Wednesday 11 June 2014

Fakta yang Cat-Ching

I'm back...selepas sembuh dari gastrik. Hari ini entri pasal kucing. Walaupun banyak site yang bercakap pasal kucing, aku still prefer nak buat entri ni. Sebab, aku suka kucing. So what?

Mari proceed...

  • Bunyi purr kucing dapat mengelakkan stroke dan serangan jantung. Ramai dah tahu pasal ni, post pasal kucing purr ni bertimbun dalam Facebook.
  • Kucing ialah haiwan suci dan haram dibunuh pada era Mesir Purba. Mereka memuliakan kucing kerana dewi mereka, Bast atau Bastet ialah dewi berkepala kucing. Pada zaman tersebut, kucing belaan yang mati akan dimumia dan ahli keluarga pemilik kucing akan membotakkan kepala. Sanggup ke korang botakkan kepala kalau kucing korang mati? 
  • Hello Kitty ialah jenama kucing paling terkenal dan mempunyai rangkaian francais di seluruh dunia. Malah, terdapat taman tema yang dibina bersempena dengan Hello Kitty. Tak salah aku, ada satu kat KL. Pfft, aku tak minat sangat Hello Kitty.
  • Doraemon ialah seekor kucing robot dari masa depan. Telinga Doraemon dikatakan telah dimakan tikus semasa Doraemon sedang tidur dan badan Doraemon bertukar menjadi biru selepas minum ubat sedih. Kesian, tapi aku lagi prefer Doraemon kaler biru dan tak ada telinga. Lagi comel.
vivienlimpl.blogspot.com
  • Kucing tak makan ikan mentah dan biasanya lactose intolerant (alah susu). Tom and Jerry bagi fakta salah selama ni, cis!
  • Kucing cuma 'meow' pada manusia. Standard language nak bermanja kot?
  • Sosial IQ kucing lebih rendah dari anjing, tapi kucing boleh selesai soalan kognitif lebih pantas berbanding anjing (itu pun kalau kucing tu rasa dia nak jawab soalan).
  • Kucing dianggap sebagai pembawa malang atau kuasa supernatural. Kucing dibunuh secara besar besaran pada zaman pertengahan di Eropah (kurun ke-15) atas kepercayaan agama. Akibat tindakan tersebut, tikus membiak pantas, wabak merebak dan membunuh sejumlah besar populasi manusia. Mungkin betul kucing ada kuasa supernatural, manusia dihukum sebab terlalu kejam.
  • Abraham Lincoln suka kucing. Beliau ada 4 ekor kucing. Well, Lincoln, kita member. Tapi aku ada 3 ekor je, itupun aku pinjam dari orang lain. Ha ha...
  • Adolf Hitler dikatakan tak suka kucing. Tapi, agak mengejutkan terdapat seekor kucing yang menyerupai Hitler dan digelar Kitlers
yalelawtech.org
  • Unit CIA habiskan berbilion dolar pada tahun 60an, melatih kucing sebagai pengintip. Malang sekali, pengintip yang pertama mati dilanggar teksi. Tak sempat nak mengintip Soviet, kesian.
  • Kucing ada banyak posisi tidur yang comel, dan ganjil.
goodlaughz.com
  • Muzium Kucing di Kuching, Sarawak yang dibuka pada tahun 1993 merupakan salah satu tempat yang didedikasikan khas untuk kucing dengan 2000 jenis item yang berkaitan dengan kucing, sejarah kucing, mumia asli kucing dari Mesir, segala jenis obsesi serta aktiviti kucing. Selain Muzium Kucing di Kuching, tempat dedikasi khas untuk kucing juga ada di Art Gallery Devoted Entirely to Cat Masterpieces di Amsterdam, Holland, Pulau Tashirojima di Jepun iaitu kucing lebih ramai berbanding manusia, Ceramic Cat Collection di Birmingham, England, Cat Cafes di Korea Selatan dan Jepun, dan Festival Cat Purr di Ypres, Belgium.
  • Kucing yang makan lasagna cuma Garfield.
Garfield's lasagna: designinspiration.net
  • Kelajuan kucing ialah 30 mph, lebih 3 mph berbanding Usain Bolt. 
9gag.com
  • Kucing biasanya mengendap dengan menundukkan kepala apabila nak menyerang berbanding anjing yang meninjau-ninjau sebelum menyerang.
Wiggle cat: Giphy.com
  • Jenis kucing tertua ialah Egyptian Mau. Maksud 'mau' ialah kucing.
  • Nabi Muhammad SAW sangat suka kucing. Terdapat kisah mengatakan kucing baginda mempunyai tanda di kepala dan spesis Tabby.
  • Mata kucing Siam juling disebabkan urat saraf kiri dan kanan otak terlalu dekat (berbelit kot?). Bagi mengelakkan double vision, kucing Siam menjulingkan mata mereka. So, jangan lawan mata dengan kucing ni.
totallylookalike.com
  • Versi original pari-pari Cinderella sebenarnya seekor kucing.
  • Kopi Luwak, kopi mahal yang dihasilkan oleh luwak, spesis kucing di Indonesia. Cara Luwak menghasilkan kopi ni ialah mereka makan biji kopi, mereka berak dan pekerja kutip balik biji kopi yang diberak oleh Luwak.
  • Catwoman ialah superhero wanita yang dikurniakan kelebihan oleh kucing. Bagi aku, Catwoman superhero yang paling seksi dan menarik kalau nak dibandingkan dengan Wonder Woman yang pakai seluar dalam berbintang-bintang.
entertainment.xin.msn.com
  • Cat meme ialah meme yang paling glemer sejak kebelakangan ini. Antara cat meme yang kerap dipost di laman sosial ialah Nyan Cat, Kitlers yang bermisai seperti Hitler, Grumpy Cat, Lenin Cat dan juga LOLcats.
  • Talking Tom ialah karakter kucing bagi aplikasi Android yang meniru apa yang korang repek. 
  • Kucing paling pelik yang pernah aku tengok ialah dalam movie Frankenweenie. Tuan kucing tu pun pelik.
rebloggy.com

@themagi2014
Ref:
Buzzfeed.com
Listverse.com
Factslides.com
Oddee.com
Examiner.com
Theoatmeal.com
Mashable.com

No comments:

Post a Comment