Friday, 12 October 2012

Looking for Realplayer download dan juga Shoutbox

Kaki download, tak sah kalau tak download apa-apa setiap kali online. Back to lima hari lepas, aku addicted sekejap kat drama Korea, Secret Garden yang release tahun 2010. Lambat dua tahun la kot aku tengok cerita ni. Masa surf kat Youtube, mariambanoo12 (si uploader cerita) upload cerita ni sampai episod 6. Episod 7 sampai 10 takde. Jadi aku cari kat Kimchidrama and EPDrama tapi takleh download. Aku try download IDM version 6.12 ke 6.10 tapi tak jadi apa pun. Asyik fail je. Then, aku contact adik aku, tanya pasal patch. First tu dapat la IDM aku hidup, tapi lepas 2-3 mula la ada problem. So, aku try guna Realplayer downloader.

Lepas download and install RP tu, awalnya tak berfungsi padahal extension tu oke. Then, aku baca tutorial in case RP downloader takleh hidup. Jadi, pertama sekali.

  1. Kalau RP download takleh hidup, diorang ajar suh bukak tools
  2. Lepas bukak tools, pergi cek Task Manager.
  3. Lepas cek Task Manager, carik RP extension.
  4. Dah nampak extension tu, disable kan.
  5. Dah lepas disable, ada popup box bagitau yang RP extension crash and suruh reload balik
  6. Pastu kasi refresh browser dan try lagi cek ada tak RP button tu kat atas belah kanan.
Aku ikut cara ni sampai 2-3 (over-excited nak kasi button tu muncul). Selepas sehari semalam aku menanti,
button tu pun muncul akhirnya dan sekarang aku dah boleh sambung download balik lalu bergumbira. Tapi, bagi korang yang pernah try cara ni dan tak berjaya, uninstall kan software tu dan try install version lain..kot-kot dapat. Selain dari tu, ada banyak lagi jenis tutorial kat blogspot dan website yang expert pasal software.

Then, hari berlalu, aku terasa nak update blog pulak, jadi aku try la nak letak shoutbox kat blog aku. Aku guna busuk.org....tak busuk pun bau dia ni. Macam biasa, macam aku join Nuffnang, pertama sekali mesti la

  1. Sign up kat shout.busuk.org dan sign in
  2. Pastu keluar la sample shoutbox tu. Boleh ubah kaler, font, saiz kat Customize shoutbox
  3. Setkan configuration (contoh: waktu/hari) kat setting.
  4. Adjust panjang lebar kat home.
  5. Pastu copy code widget masuk dalam blog (html/javascript) dan mari menjerit reramai.

Macam tu la kisah aku memburu shoutbox.

Korang, lepas baca ni jangan lupa menjerit kat blog aku k....


MaGi 2012.

No comments:

Post a Comment