Wednesday, 29 May 2013

Apa yang best pasal Furious 6?

Fast & furious 6 baru je release kat panggung. Last Monday, aku gi panggung and tonton cerita ni. Siyes gila, cerita ni awesome. Patut la pecah kotak-pejabat beberapa hari ni, ha3~

So, apa yang best pasal Furious 6?

  • Satu; aku suka poster dia. Kelihatan sangat ber-angle dan luas. Mungkin sebab image langit tu kot?
  • Dua; kesinambungan dengan Furious 5 yang lepas. Furious 5 tu pasal rompak duit n cabar polis. Kali ni, tolong polis dan cabar penjahat. Diorang jadi pro after kontra, kan?
  • Tiga; Gina Carano. Aku peminat ex-winner MMA ni. Even watak dia ni jahat tapi cara dia berlawan memang best.
  • Empat; ada jenaka yang berkesan antara Ludacris ngan member yang lain, especially masa Ludacris beli semua keta mewah. Sapa yang dah tengok mesti tau camne Encik Rock mintak baju tukang jual keta tu, ha3~
  • Lima; of coz la scene lumba2. Nama filem pun Fast & Furious, takkan pasal ikan lumba2 kot?
  • Enam; scene tumbuk2. Aku suka scene bila Letty bekas awek Dom lawan ngan Riley (Gina Carano), Dom (Vin Diesel) lawan Shaw si penjahat, dan Encik Rock lawan member Shaw yang berbadan besar. Masing2 ada opposite partner.
  • Tujuh; lawan ala WWE. Best gila bila tengok Encik Rock melumpat lalu menyiku muka lelaki yang berbadan besar dengan sekali shot. Tetiba timbul pulak rasa nak menyiku muka orang.
  • Lapan; ada tank dalam cerita ni. Selalunya just keta mewah. Tapi kali ni, ada tank.
  • Sembilan; aku suka lokasi penggambaran filem ni. Mostly kat England. Oh, God Saves the Queen~
  • Sepuluh; lagu tema yang penuh ngan beat. Sempat headbang kejap masa tonton cerita ni.
  • Sebelas; suka scene kapal terbang. Diorang gunakan keta untuk jadi pemberat so kapal terbang takleh naik. Memang sangat fast, furious and dangerous part ni.
  • Dua belas; Gal Gadot cantik. Dalam cerita ni, Gal Gadot sangat kurus. Maybe sebab tu senang2 je dia melumpat, golek, lari and panjat.
  • Tiga belas; ada surprise ending. Selepas Gisele (Gal Gadot) mati sebab nak selamatkan Han (Sung Kang), Han race kat Tokyo, then dibunuh oleh penjahat baru yang bawak rantai cross milik Letty.
  • Empat belas; sound system sangat okey. Seolah-olah nampak real street race depan mata.
Ada banyak lagi best part dalam Furious 6 ni seperti fight kat subway, tembak menembak kat kedai car accessories, jambatan meletup and so on. Lebih baik kalu sendiri tengok. Hopefully, Furious 7 nanti pasal orang jahat rompak diorang pulak and diorang rompak balik penjahat tu. Baru best ^^

#tmg2013

No comments:

Post a Comment