Timur.
  19. Ada banyak produk Kuching (Sarawak) yang tidak ada atau sukar didapati di Semenanjung. Sebagai contoh; mee segera Lee Fah, rusip, pes laksa Sarawak dan makanan segera Sugarbun.
  20. Tak percaya, James Wan, pengarah filem genre seram Insidious dan The Conjuring dilahirkan di Kuching. So, Encik Wan is Kuchingite.
  21. Orang Kuching suka jalan kaki. Sila lihat India Street. Tapi dalam masa yang sama, orang Kuching malas jalan kaki. Sila lihat mana-mana kedai makan yang dekat dengan jalan. Semuanya nak parking sebelah dengan meja makan. Lagi dekat lagi bagus.
  22. Cleaner Kuching sangat eco-friendly, menyapu sampah guna daun pelepah besar. Foreign tourists sangat kagum dengan idea cleaner tempatan.
  23. Local Kuchingite sangat peramah. Baru-baru ni aku pergi kedai kain, tiba-tiba makcik kat belakang bercakap dengan aku dan bercerita pasal kain dalam kedai. Another incident, ada makcik yang kerja di Astana duduk sama-sama di Pangkalan Batu, tiba-tiba bercerita pasal Astana dan rutin kerja setiap pagi. Very friendly people.
  24. Di Kuching ada banyak rumah Semi-D.
  25. Kuching banyak roundabout. One of Penang tourist kata roundabout Kuching sangat luas, boleh buat klinik kat tengah-tengah.
  26. nicolekiss.blogspot (WhiteLady)
  27. Whitelady ialah menu terkenal di Kuching. Pernah try kat foodcourt di TJ. Sangat cool and refreshing.
  28. Demak ialah jenama kenderaan yang dihasilkan di Kuching. Jangan ingat Demak cuma nama tempat di Indonesia.
  29. Orang Kuching suka pasang piring satelit, sama ada piring Astro, piring Njoi atau piring satelit (Parabola) yang tangkap channel dari seberang.
  30. Kuching ada Jalan Keretapi tanpa keretapi.
  31. Lorong kiri merupakan lorong cepat bagi pemandu di Kuching. Lorong kanan ialah lorong paling lembab.
  32. Teh 3-layer dikatakan berasal dari Kuching batu 7.
  33. Roadblock ialah perkara yang menakutkan di Kuching. Polis bersiap-siaga dengan segala macam senjata.
  34. Kedai di Kuching tutup awal, sekitar pukul 6 petang hingga pukul 10 malam. Tak siapa nak berjaga sampai pagi, orang kedai pun nak tidur awal.
  35. Orang Kuching suka indicate tempat dengan 'mile'; batu 7 tempat hospital gila, batu 10 ada kandang b*bi, batu 15 ada pusat latihan polis.
  36. Biasanya, selipar jepun adalah flip-flop kegemaran Kuchingite.
  37. Tak mudah untuk tourists jumpa kucing di Kuching. Mostly diorang cuma jumpa patung je.
  38. One of Chinese tourist kata Kuching ialah tempat sebenar for the term '1 Malaysia.' 
Yep, there is something about Kuching.
@themagi2014

No comments:

Post a Comment