Friday 12 October 2012

Apa itu OLD ENGLISH?

Bahasa Inggeris Lama, atau Old English merupakan bahasa lama yang digunakan dalam perbualan atau penulisan orang Anglo-Saxon dan keturunan mereka yang juga dikenali sebagai rakyat England, selatan dan utara Scotland. Ia merupakan bahasa Jerman Barat yang dekat dengan bahasa Frisian Lama (Old Frisian). Tatabahasa Old English menyerupai bahasa Klasik Latin dan juga menggunakan kata pinjam dari bahasa Greek dan Sanskrit.

Kemudian, pada abad ke-9, bahasa Old English mula dipengaruhi oleh bahasa Norse Lama (Old Norse) yang berkaitan dengan Utara Jerman.Selain dari itu, pada era Norman Conquest 1066, bahasa Perancis Lama (Old French) diserap masuk ke dalam bahasa Old English. Perkataan Celtic juga dipinjam masuk ke dalam Old English tapi jumlah kata yang dipinjamkan lebih rendah dibandingkan dengan perkataan Latin atau Scandinavian. Old English merupakan bahasa yang kaya dengan morfologi dengan mengekalkan ciri-ciri seperti nominative, accusative, genitive, dative dan instrumental. Setelah berabad-abad berlalu, Old English berubah seiring dengan masa dan kini menjadi sebahagian daripada bahasa Inggeris moden yang digunapakai.

Puisi epik Beowulf yang terkenal menggunakan bahasa Inggeris Lama dengan olahan prosa tidak begitu tipikal kerana turut dipengaruhi oleh bahasa lama yang lain. Sebagai contoh (dalam baris ke-11 Beouwulf),

  1. Þæt wæs gōd cyning
          Maksud: That was a good king (cyning merupakan perkataan Old English)

Manakala, dalam sastera The Lord's Prayer (baris ke-3)

  1. Tōbecume Þīn rīċe

          Maksud: Come thy riche (riche merupakan perkataan Old English)


Untuk rujukan lanjut, sila layari 

Anda juga boleh mendapatkan maklumat seperti di bawah:


Selain dari puisi Beowulf dan The Lord's Prayer, blog ini juga dipengaruhi oleh bahasa Old English. Sebagai contoh:
  1. Giedd (pada banner blog 'The Maiden's Giedd) bermaksud 'perkataan' atau 'kata-kata'
  2. Hyse (pada profil) bermaksud 'pahlawan' manakala Scield (juga pada profil) bermaksud 'perisai'
  3. MaGi (singkatan Maidens Giedd) pula sebenarnya merujuk kepada kata asal magic atau sorcerer, digunapakai dalam pelbagai bahasa seperti Greek Purba, Parsi Lama, dan juga Latin.
Yang paling nyata, maksud 'maiden' ialah perempuan, iaitu saya ^^

MaGi 2012.

No comments:

Post a Comment